Saturday 31 December 2011

Selamat Datang Dua Puluh Dua Belas


Tahun yang di nantikan penuh dengan debaran. Tahun yang di war-warkan oleh media masa mahupun filem hollywood. Tahun penghujung usia dunia. Namun kita lupakan sejenak semua ini kerana setiap tahun pasti ada cerita baru. Umpana menggunakan buku yang lama dan telah tiba masanya untuk membuka buku baru untuk catatan yang baru.

Lupakan kisah silam, simpankan sebagai catatan sejarah untuk rujukan masa depan. Mulakan hari-hari anda dengan jalan cerita yang baru namun jangan lupa untuk merujuk kisah silam untuk panduan hidup supaya kesilapan silam tidak akan berulang lagi.

Salam dua puluh dua belas, semoga anda semua akan lebih sukses, berjaya dan bersemangat. Terbaeekk... kata boboi Boy. Namun setiap yang baik datangnya dari Allah s.w.t dan yang buruk,bengap dan apa-apa yang tak baik datangnya dari kelemahan kita sendiri.Kita perbaikilah bersama. Insya-Allah...

Thursday 15 December 2011

Majlis Perkahwinan Rosz & Nizam

Hari yang cukup manis dalam lipatan kenangan buat pasangan pengantin Roszaima dan Nizamuddin yang memilih tema hitam dan putih untuk penyeri majlis. Majlis Ijab dan kabul berlangsung di kediaman pengantin perempuan pada 10 disember lepas dan persandingan pula berlangsung pada keesokannya bertempat di Dewan Suarah Kota Samarahan.

Shukran jazeelan, semoga perhubungan ini kekal bahagia sepanjang hayat,dunia dan akhirat. Amin...



Monday 21 November 2011

Terima kasih di ucapkan kepada YBhg. Prof. Sr. Ir. Dr. Hj. Suhaimi Abd Talib Pen. Naib Canselor (Pembangunan, Pengurusan Fasiliti & ICT) kerana sudi meluangkan masa untuk beramah mesra bersama Staff Unit Teknologi Maklumat dan Bahagian Pembangunan Fasiliti yang telah di adakan pada 18 Oktober lepas. Terima Kasih sekali lagi.

Friday 11 November 2011

Lawatan Tanda Aras Pelajar ICATS

Kunjungan 40 orang pelajar dan 5 orang pensyarah  dari International College of Advanced Technology Sarawak (ICATS) pada 10 November ke UiTM Sarawak. Majlis telah di wakili  oleh Unit teknolgi Maklumat di mulakan dengan ucapan yang cukup lengkap dari Pegawai Teknologi Maklumat, En. Mohd Farid Assamani. Di susuli dengan ucapan timbal balas serta lawatan ke makmal komputer serta bilik server.


Wednesday 26 October 2011

Akan datang Windows 8

Belum lagi sempat nak merasai keasyikan sistem operating Windows 7, akan datang ada pula versi terkini iaitu Windows 8.Windows, sebagai salah satu sistem operasi yang paling banyak digunakan, membawa cabaran besar bagi Microsoft untuk menjaga pengguna yang kagum dalam versi berikutnya Windows. Walaupun Windows 7 telah mencapai prestasi yang sangat baik sejak sejak dilancarkan, Syarikat Microsoft sentiasa berusaha untuk membuat penambahbaikan dengan memperkenalkan versi Windows seterusnya yang lebih baik untuk memperbaiki lagi apabila ciri-ciri yang sedia ada. Windows 8 bersama dengan ciri UI yang menakjubkan. Pada mulanya , Microsoft akan memperkenalkan sistem operasi ini untuk  prototaip tablet. Bagi mereka yang ingin merasai dan mengalami versi terbaru Windows 8, anda boleh memuat turun Preview Developer, yang kini dalam versi pra-beta.Ia tersedia untuk dimuat turun secara percuma yang datang dalam tiga pakej yang berbeza:

1. Versi 64-bit(x64) - Hanya OS
DOWNLOAD (3.6 GB)
2. Versi 32-bit(x86) - Hanya OS
DOWNLOAD (2.8 GB)
3.Versi 64-bit  "Preview with developer tools "(x64)
DOWNLOAD (4.8 GB)



Windows Logon Screen - Tidak seperti cara tradisional iaitu dengan memasuki kata laluan untuk membuka kunci skrin, Windows 8 boleh dikunci dengan hanya mengetik pada kawasan kanan skrin.



Julie Larson-Green, Naib Presiden Korporat, Windows menyatakan: "Segala sesuatu yang hebat mengenai Windows 7, adalah lebih baik dalam Windows 8," Berikut adalah beberapa screenshot :

Windows 8  Skrin Mula - Skrin pada dasarnya akan mengumpul semua "application" bersama-sama, anda deangan begitu mudah boleh menyeret dan melepaskan, atau menambah perkara-perkara baru pada skrin.

Panel Kawalan ( Control Panel )

Memainkan Video Melalui Windows 8 medeia Player

Windows taks Manager
Windows Defender pada mulanya dikeluarkan dengan Windows Vista akan di naik taraf keselamatan dengan Windows 8. Ini akan menjadi satu penyelesaian anti-malware sepenuhnya untuk Windows 8. termasuklah perlindungan terhadap semua jenis malware seperti virus, worm, trojan dan rootkit.

Di samping itu, "Windows Defender" akan menyediakan "real-time detector" dan perlindungan dari ancaman malware yang menggunakan penapis sistem fail, dan akan "interface" dengan "Windows secured boot", yang merupakan satu lagi ciri keselamatan tambahan.


Berikut adalah sistem bagi keperluan minimum untuk menjalankan Windows 8:


  • 1 gigahertz (GHz) or faster 32-bit (x86) or 64-bit (x64) processor
  • 1 gigabyte (GB) RAM (32-bit) or 2 GB RAM (64-bit)
  • 16 GB available hard disk space (32-bit) or 20 GB (64-bit)
  • DirectX 9 graphics device with WDDM 1.0 or higher driver
  • Taking advantage of touch input requires a screen that supports multi-touch
  • To run Metro style Apps, you need a screen resolution of 1024 X 768 or greater



untuk rujukan lanjut sila lawati  http://msdn.microsoft.com/en-us/windows/apps/default


Wednesday 19 October 2011

Ciri-Ciri Baru Facebook Yang Menyebabkan Ramai Orang Tak Puas Hati

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, Facebook banyak memberi tumpuan untuk mencipta kaedah-kaedah baharu supaya para pengguna dapat mengawal aspek penerimaan dan perkongsian maklumat dengan lebih baik.


Antara ciri terbaru yang diperkenalkan Facebook:


  • Membenarkan pengguna mengikuti perkembangan orang asing yang bukan rakan mereka melalui penambahan butang Subscribe seperti yang terdapat di Twitter. 
  • Membenarkan penggunanya membuat pilihan tentang jenis kemas kini daripada rakan-rakan yang dibenarkan dipaparkan di laman Facebook mereka.
  • Ciri News Feed di Facebook yang memaparkan kemas kini daripada rakan-rakan kini memberi fokus kepada penghantaran penting dengan paparan imej yang lebih besar berbanding sebelumnya manakala kolum sembang Ticker pula ditambah untuk perbualan dalam masa sebenar.
  • Panel sembang Ticker di kolum kanan skrin Facebook pula membolehkan orang ramai bersembang melalui mesej teks jika terdapat paparan imej baharu atau penghantaran lain.

Ramai Tak Puas Hati

Para pengguna Facebook memberi reaksi tidak puas hati tentang beberapa pembaharuan yang dilaksanakan di laman rangkaian sosial tersebut.

Di Facebook, orang ramai meluahkan ketidakpuasan hati mereka dengan mewujudkan laman bertajuk 'Petisyen untuk menentang tapak web baru Facebook' manakala laman serupa, #NewFacebook turut diwujudkan di Twitter.


Sebahagian mereka mengadu bahawa perubahan terbaharu Facebook dibuat untuk meniru pesaingnya, Google+ dan perkhidmatan mesej perkongsian berita di Twitter.

"Ramai yang berasa tidak berpuas hati tetapi tiada seorang pun yang akan berpindah (menggunakan laman jaringan sosial lain)," katanya.


Para pengguna Facebook sebelum ini banyak membuat aduan tentang perubahan dalam laman sosial berkenaan tetapi mereka kemudian berusaha untuk menyesuaikan diri dan masih menjadi pengguna setia laman web itu.

Komen negatif itu disuarakan sehari selepas Facebook mula melaksanakan beberapa siri penambahbaikan dalam apa yang dinamakan oleh pengasasnya Mark Zuckerberg sebagai 'musim pelancaran' untuk ciri-ciri terbaru.

Facebook dijangkakan membuat lebih banyak pengumuman mengenai pembaharuan laman web itu pada persidangan tahunan pembina rangkaian laman sosial di sini hujung minggu ini.

Antara spekulasi yang tersebar termasuk pelancaran platform untuk perkhidmatan muzik dalam talian seperti Rdio dan Spotify selain paparan berita daripada agensi-agensi profesional.





Persidangan itu diadakan beberapa hari selepas enjin carian Internet Google melancarkan Google+ sebagai saingan terbaru Facebook.

source: kosmo, http://www.techdigest.tv, http://dashofficeproducts.com 

Saturday 1 October 2011

Tahniah Tera Vista



Tahniah di ucapkan kepada Kumpulan KIK Tera Vista kerana sekali lagi berjaya memenangi anugerah Emas di dalam Mini Konvensyen KIK UiTM Sarawak yang berlangsung pada 28 September lepas.
Cabaran kali ini lebih sengit kerana turut di sertai oleh kumpulan yang telah mencipta nama di persada antarabangsa.

Walaupun secara keseluruhannya berada di tempat kedua namun penyertaan kali ini nampak lebih memberangsangkan dengan peyertaan dari UiTM Mukah dan 4 kumpulan dari UiTM Sarawak iaitu dari Bendahari, Perpustakaan dan Ladang. Selain dari itu, Tera Vista juga memenangi anugerah Penyediaan Dokumen Terbaik dan Kumpulan Istiqamah.


Tuesday 13 September 2011

Salam Aidilfitri 2011 bersamaan 1432 Hijrah

Warga Unit Teknologi Maklumat UiTM Sarawak mengucapkan Selamat hari raya aidilfitri, Maaf zahir dan batin buat warga UiTM Sarawak khasnya dan seluruh Warga UiTM Malaysia.

Monday 15 August 2011

Senarai Antivirus 10 Yang Paling Popular


Bagi mereka yang pening - pening tak tau nak pilih antivirus mana, nak tau apa kelebihannya, di sini saya sertakan serba sedikit info berkaitan :

1. BitDefender AntiVirus Pro 2011



Dalam banyak-banyak AntiVirus yang terdapat di pasaran sekarang, AntiVirus BitDefender adalah merupakan AntiVirus yang paling popular dan menduduki carta pertama dalam senarai sepuluh AntiVirus terbaik untuk tahun 2011. Kelebihan AntiVirus ini ialah:
  • Ia mempunyai "Intelligent Proactive Detection" yang mana boleh menangani virus-virus terbaru yang terdapat di pasaran alam maya (>.<) dan juga Spyware.
  • AntiVirus BitDefender ini  juga mengunakan teknologi "Heuristic Analysis". 
  • Paling penting sekali, AntiVirus ini akan di"update" secara automatik setiap satu jam.
  • Kelebihan AntiVirus ini yang sangat cool ialah ia mempunyai "Gaming Mode" yang mana pasti akan memberikan kepuasan kepada gamers diluar sana.


2. Kaspersky AntiVirus 2011 

Kaspersky AntiVirus 2011 pula jatuh ditempat kedua bawah daripada BitDefender. Namun begitu, AntiVirus ini juga tak kurang hebatnya. Antara kelebihan-kelebihan Kaspersky ialah:
  • Kehebatan "Real-time Automated Protection" untuk melindungi laptop/ PC dari virus daripada internet.
  • Seperti BitDefender 2011, Kaspersky juga menggunakan terknologi "Heuristics Analysis".
  • Kaspersky menawarkan sistem perlindungan secara menyeluruh dimana ia direka untuk menentang/ melindungi laptop/ PC kita dari segala jenis virus, worms, trojan dan ahli keluarga -ware ( Eg. Malware & Spyware)
  • Satu keistimewaan Kaspersky berbanding BitDefender adalah Kaspersky menawarkan backup system yang dinamakan "Rescue-CD"  just incase if laptop/ PC kita diserang oleh Malware dan sistem ini berfungsi secara automatik. 
  • Satu-satunya kekurangan Kaspersky berbanding BitDefender yang menyebabkan ia jatuh ditempat kedua dalam senarai terbaik sepuluh ini adalah kerana berbanding BitDefender, Kaspersky adalah lebih mahal!


3.Webroot AntiVirus 2011 

AntiVirus Webroot merupakan AntiVirus yang tidak begitu popular di Malaysia. Tetapi, AntiVirus ini berjaya mendapat tempat ke4 dalam senarai sepuluh AntiVirus terbaik untuk tahun 2011 akan datang. Jom kita tengok apa pula kelebihan AntiVirus ini:
  • AntiVirus ini amat mudah digunakan.
  • AntiVirus ini pernah memenangi Anugerah "Spy Sweeper Antispyware Protection". Jelas sekali ini menunjukkan AntiVirus ini mempunyai gabungan kombinasi yang hebat antara AntiVirus dan AntiSpyware.
  • a mempunyai sistem "scanning" yang agak bagus tetapi masih tidak boleh mengatasi kelajuan sistem "scanning" yang terdapat pada AntiVirus Norton. 
  • Kelemahan AntiVirus Webroot yang paling nyata ialah AntiVirus ini tidak boleh digunakan di laptop! Sesiapa yang menggunakan PC sahaja boleh menggunakan AntiVirus ini, What a shame, huh?!

4. Norton AntiVirus 2011



Dikalangan student, mungkin AntiVirus ini lebih popular. So, jom kita tengok apa kelebihan AntiVirus ini:
  • Ia mempunyai sistem "scanning" yang agak laju,dan sistem "update" yang agak kerap.
  • AntiVirus ini mampu "detect" lokasi kedudukan file-file Virus lebih cepat berbanding BitDefender dan Kaspersky.
  • Ini bermakna, AntiVirus ini mampu menjangka dan memberhentikan "CrimeWare" lebih pantas berbanding yang lain. Inilah kelebihan Norton AntiVirus!
  • Namun begitu, satu keburukan AntiVirus ini adalah AntiVirus ini mampu untuk mengesan "Keylogger". Keylogger merupakan virus yang dicipta khas oleh hakers untuk menjejaki dan mencuri kata laluan pengguna, nombor kad kredit dan sebagainya.




5. ESET NOD32 AntiVirus 4

ESET NOD32 atau lebih dikenali dengan panggilan manja NOD32 ini telah berjaya menempatkan dirinya di tangga yang ke 6.Mari kita kenali AntiVirus dengan lebih mendalam.
  • Kelebihan utama AntiVirus ini ialah ia menggunakan kapasiti hard disk kita dengan sangat sedikit berbanding AntiVirus yang lain. AntiVirus ini menjalankan operasi melindungi laptop kita dengan sangat efisyen dan "senyap" that we wonder whether there is really an AntiVirus in our computer or not?! Yup, thats is how efficient this AntiVirus work.
  • Kelebihan lain AntiVirus ini ialah ia menggunakan teknik "scanning" untuk External hard disk dan pendrive yang agak mengagumkan. 
  • Dari segi update, AntiVirus ini agak kerap juga update secara automatik iaitu dalam lingkungan setiap 1 jam. 
  • Satu kelemahan AntiVirus ini ialah ia tidak menyediakan Perlindungan untuk IM(Instant Messenger). Ini merupakan satu-satunya sebab mengapa AntiVirus ini gagal mendapat tempat dalam senarai lima AntiVirus terbaik untuk tahun hadapan. 

6. AVG Antivirus 2011



Ramai diantara kita yang sudah biasa menggunakan AVG, kan? Walaupun tidak mendapat tempat dalam senarai kelima AntiVirus terbaik 2011, AVG tetap mendapat tempat dihati setiap pengguna AntiVirus kerana kelebihan yang berikut:
  • Berbanding Version AVG yang lepas, AntiVirus AVG 2011 menawarkan "link scanner" dan  "Social Networking Protection" dengan lebih menyeluruh. 
  • Salah satu sebab mengapa AntiVirus ini sangat popular dikalangan pengguna-penguna AntiVirus adalah kerana ianya paling mudah didapati dan didownload di Internet. Tetapi, jika kamu adalah seorang yang sangat menitik beratkan perlindungan yang menyeluruh untuk laptop/PC kamu, apa salahnya kamu beli Full Version untuk AntiVirus ini? Its really worth it!
  • Kelemahan AntiVirus ini yang paling ketara berbanding pesaing-pesaingnya yang lain adalah masa untuk proses "Scanning" adalah sangat lama dan juga ianya kadang-kadang overprotects, its giving us false warning of virus infection! Suka buat cuak je AVG ni!

7. G-Data AntiVirus 2011



G-Data AntiVirus ini juga merupakan AntiVirus yang tidak popular di negara kita. Mungkin ramai yang tidak pernah dengar nama AntiVirus ini sebelum ini! Termasuklah yang menulis! >.<  Tetapi, ternyata AntiVirus ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri yang menyebabkan ianya tersenarai dalam carta sepuluh terbaik untuk tahun 2011. Ini maklumat mengenai AntiVirus tersebut:
  • AntiVirus ini merupakan antara AntiVirus yang ringkas dan mudah digunakan.
  • Berbanding versi-versi yang lepas, G-Data AntiVirus 2011 dilengkapi dengan sistem keselamatan  yang lebih efisyen dengan cara menyediakan dua enjin "scanning" yang berasingan!
  • Ia juga menggunakan teknologi "Heuristics Analysis".
  • Walau bagaimanapun, AntiVirus ini masih mempunyai kekurangan pada features yang hebat-hebat dan cool seperti "Gaming Mode" dan "Link Scanner".

8. Avira AntiVir Premium

Avira adalah antara AntiVirus yang paling mudah digunakan. Di sini terdapat sedikit maklumat tentang Avira ini:
  • Seperti BitDefender dan Kaspersky, Avira juga menggunakan teknologi "Heuristics Analysis and Detection (AHeAD)". Teknologi ini dapat mengesan Virus-virus yang tidak boleh dikenalpasti, berdasarkan profil-profil virus tersebut. Namun begitu, berbanding AntiVirus yang lain, Avira selalunya akan memberi amaran-amaran palsu mengenai jangkitan Virus di sistem kita. AntiVirus ini pun seperti AVG! Suka buat penggunanya cuak!
  • Kelebihan AntiVirus ini adalah dari segi proses "installation". Berbanding yang lain, masa untuk install AntiVirus ini adalah cepat, ringkas dan tidak banyak kerenah!
  • Kelemahan AntiVirus ini pula ialah ia kekurangan features yang menarik seperti contoh "Gaming Mode" seperti yang terdapat di BitDefender.
  • Namun begitu, AntiVirus ini adalah sangat sesuai digunakan untuk beginners kerana User Interface nya yang sangat mudah dan ringkas.


9. VIPRE AntiVirus 2011

Nama AntiVirus ini dah macam nama kereta la pula. AntiVirus ini agak kurang popular di negara kita. So, mari kita lihat apa yang menarik mengenai VIPRE ini.
  • Sama seperti Webroot, AntiVirus ini merupakan gabungan kombinasi antara AntiVirus dan AntiSpyware.
  • Ianya tidak mengeluarkan sebarang "Pop-Ups" atau "Notification".
  • AntiVirus ini akan update secara automatik untuk setiap 1 jam 30 minit.
  • Satu-satunya masalah utama AntiVirus VIPRE ini adalah, selepas install kita kena restart. Masalah ke? (>.<)








    10. Trend Micro Titanium Antivirus+ 2011

    AntiVirus yang menduduki carta terakhir dalam senarai ini adalah Trend Micro Titanium Antivirus+ 2011! Ini merupakan sedikit ringkasan mengenai AntiVirus tersebut:
    • Kelebihan AntiVirus ini yang paling menarik ialah ia mengandungi "Cloud-Base Security". Ini bermakna, AntiVirus ini melindungi keselamatan laptop/ PC kita secara online. Oleh itu, ia tidak akan menggunakan kapasiti hard disk kita dengan banyak. 
    • Namun begitu, AntiVirus ini mempunyai banyak kelemahan, antaranya ialah ianya kekurangan banyak features yang penting seperti "PC Maintenance and Monitoring Tools", "Bot Protection" dan "Phishing Protection".



    Monday 1 August 2011

    Ramadhan Al-Mubarak menjelang lagi


    Salam Ramadhan di ucapkan kepada semua.

    Bersabda Rasulullah s.a.w: “Pada malam pertama bulan Ramadhan diikatlah semua syaitan dan jin dan ditutupilah semua pintu-pintu neraka serta tidak dibuka satu pintu pun darinya. Dan dibukakanlah pintu-pintu syurga serta tidak ditutuplah satu pintu pun darinya. Maka berserulah penyeru: Wahai orang yang melakukan kebaikan hampirilah kamu, wahai orang yang melakukan kejahatan undurlah kamu. Dan sesungguhnya Allah mempunyai ahli neraka yang dibebaskan dan sedemikian itu berlaku pada setiap malam (Ramadhan)“.

    (Hadith riwayat at-Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah r.a)

    Sunday 26 June 2011

    Tazkirah :Lima adab, kaedah sambut kelahiran bayi dalam Islam

    Alhamdulillah, bersyukurlah kepada Allah SWT kerana dikurniakan anak. Dalam Islam ada adab-adab yang perlu diikuti agar dinilai sebagai suatu ibadat. Sebagai contoh, adab menyambut kelahiran, antaranya;

    • Hendaklah orang yang mengetahui saudaranya yang baru menerima cahaya mata untuk menunjukkan rasa gembira dengan kelahiran anak dengan ucapan tahniah. Ucapan yang terbaik adalah seperti disebut oleh Ibnu Qayyim al-Jauziyyah dalam kitab beliau, Tuhfatul Maudud bi ahkamil Maulud, iaitu: “Burika laka fil Mauhub, wasyakartal Wahiba, wabalagha rushdahu waruziqta birrahu (Moga diberkati untukmu pada kurnia-Nya dan hendaklah engkau bersyukur kepada Pengurnia (Allah) dan moga anak itu mencapai umur dewasa dan engkau memperoleh kebaktiannya).”
    • Apabila anak itu lahir, maka hendaklah diazankan pada telinga kanan bayi dan diiqamatkan pada telinga kirinya seperti hadis diriwayatkan al-Baihaqi dalam kitab asy-Syu’ab daripada hadis Hasan bin Ali RA daripada Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang dianugerahkan seorang bayi, lalu dia mengumandangkan azan di telinga kanannya dan iqamat di telinga kirinya, maka bayi itu akan dijauhkan daripada Ummu Syibyan.” Menurut sebahagian ulama, Ummu Syibyan adalah jin perempuan. Ada yang mengatakan apa saja yang menakutkan anak dan ada yang mengatakan angin yang menyebabkan sakit.
    • Hendaklah ditahnikkan bayi itu. Tahnik bermaksud mengambil sedikit kurma pada jari telunjuk lalu dimasukkan pada mulut bayi lalu digerakkan perlahan-lahan ke kanan dan ke kiri agar menyentuh seluruh mulut bayi. Seterusnya manisan itu akan masuk ke rongga tekak dan tahnik ini dilakukan supaya memudahkan bayi ketika menyusu. Sebaik-baiknya orang yang mentahnik bayi adalah orang yang salih supaya bayi berkenaan memperoleh keberkatan. Menurut hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Musa RA: “Saya dikurniakan seorang anak lelaki. Lalu saya membawanya kepada Nabi SAW. Baginda SAW memberikan namanya Ibrahim dan mentahniknya dengan kurma.” (Imam al-Bukhari menambahkan: Rasulullah mendoakan agar diberi berkat dan dipulangkan bayi itu kepadaku).
    • Mencukur rambut bayi. Ibnu Ishaq menyebutkan sebuah hadis riwayat al-Baihaqi daripada Abi Rafi’ Maula Rasulullah SAW bahawa ketika Hasan bin Ali lahir, ibunya Fatimah ingin mengakikahkannya dengan dua ekor kambing. Lalu Rasululullah SAW bersabda: “Jangan kamu mengakikahkannya tetapi cukurlah rambutnya kemudian sedekahlah dengan perak seberat timbangan rambutnya di jalan Allah atau berikan kepada orang musafir.” Kemudian (tahun berikutnya) apabila lahirnya Husain selepas itu, Fatimah melakukan seperti itu juga. Imam al-Baihaqi berkata: “Jika hadis ini sahih, agaknya Rasulullah SAW mahu mengakikah sendiri cucu Baginda seperti yang kami riwayatkan.”
    • Melakukan akikah iaitu anak lelaki dua ekor kambing dan anak perempuan seekor kambing seperti disebutkan dalam sebuah hadis riwayat Ahmad daripada Aisyah RHA, beliau berkata: “Rasulullah menyuruh kami supaya mengakikahkan anak perempuan dengan seekor kambing dan anak lelaki, dua ekor kambing.” Demikianlah, wallahua’lam.
    sumber di perolehi : Ustaz Zahazan (petikan berita harian 26/06/2011)

    Thursday 16 June 2011

    Laman Sesawang UiTM Pulau Pinang di godam

    Laman Sesawang UiTM Pulau Pinang di godam


    Laman web tersebut telah di-deface oleh RileksCrew sekitar 1.20 pagi dimana rakyat Malaysia sedang menunggu Anonymous untuk menyerang laman web Kerajaan Malaysia.  Sementara itu, semua laman web Kerajaan Malaysia termasuk www.Malaysia.gov.my sudahpun ditutup (shut down, offline) bagi mengelakkan serangan oleh pihak penggodam.

    Di laman web Ezi2Care JKM, penggodam dari Dragon Force Malaysia meninggalkan mesej yang sama seperti dua laman web terdahulu yang menentang tindakan kerajaan Malaysia menyekat akses ke laman perkongsian fail.

    Laman web UiTM Pulau Pinang pula mesej berupa berikut ditinggalkan,

    "Happy Birthday UiTM Penang ke 15
    sempena 15 thun, page ini sebagai hadiah :p
    BTW, pn wan anishah krn bgi dpt A dlm kos csc
    harap kite jmpe lgi pada thun hadapan"

    Laman web KRU Studios juga dilihat sedang mengambil jalan selamat untuk menutup sementara laman mereka bagi mengelakkan pelayan mereka diserang oleh penggodam.

    p/s: Alhamdullah ... tak mintak la....

    Wednesday 15 June 2011

    Lawatan ke Bukit Bendera

    Berada pada ketinggian lapan ratus tiga puluh meter di atas Georgetown, puncak Bukit Bendera (Bahasa InggerisPenang Hill) mempunyai suhu yang dingin dan panorama yang mengasyikkan.
    Bukit Pulau Pinang sebenarnya digelar Bukit Strawberi (Strawberry Hill) kerana ia juga merupakan pengeluar strawberi. Bentuk muka buminya dan suhu yang dingin amat sesuai bagi penanaman strawberi.
    Rintisan yang mencapai kemuncaknya mudah melalui Taman Botanikal Air Terjun dengan jalan kaki. Nama rasmi bukit ini adalah Bukit Bendera Pulau Pinang (Flag Hill), namun ia tetap secara umumnya dipanggil Bukit Pulau Pinang.

    Seawal jam 9 pagi kami telah pun berada di kaki Bukit Bendera. Nasib kami agak baik pada masa itu kerana kelibat orang ramai masih belum kelihatan di kaunter tiket. Harga tiket di jual  RM8 kerana kami adalah rakyat Malaysia.ha..ha..ha.. (bukan warganegara RM30)

    Dengan menaiki keretapi untuk ke puncak masa yang di ambil kira-kira dalam 20 minit, destinasi pertama yang kami kunjungi adalah warung mengisi perut. Laper daaa..mana tidaknya, seawal jam 8.00 pagi kami bertolak tanpa penawar alas perut.

    Lepas jer makan, ada yang bershoping membeli buah tangan dan ada yang sakan mengambil gambar atau tangkap gambaq..hahaha...


    Tidak banyak aktiviti yang boleh di buat kat sini, pemandangan sekitar kawasan agak berjerebu namun ia satu pengalaman yang menarik.

    Friday 3 June 2011

    Lawatan Penanda Aras 2011

    15 Mei 2011, Kuching - Masa penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada pukul 2.55 petang.Seawal jam 2.00 petang, kami berada di ruang legar Pintu Masuk Pemeriksaan . Cuaca pada petang itu agak baik dan suasana agak sesak mungkin di sebabkan hari ini jatuh pada hari ahad.

    Tepat jak 2.30 petang,kami pun masuk ke Balai Berlepas bersedia untuk masuk ke ke Pesawat.Masa perjalanan dari Kuching ke Pulau Pinang lebih kurang 2 jam.Dipendekkan cerita, tepat jam 5.30 petang, pesawat telah selamat mendarat di Pulau Mutiara.

    Setiba di sana, kami telah di sambut oleh Staff USMB,Hafiz dan Zaky di pimpin terus ke Bas UiTM Pulau Pinang.Perjalanan dari Lapangan Terbang Pulau Pinang ke UiTM Pulau Pinang mengambil masa lebih kurang 40 minit dengan merentasi jambatan Pulau Pinang yang menghubungkan Pulau Pinang dengan tanah besar semenanjung iaitu seberang pera dani terus ke Permatang Paoh.Di UiTM Pulau Pinang, kami menginap di Asrama pelajar.
    Kolej Kediaman di UiTM Pulau Pinang
    Keesokannya, misi pertama kami adalah ke Pejabat Teknologi Maklumat UiTM Pulau Pinang.Di sini,Pejabat Teknologi Maklumat dikenali sebagai Unit Sistem Makluamt Bersepadu(USMB).Di ruang Legar Bangunan utama,kami di sambut mesra oleh Penolong Pegawai Teknologi Maklumat,Puan Siti Aisyah untuk terus  bergerak ke bilik perdana.
    Koordinator USMB, Encik Mohd. Saifulnizam b.Abu Bakar (kiri), Ketua Unit I.T encik Farid (kanan)
    Gaya Bebas bersama USMB, UiTM Pulau Pinang
     
    USMB terdiri daripada seorang Pegawai Teknologi Maklumat,2 orang Penolong Pegawai Teknolgi Maklumat,2 orang Juruteknik Komputer tingkatan Kanan dan 9 orang Juruteknik Komputer.Terdapat 4 Sub Unit di Bawah USMB iaitu,

    1.Unit Perkhidmtan & Penyelenggaraan
    2.Unit Operasi & teknikal
    3.Unit Network 
    4.Unit Sistem.

    Pada sebelah petang, kami bertolak ke Universiti Sains Malaysia,Pulau Pinang.Di USM, kami melawat ke Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT).Kami di sambut oleh Timbalan Pengurusan Strategik & Sistem Maklumat Encik Abdul Rashid Baba.
    Kenangan bersama Pegawai PPKT, USM.
    Sesi berdialog Lawatan penanda aras di USM

    PPKT Mula beroperasi pada tahun 2002, PPKT juga bertanggungjawab dalam memberi perkhidmatan untuk dua kampus di terletak di Pulau Pinang dan satu kampus di kelantan.Saya difahamkan,terdapat 6 unit beroperasi di bawah PPKT dan setiap unit di pecah kepada beberapa Perkhidmatan yang lebih spesifik.Banyak input berguna yang kami terima dari pihak PPKT,USM.Kami juga berpeluang untuk melawati ke bilik server.Terima kasih PPKT,USM,Pulau Pinang atas sambutan yang telah di berikan. Walaupun kami hanya sebuah unit yang kecil,namun kami amat teharu dengan layanan yang telah anda sajikan.

    Untuk hari yang kedua,memandangkan ianya jatuh pada cuti umum, Kami merancang untuk melawat sekitar Pulau Pinang.Antara tempat yang kami kunjungi ialah Bukit Bendera,Muzium perang,Muzium Toys dan Chowristar.
    Selepas kepenatan melawat Muzium Perang

    Berposing sebentar sebelum naik ke Bukit Bendera
    Jelitawan Dari Bumi Kenyalang

    Hari yang ke-3 adalah masa untuk lawatan ke UiTM Kedah.Di UiTM Kedah, kami di dedahkan oleh Pegawai Teknologi Maklumat, Cik Nurul A’in Mohamed dengan pelbagai sistem atas talian yang telah di bangunkan. Antaranya e-sistem aduan,e-sistem tempahan makmal,e-maklum balas pelanggan,e-permohonan email dan e-permohonan toner.

    Di UiTM Kedah, Pejabat Teknologi Maklumat di kenali sebagai Unit i.t. Memberi perkhidmatan kepada 521 kakitangan termasuk staf dan pensyarah.Jumlah pelajar pula sebanyak 5,889.
    Kenangan bersama Staf Unit IT, UiTM kedah dan USMB, UiTM Pulau Pinang

    Semasa sesi dialog di Unit IT, UiTM Kedah
    Penyerahan cenderehati kenang-kenangan dari Ketua Unit IT, UiTM Kedah Cik Cik Nurul A’in Mohamed kepada Ketua Unit IT,UiTM Sarawak Encik Farid Assamani b Mohamed Zainon

    Unit i.t UiTM Kedah mempunyai seorang PTM,2 orang PPTM,2 orang JKK ,7 orang JTK dan seorang JTK di bawah seliaan Bahagian Perpustakaan.
    Terima kasih Unit i.t UiTM Kedah kerana sudi menyambut kedatangan kami.Walaupun hanya seketika, kami gembira dengan persediaan yang telah dilakukan.