Friday 26 October 2012

Bahagian 2 :Virus, Malware, Trojan Horse, Scarewar

Terdapat beberapa lagi jenis parasit yang berkemingkinan menyerang komputer anda.

Adware
Adware adalah program yang mengpop-up iklan dan/atau iklan yang tersembunyi dimasukkan ke dalam sesebuah program. Kebiasaanya program tersebut adalah program freeware, shareware dan sebagainya. Jadi, pengguna terpaksa menerima iklan tersebut. Contoh adware adalah 123 Messenger, 180SearhAssistant dan lain-lain.

Hijacker
Hijacker adalah program yang boleh mengubah setting pelayar web, menukar carian ke laman tertentu seperti laman pornografi. Dan yang paling teruk ialah apa yang telah diubah oleh program ini tidak dapat diubah kembali, malah, mungkin tidak dapat melayari internet seperti biasa. Contoh hijacker adalah spymaxx, dir4you, hipointltd dan lain-lain.

Dialer
Dialer adalah program yang memasukkan fungsi sambungan ke internet, memutuskan sambungan komputer dari ISP local dan menukar atau menghubungkan kembali ke ISP lain dan telefon antarabangsa.

Keylogger (Keystroke Logger)
Keylogger adalah program yang mampu merekod apa sahaja yang anda tekan di keyboard anda, termasuklah perbualan email dan chat.

Cookies
Cookies dicipta untuk disimpan pada sistem untuk membolehkan diakses kembali tapi ada yang menyalahgunakannya dengan berkongsi pada laman lain serta mengumpul maklumat seseorang pengguna yang mungkin untuk dijual bagi perolehi keutungan.

Spam
Spam melibatkan kegiatan emel yang tidak diundang dihantar dengan banyaknya tanpa keizinan pemunya emel dan ia mungkin kegiatan suka-suka, mengacau atau promosi iklan yang salah. Ia mengundang masalah dari segi ruang emel dan masa.

Wabbit
Istilah wabbit mungkin asing, tapi memang ada malware jenis ini. Seperti worm, wabbit tidak memerlukan suatu program dan/atau dokumen untuk bersarang dan membiak. Modus operandi wabbit adalah ia akan menggandakan dirinya seberapa banyak yang boleh secara terus menerus dan merosakkan sistem/software. Kesannya proses sistem akan menjadi semakin lembab kerana wabbit telah banyak memakan memori sistem dengan penggandaannya.

Backdoor
Ini adalah parasit yang main jalan belakang untuk mengemudi sistem dengan tanpa rela oleh sistem yakni, menceroboh. Ia terbahagi kepada 2 kumpulan; 1 mirip kepada Trojan dimana secara manual ia dimasukkan ke dalam fail program. Kumpulan ke 2 adalah mirip worm dimana ia dijalankan sebahagian daripada proses boot. FYI, Ratware adalah sebutan untuk backdoor yang mengubah komputer menjadi zombie yang mengirim spam.

Exploit
Exploit adalah program yang menyerang security vulnerability yang spesifik namun tidak selalu bertujuan untuk melancarkan tindakan yang tidak diinginkan. Ianya digunakan untuk membuat ujian menunjukkan bahawa sistem tersebut mempunyai 'lubang'. Salahguna Exploit membolehkan sistem itu mudah dicerobohi.

Rootkit
Rootkit dimasukkan ke dalam komputer oleh penyerang setelah komputer berjaya diambil alih. Rootkit berupaya menghapus jejak serangan, seperti menghapus log file dan menyembunyikan proses malware itu sendiri. Ia juga mungkin menanam backdoor untuk serangan masa hadapan. Rootkit sukar dijejak kerana ianya tertanam jauh ke dalam sistem biasanya di bahagian kernel dan OS. Cara yang boleh digunakan untuk menjejak Rootkit ini adalah dengan boot semula sistem dengan menggunakan boot selain hard disk tadi, samada boot melalui CD/ROM atau USB.

Bot
Bot adalah sejenis malware yang membolehkan seseorang mengambil alih komputer yang dijangkiti bot secara menyeluruh dan ini biasanya dikenali dengan istilah 'zombie'. Penyerang biasanya akan menggunakan zombie untuk buat serangan DoS ke atas mana-mana laman web, membuat hosting untuk laman web phishing, ataupun menyebarkan spam ke emel-emel.

No comments:

Post a Comment