Wednesday 1 August 2012

Tutorial - Root Dan UnRoot Android

Tutorial kali ini saya ingin kongsikan cara terbaik untuk anda Root phone Android anda tanpa melalui proses command line ataupun muat turun cracked ROM dan terpaksa start phone dengan mode downloading serta berisiko tinggi untuk gagal.
Sebelum itu bagi sesiapa yang tidak tahu apa itu Root , saya akan terangkan secara ringkas. Root merupakan proses ‘patch’  kernel untuk mendapatkan akses terhadap Root folder dan membenarkan apps pihak ketiga untuk akses ke internal sistem. Dengan kata lain, dengan Root phone Android anda anda seolah-olah telah membebaskan sekatan yang wujud selama ini.  Pada iPhone atau iPod istilah Root dipanggil sebagai JailBreak.
Diingatkan dengan melakukan Rooting pada phone anda Warranty phone akan hilang kerana dianggap mengubah sistem sedia ada secara tidak sah. Oleh itu, saya cadangkan sebelum anda lakukan Rooting fikir sepuluh kali terlebih dahulu. Walaubagaimanapun anda tetap boleh ‘undo’ dengan UnRoot dan membuang semua apps yang perlukan SuperUser Access, tiada cara untuk mengetahui anda pernah root phone anda setelah itu.
Terdapat banyak kelebihan apabila bergelar ‘Root User’ , di Android Market pun terdapat banyak apps yang perlukan Root untuk berfungsi. Selain itu, anda boleh dapatkan installer dari market dengan root kan phone anda.
Kaedah Root ini saya telah cuba pada Samsung Galaxy S2 dengan ROM Gingerbread 2.3.6 I9100GDZKJ2 baseband dan sepatutnya versi 2.3.6 dan kebawah masih boleh menggunakan kaedah ini.

Baiklah sekiranya anda telah bersedia untuk Rooting phone anda ikut sahaja langkah dibawah:
1. Pastikan PC anda telah terpasang USB driver untuk phone tersebut. (Bagi pengguna Samsung download Kies melalui link ini)
2. Aktifkan USB debugging melalui  Settings > Applications > Development > USB Debugging . Sekiranya anda menggunakan Kies, pastikan anda matikan terlebih dahulu kemudian sambungkan phone anda ke PC melalui USB.
3. Muat turun SuperOneClick (boleh download yg latest version)  extract kandungan file yang telah anda muat turun tadi dan jalankan file SuperOneClick.exe .
4. Klik Root buttton.

5. Tunggu sehingga proses Rooting berjaya lebih kurang 5-10 minit. Dan selesai.. ;-)

Bagi ‘Root user’, nantikan tutorial saya akan datangkan berkenaan cara untuk hack game dengan apps dengan mudahnya…

Selamat Mencuba ...

No comments:

Post a Comment