Tuesday 12 March 2013

Komputer bank Australia diserang virus dari China

Komputer bank Australia diserang virus dari China
Reserve Bank of Australia diserang virus yang dibangunkan di China. - Foto AFP
Sydney: Rangkaian komputer Reserve Bank of Australia (RBA) telah digodam, kata seorang pegawai rasmi bank pusat itu semalam.

Beberapa laporan menyebut ia diserang virus yang dibangunkan di China, yang mana berupaya mencari maklumat yang sensitif.

Bank pusat berkenaan mendedahkan serangan terbabit dikesan selepas penyiasatan oleh The Australian Financial Review yang mendapati beberapa komputer dijangkiti perisian berbahaya yang berunsur perisikan.
 
Mengikut beberapa laporan akhbar, dalam satu serangan pada 2011, program perisikan virus yang dibangunkan China itu mencari maklumat sensitif mengenai rundingan G20, yang mana kadar tukaran dan rizab mata wang Beijing menjadi satu daripada agenda dalam rundingan berkenaan.

Pegawai rasmi bank berkenaan mengesahkan mengenai virus G20 kepada AFP dan berkata ia hanya terhad kepada beberapa komputer.

Pegawai berkenaan tidak menyatakan maklumat apa yang dicuri atau disasarkan dan tidak mengesahkan kaitannya dengan China.

Berprofil tinggi
Sumber rasmi Jabatan Pertahanan memberitahu AFP bahawa menyasar acara berprofil tinggi seperti G20 oleh negeri ditaja musuh, penjenayah siber dan kumpulan bermotifkan isu ancaman yang sebenar dan berterusan.

Sekurang-kurangnya 65 peratus daripada pencerobohan siber terhadap komputer di Australia mempunyai fokus ekonomi, tambah pegawai berkenaan.

Penceroboh siber mencari maklumat mengenai perjanjian perniagaan Australia, harta intelerk, data saintifik dan niat kerajaan, katanya.

Dalam satu insiden pada 2011 didedahkan bank pusat itu di bawah kebebasan pematuhan maklumatnya, emel yang menjadi sasaran diterima berhubung rancangan strategiknya bagi 2012.

Emel yang berniat jahat sentiasa menjadi sasaran utama, dengan menggunakan akaun luaran yang sah untuk menyerupai emel pegawai kanan bank, menurut laporan rasmi oleh unit pengurusan risiko bank berkenaan.
sumber :AFP

No comments:

Post a Comment