Monday 21 March 2022

BAHAGIAN INFOSTRUKTUR BERGANDING BAHU JAYAKAN JOM MASUK IPT ZON SARAWAK 2022

Program Jom Masuk IPT Zon Sarawak 2022 telah berlangsung di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) pada 19 hingga 20 Februari 2022. Bahagian Infostruktur UiTM Cawangan Sarawak telah diberi kepercayaan untuk menjadi AJK Teknikal ICT bersama Technical Team UP&P bagi program tersebut.

Dengan diketuai oleh Pegawai Teknologi Maklumat, En. Mohd Syazwan Mohd Aris dan dibantu oleh Pn. Aima Sumiyati Binti Maliki (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Kanan), En. Aminuddin Bakar (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat), En. Syarifuddin Bujang (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat) dan saudari Azzatul Syahirah Abu Serah (pelajar praktikal), krew telah menyumbang tenaga, masa dan kemahiran masing-masing dalam mengendalikan bahagian teknikal ICT.

Tahniah dan syabas kepada staf dan pelajar praktikal yang terlibat dalam menjayakan program. Terima kasih kepada pihak penganjur kerana memberi peluang dan kepercayaan kepada Bahagian Infostruktur UiTM Cawangan Sarawak untuk bekerjasama dalam menjayakan program. Semoga kerjasama seperti ini akan berterusan di masa akan datang.




No comments:

Post a Comment