Wednesday 2 November 2022

5 sebab anda wajar memilih kerjaya dalam bidang IT

SABAN hari, teknologi yang diperkenalkan seantero dunia semakin maju. Seiring dengan era pendigitalan, peluang pekerjaan dalam bidang ini juga semakin luas kerana semua industri dan sektor memerlukan khidmat pekerja dalam bidang teknologi.

Peluang kerja yang luas dalam bidang ini bukan sahaja berlaku dalam pasaran global, Malaysia juga tidak ketinggalan. Pekerjaan dalam bidang komputer dan pendigitalan turut tersenarai dalam lapan pengkhususan yang paling banyak mendapat permintaan.

Justeru, bagi pelajar sekolah, lepasan universiti atau pemburu kerja yang mahu mempunyai masa hadapan lebih terjamin, maka wajar untuk mempertimbangkan pilihan bagi memulakan kerjaya dalam bidang teknologi maklumat (IT).

Memilih laluan kerjaya bukanlah tugas yang mudah, lebih-lebih lagi kerana ia menentukan kestabilan masa hadapan dan aspek-aspek penting lain dalam kehidupan. 

Oleh itu, sebelum melakukan pemilihan kerjaya, rancangan dan kajian yang teliti perlu dilakukan.

Menurut JobStreet, terdapat beberapa sebab kukuh untuk menyokong anda memilih untuk membina kerjaya dalam bidang IT.

Bidang IT dahagakan pekerja berkemahiran dalam bidang berkaitan

Tidak dinafikan bahawa syarikat teknologi berkembang pesat dari hari ke hari untuk mengikuti perkembangan era pendigitalan. 

Kebanyakan syarikat ini juga mempunyai matlamat untuk menyediakan perkhidmatan yang sesuai kepada pasaran lebih luas. 

Justeru itu, syarikat-syarikat IT mencari calon-calon untuk mengisi jawatan-jawatan yang disediakan. 

Menurut JobStreet, permintaan bagi pekerja dalam bidang ini tinggi, tetapi malangnya, tidak ramai calon mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan atas faktor kekurangan minat dan kelayakan.


Bidang pekerjaan yang meluas

Orang ramai sering mempunyai tanggapan bahawa pekerjaan dalam bidang IT hanya menawarkan posisi pengaturcara (programmer) dan pembangun web (web developer). Sebenarnya, pekerjaan dalam bidang ini lebih luas dari yang dijangka.

Bidang pekerjaan yang ditawarkan dalam industri ini sekurang-kurangnya meliputi 20 jenis pekerjaan bermula daripada penguji jaminan kualiti (quality assurance tester), pereka pengalaman pengguna (user experience designer) dan saintis data serta pentadbir web.

Teknologi juga dijangka akan terus berkembang dengan inovasi yang baharu. Semakin maju teknologi, semakin banyak peluang pekerjaan yang ditawarkan.

Jaminan pertumbuhan kerjaya

Seperti yang disebutkan di atas, teknologi akan terus meningkat dan diperbaharui. Tetapi, para pakar IT juga perlu seiring dengan perkembangan dan kemajuan untuk kekal relevan dalam pasaran yang kompetitif. 

Anda juga dinasihatkan untuk sentiasa mempunyai inisiatif bagi meningkatkan kemahiran dan meluaskan pengetahuan untuk menjamin penguasaan tugas lebih sempurna. 

Lebih banyak kemahiran yang anda miliki, lebih tinggi peluang untuk diburu oleh syarikat-syarikat besar dan ditawarkan gaji lebih lumayan. 

Oleh itu, dapatkan pengalaman sebanyak mungkin seawal yang anda boleh untuk memajukan kerjaya secepat mungkin.

Menawarkan faedah yang besar dan menguntungkan

Dari sudut faedah, gaji sahaja sudah menjadi sebab yang kukuh untuk mempertimbangkan kerjaya dalam bidang IT. 

Sudah tentu, ia masih bergantung kepada syarikat tertentu, pangkat pekerjaan, pengalaman, set kemahiran dan lokasi. 

Namun, gaji yang lumayan sering menjadi faktor utama untuk bekerja di dalam sektor ini.

Walaupun wang tidak seharusnya menjadi satu-satunya sebab dalam pemilihan kerjaya, tetapi tiada siapa boleh menafikan kepentingan gaji yang ditawarkan untuk kelangsungan kehidupan.

Dengan pekerjaan yang menawarkan gaji lumayan, taraf hidup juga akan meningkat kerana kurang terbeban dengan masalah kekangan kewangan. 

Membolehkan anda untuk bekerja dari rumah 

Kerja dari rumah bukan sahaja mula popular sejak pandemik melanda negara, tetapi ia juga merupakan cabang kemajuan pentadbiran dan pengurusan di tempat kerja. 

Golongan muda zaman kini semakin giat mempromosikan kelebihan untuk bekerja dari rumah. 

Fleksibiliti ini bukan sahaja bermanfaat kepada pekerja yang mencari keseimbangan kerjaya dan kehidupan sempurna, tetapi menurut Forbes, ia juga lebih baik untuk kesihatan mental. 

Dalam usaha untuk memilih kerjaya, proses ini boleh menjadi mengujakan dan pada masa yang sama akan membuatkan anda tertekan. Tetapi, fahamkan minat dan sesuaikan dengan kemahiran yang dimiliki sebelum menandatangani surat tawaran kerja. – RELEVAN

Monday 10 October 2022

Bahagian Infostruktur UiTM, Cawangan Sarawak Anjur Program komuniti

Program Kelestarian ICT Ke Arah Pembangunan Komuniti Digital (Belia B40) telah diadakan pada 8 hingga 9 Oktober 2022 bertempat di Dewan Suarah Kota Samarahan. Majlis Penutupan telah disempurnakan oleh YB Datuk Hajah Rubiah Binti Haji Wang turut dihadiri oleh YBhg. Timbalan Rektor Penyelidikan & Jaringan Industri UiTM Cawangan Sarawak, Prof Dr Abang Zainoren Bin Abang Abdurahman, Presiden Kelab Kakitangan (KEKiTA) UiTM Cawangan Sarawak, En. Ahmad Faizan Affandi dan Koordinator Jaringan Komuniti UiTM Cawangan Sarawak, Dr Azlina Bujang. 

Program yang mensasarkan belia golongan B40 di sekitar Kota Samarahan ini bertujuan untuk memberi pendedahan berkenaan kemahiran pengurusan perkakasan dan membaik pulih komputer serta memupuk minat peserta untuk menceburi bidang perniagaan yang berunsurkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Bengkel ini telah dihadiri oleh belia-belia dari 10 buah kampung iaitu Kampung Baru Hulu, Kampung Baru Tengah, Kampung Baru Hilir, Kampung Meranek, Kampung Meranek Lot Baru, Kampung Sindang, KampungTanjung Bundong Tradisi, Kampung Tg. Bundong Fasa I, II dan III.

Program yang merupakan kerjasama Bahagian Infostruktur dengan Unit Jaringan Komuniti dan Kelab Kakitangan (KEKiTA) UiTM Cawangan Sarawak ini melibatkan En. Mohd Syazwan Mohd Aris, Pegawai Teknologi Maklumat sebagai Ketua Projek dan dibantu oleh Pn. Aima Sumiyati Binti Maliki (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Kanan) serta Tc. Arizzan Jaini (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat). Program ini telah menampilkan En. Syarifuddin Bujang, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat sebagai tenaga pengajar. 

Tahniah dan syabas kepada staf yang terlibat dalam menjayakan program. Terima kasih kepada Unit Jaringan Komuniti UiTM Cawangan Sarawak kerana memberi peluang dan kepercayaan kepada Bahagian Infostruktur UiTM Cawangan Sarawak untuk bekerjasama dalam menjayakan program. Semoga kerjasama seperti ini akan berterusan di masa akan datang.





Thursday 25 August 2022

 


Happy birthday Amizan bin Hj Tahet! Wishing you a happy birthday, a wonderful year and success in all you do.

Monday 4 July 2022

Tahniah dan syabas kepada pelajar praktikal Bahagian Infostruktur UiTM Cawangan Sarawak


Tahniah dan syabas kepada pelajar praktikal Bahagian Infostruktur UiTM Cawangan Sarawak, saudara Feinstein Leon Rabak anak Francis Oscar Eska dan saudara Muhammad Mirza Zahiruddin bin Abd Aziz atas penganugerahan Diploma Pengurusan Maklumat sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA Ke-93 di Dewan Jubli, UiTM Cawangan Sarawak pada 4 Julai 2022.
Semoga terus sukses dan selamat maju jaya!




 

Friday 25 March 2022


Happy birthday Awang Baharudin Awang Ahmad! Wishing you a happy birthday, a wonderful year and success in all you do.

Monday 21 March 2022

BAHAGIAN INFOSTRUKTUR BERGANDING BAHU JAYAKAN JOM MASUK IPT ZON SARAWAK 2022

Program Jom Masuk IPT Zon Sarawak 2022 telah berlangsung di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) pada 19 hingga 20 Februari 2022. Bahagian Infostruktur UiTM Cawangan Sarawak telah diberi kepercayaan untuk menjadi AJK Teknikal ICT bersama Technical Team UP&P bagi program tersebut.

Dengan diketuai oleh Pegawai Teknologi Maklumat, En. Mohd Syazwan Mohd Aris dan dibantu oleh Pn. Aima Sumiyati Binti Maliki (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Kanan), En. Aminuddin Bakar (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat), En. Syarifuddin Bujang (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat) dan saudari Azzatul Syahirah Abu Serah (pelajar praktikal), krew telah menyumbang tenaga, masa dan kemahiran masing-masing dalam mengendalikan bahagian teknikal ICT.

Tahniah dan syabas kepada staf dan pelajar praktikal yang terlibat dalam menjayakan program. Terima kasih kepada pihak penganjur kerana memberi peluang dan kepercayaan kepada Bahagian Infostruktur UiTM Cawangan Sarawak untuk bekerjasama dalam menjayakan program. Semoga kerjasama seperti ini akan berterusan di masa akan datang.




Monday 28 February 2022

Sekalung penghargaan dan terima kasih



Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Saudari Rabiatul Norazanina Nazreen binti Razali (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Teknologi Maklumat dengan Kepujian, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)), Saudari Nurul Fatini Binti Abuhanifah (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Teknologi Maklumat dengan Kepujian, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)) dan Saudari Azzatul Syahirah Abu Serah (Diploma Sains Komputer, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak) atas perkhidmatan dan kerjasama yang diberikan sepanjang menjalani latihan praktik di Bahagian Infostruktur Cawangan Sarawak. 


Semoga pengalaman sepanjang bersama kami dapat dimanfaatkan untuk masa hadapan. Terima kasih dan selamat maju jaya!

Sunday 20 February 2022

BAHAGIAN INFOSTRUKTUR UiTM CAWANGAN SARAWAK TERIMA LAWATAN KE BIG DATA LAB

Bahagian Hal Ehwal Akademik UiTM telah membuat lawatan ke Big Data Lab, UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan 2. Lawatan ini bertujuan untuk meninjau kemudahan dan peralatan untuk tujuan pengajaran & pembelajaran yang disediakan di Big Data Lab.

Lawatan pada 20 Februari 2022 ini diiringi oleh wakil Pegawai Teknologi Maklumat, Pn. Rafidah Ahmad (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat) yang merupakan staf yang mengendalikan kemudahan makmal.



Friday 18 February 2022

BAHAGIAN INFOSTRUKTUR UiTM CAWANGAN SARAWAK BANTING TENAGA UNTUK PROGRAM JUH BELOYAR BERSAMA VC

18, Februari 2022 : Bahagian Infostruktur UiTM Cawangan Sarawak telah diberi kepercayaan untuk menjadi AJK Teknikal ICT program Juh Beloyar Bersama VC sempena lawatan YBhg Dato VC ke UiTM Cawangan Sarawak.

Program ini telah diadakan secara hybrid, secara bersemuka di Dewan Jubli Kampus Samarahan dan secara dalam talian melalui Zoom Webinar. Dengan diketuai oleh Pegawai Teknologi Maklumat, En. Mohd Syazwan Mohd Aris dan dibantu oleh Pn. Aima Sumiyati Binti Maliki (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Kanan), Tc. Arizzan Jaini (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat) dan saudari Azzatul Syahirah Abu Serah (pelajar praktikal), krew telah menyumbang tenaga dan kemahiran masing-masing dalam mengendalikan bahagian teknikal ICT dan multimedia bagi melancarkan program.

Tahniah dan syabas kepada staf dan pelajar praktikal yang terlibat dalam menjayakan program. Terima kasih kepada pihak penganjur kerana memberi peluang dan kepercayaan kepada Bahagian Infostruktur UiTM Cawangan Sarawak untuk bekerjasama dalam menjayakan program. Semoga kerjasama seperti ini akan berterusan di masa akan datang.



Monday 14 February 2022


Happy birthday Mohd Syazwan Mohd Aris!

Wishing you a happy birthday, a wonderful year and success in all you do.

Wednesday 9 February 2022

Sekalung ucapan Tahniah kepada YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor atas pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (P.M.W).