Monday 23 July 2012

Windows 8

Makluman jer tok... untuk semua penggemar yang menggunakan Windows, kinektok dah ada Windows 8 dan windows tok akan ada disahkan pada 26 Oktober 2012 kelak.

So, sapa2 nak ingin rasa nak guna Windows baru bolehla layari Microsoft kelak dan mencari atau mendownload benda tok k..

Dibawah tok di adalah LINK daripada Sumber My Berita untuk tatapan pembaca.



Microsoft menetapkan tarikh 26 Oktober 2012 sebagai tarikh pelancaran rasmi Windows 8. Pada beberapa bulan lalu, Microsoft mengumumkan bahawa pelancaran Windows 8 akan dibuat pada hujung Oktober 2012 tapi tidak memberitahu tarikh tetap, kini tarikh itu sudah diketahui. Pengumuman mengenai tarikh pelancaran Windows 8 dikeluarkan oleh Brandon LeBlanc dalam artikel terbaru beliau di blog rasmi pasukan pembangun Windows 8. Tarikh pada penghujung Oktober 2012 itu rupanya hampir bersamaan dengan tarikh pelancaran Windows 7 yang diadakan pada 22 Oktober 2009 satu ketika dulu. Bersempena pelancaran Windows 8, tablet Surface yang merupakan tablet keluarkan Microsoft menggunakan sistem operasi Windows 8 dijangka akan turut dilancarkan pada hari yang sama. Selepas itu, jenama pengeluar komputer terkemuka seperti Hp, Acer, Dell dan Lenovo akan memperkenalkan peranti terbaru masing-masing memuatkan Windows 8 sebagai sistem operasi.

Sumber daripada http://www.myberita.com/pelancaran-windows-8-sah-26-oktober-2012/

aritok tukar bahasa sarawak sekejap, apa2pun, udah 3 hari berposa...udah sik berasa..

Word untuk hari tok:

"Jagalah Hati nescaya memperoleh keimanan "

Salam Ramadhan :)



No comments:

Post a Comment