Monday 10 October 2022

Bahagian Infostruktur UiTM, Cawangan Sarawak Anjur Program komuniti

Program Kelestarian ICT Ke Arah Pembangunan Komuniti Digital (Belia B40) telah diadakan pada 8 hingga 9 Oktober 2022 bertempat di Dewan Suarah Kota Samarahan. Majlis Penutupan telah disempurnakan oleh YB Datuk Hajah Rubiah Binti Haji Wang turut dihadiri oleh YBhg. Timbalan Rektor Penyelidikan & Jaringan Industri UiTM Cawangan Sarawak, Prof Dr Abang Zainoren Bin Abang Abdurahman, Presiden Kelab Kakitangan (KEKiTA) UiTM Cawangan Sarawak, En. Ahmad Faizan Affandi dan Koordinator Jaringan Komuniti UiTM Cawangan Sarawak, Dr Azlina Bujang. 

Program yang mensasarkan belia golongan B40 di sekitar Kota Samarahan ini bertujuan untuk memberi pendedahan berkenaan kemahiran pengurusan perkakasan dan membaik pulih komputer serta memupuk minat peserta untuk menceburi bidang perniagaan yang berunsurkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Bengkel ini telah dihadiri oleh belia-belia dari 10 buah kampung iaitu Kampung Baru Hulu, Kampung Baru Tengah, Kampung Baru Hilir, Kampung Meranek, Kampung Meranek Lot Baru, Kampung Sindang, KampungTanjung Bundong Tradisi, Kampung Tg. Bundong Fasa I, II dan III.

Program yang merupakan kerjasama Bahagian Infostruktur dengan Unit Jaringan Komuniti dan Kelab Kakitangan (KEKiTA) UiTM Cawangan Sarawak ini melibatkan En. Mohd Syazwan Mohd Aris, Pegawai Teknologi Maklumat sebagai Ketua Projek dan dibantu oleh Pn. Aima Sumiyati Binti Maliki (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Kanan) serta Tc. Arizzan Jaini (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat). Program ini telah menampilkan En. Syarifuddin Bujang, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat sebagai tenaga pengajar. 

Tahniah dan syabas kepada staf yang terlibat dalam menjayakan program. Terima kasih kepada Unit Jaringan Komuniti UiTM Cawangan Sarawak kerana memberi peluang dan kepercayaan kepada Bahagian Infostruktur UiTM Cawangan Sarawak untuk bekerjasama dalam menjayakan program. Semoga kerjasama seperti ini akan berterusan di masa akan datang.





No comments:

Post a Comment