Tuesday 5 March 2013

Karnival IT UiTM Sarawak 2013



Nyanyian Lagu Negaraku berkumandang


Dengan kerjasama Bahagian Sains Komputer, COMPASS, Infotech, JPK dan Masmed telah mengilhamkan cetusan idea untuk penganjuran Karnival IT UiTM Sarawak 2013 pada 2 hingga 3 mac lepas. Terbuka kepada orang ramai, Mini Pameran Komputer turut di meriahkan dengan penyertaan dari sektor awam iaitu Perbadanan Harta Intelek Malaysia dan Jabatan Meteorlogi.

Selama 2 hari karnival di adakan, pelajar di dedahkan dengan pengetahuan IT di dalam IT Career Talk yang di jalankan dalam 2 sesi pada pagi dan petang.
Turut sudi hadir untuk menyempurna upacara perasmian ialah Timbalan Menteri Sains, Tekologi dan Inovasi, Yang Berhormat Datuk Haji Fadillah Bin Haji Yusof . Menyerikan lagi majilis, dengan kehadiran Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, Yang Berbahagia Prof. Madya Wan Akil Bin Tuanku Abdullah

Majlis di mulakan dengan bacaan doa dari Ustaz Al-Fadil Mohd Ilyas dan di teruskan dengan ucapan kata alu-aluan dari Pengerusi Karnival iaitu cik Cik Adeline Engkamat.

Stadium yang akan di gunakan untuk Cyber Games Competition

Pada sebelah petang pula, acara Cyber Games di teruskan dengan mengadakan pertadingan antara kumpulan untuk “Counter Strike Zero”. Pertandingan di adakan selama 2 hari, di mana pada hari pertama, kita menyaksikan 25 pasukan telah berentap untuk merebut tempat di acara “Final”.

Selain dari itu, Pertandingan App Android dan Pertandingan Filem Pendek turut di adakan untuk memeriahkan acara karnival.
Penyempurnaan Majlis penutupan dan penyampaian hadiah oleh Yang Berbahagia Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar pada petang itu.

Ruang Mini Pameran

No comments:

Post a Comment