Friday 26 October 2012

Bahagian 2 :Virus, Malware, Trojan Horse, Scarewar

Terdapat beberapa lagi jenis parasit yang berkemingkinan menyerang komputer anda.

Adware
Adware adalah program yang mengpop-up iklan dan/atau iklan yang tersembunyi dimasukkan ke dalam sesebuah program. Kebiasaanya program tersebut adalah program freeware, shareware dan sebagainya. Jadi, pengguna terpaksa menerima iklan tersebut. Contoh adware adalah 123 Messenger, 180SearhAssistant dan lain-lain.

Hijacker
Hijacker adalah program yang boleh mengubah setting pelayar web, menukar carian ke laman tertentu seperti laman pornografi. Dan yang paling teruk ialah apa yang telah diubah oleh program ini tidak dapat diubah kembali, malah, mungkin tidak dapat melayari internet seperti biasa. Contoh hijacker adalah spymaxx, dir4you, hipointltd dan lain-lain.

Dialer
Dialer adalah program yang memasukkan fungsi sambungan ke internet, memutuskan sambungan komputer dari ISP local dan menukar atau menghubungkan kembali ke ISP lain dan telefon antarabangsa.

Keylogger (Keystroke Logger)
Keylogger adalah program yang mampu merekod apa sahaja yang anda tekan di keyboard anda, termasuklah perbualan email dan chat.

Cookies
Cookies dicipta untuk disimpan pada sistem untuk membolehkan diakses kembali tapi ada yang menyalahgunakannya dengan berkongsi pada laman lain serta mengumpul maklumat seseorang pengguna yang mungkin untuk dijual bagi perolehi keutungan.

Spam
Spam melibatkan kegiatan emel yang tidak diundang dihantar dengan banyaknya tanpa keizinan pemunya emel dan ia mungkin kegiatan suka-suka, mengacau atau promosi iklan yang salah. Ia mengundang masalah dari segi ruang emel dan masa.

Wabbit
Istilah wabbit mungkin asing, tapi memang ada malware jenis ini. Seperti worm, wabbit tidak memerlukan suatu program dan/atau dokumen untuk bersarang dan membiak. Modus operandi wabbit adalah ia akan menggandakan dirinya seberapa banyak yang boleh secara terus menerus dan merosakkan sistem/software. Kesannya proses sistem akan menjadi semakin lembab kerana wabbit telah banyak memakan memori sistem dengan penggandaannya.

Backdoor
Ini adalah parasit yang main jalan belakang untuk mengemudi sistem dengan tanpa rela oleh sistem yakni, menceroboh. Ia terbahagi kepada 2 kumpulan; 1 mirip kepada Trojan dimana secara manual ia dimasukkan ke dalam fail program. Kumpulan ke 2 adalah mirip worm dimana ia dijalankan sebahagian daripada proses boot. FYI, Ratware adalah sebutan untuk backdoor yang mengubah komputer menjadi zombie yang mengirim spam.

Exploit
Exploit adalah program yang menyerang security vulnerability yang spesifik namun tidak selalu bertujuan untuk melancarkan tindakan yang tidak diinginkan. Ianya digunakan untuk membuat ujian menunjukkan bahawa sistem tersebut mempunyai 'lubang'. Salahguna Exploit membolehkan sistem itu mudah dicerobohi.

Rootkit
Rootkit dimasukkan ke dalam komputer oleh penyerang setelah komputer berjaya diambil alih. Rootkit berupaya menghapus jejak serangan, seperti menghapus log file dan menyembunyikan proses malware itu sendiri. Ia juga mungkin menanam backdoor untuk serangan masa hadapan. Rootkit sukar dijejak kerana ianya tertanam jauh ke dalam sistem biasanya di bahagian kernel dan OS. Cara yang boleh digunakan untuk menjejak Rootkit ini adalah dengan boot semula sistem dengan menggunakan boot selain hard disk tadi, samada boot melalui CD/ROM atau USB.

Bot
Bot adalah sejenis malware yang membolehkan seseorang mengambil alih komputer yang dijangkiti bot secara menyeluruh dan ini biasanya dikenali dengan istilah 'zombie'. Penyerang biasanya akan menggunakan zombie untuk buat serangan DoS ke atas mana-mana laman web, membuat hosting untuk laman web phishing, ataupun menyebarkan spam ke emel-emel.

Tuesday 23 October 2012

Saingan Antara IE,Firefox & Chrome

Semenjak Google memperkenalkan pelayar web Chrome, ia telah memberikan saingan hebat kepada pelayar web daripada Microsoft, di mana Internet Explorer mulai nampak kehilangan kedudukan utama di seluruh dunia. Perang pelayar web adalah salah satu perkara yang semakin hangat sejak akhir ini.

Chrome web browser in Asia




Melalui laporan yang dikeluarkan oleh Royal Pingdom, Google Chrome telah mendahului takhta di rantau asia dan Amerika Selatan, Internet Explorer di Amerika Utara dan Ocenia, manakala Firefox di Benua Eropah dan Benua Afrika.

Di Malaysia, Google Chrome di angkat sebagai pelayar web pilihan pengguna, diikuti oleh Firefox dan juga Internet Explorer. Walaubagaimanapun, sejak daripada Internet Explorer 9 diperkenalkan, Microsoft kelihatan semakin memfokuskan kepada mempromosikan pelayar web mereka, disamping Chrome yang semakin hari semakin popular dikalangan pengguna. Mozilla pula telah pun mengubah cara dan latar masa untuk pembangunan pelayar web mereka, menawarkan versi baru setiap 6 minggu, sama seperti Chrome.

Bagi anda sebagai pelayar yang tega, apakah pelayar web pilihan anda?

Monday 22 October 2012

Komputer Riba yang pertama di Dunia!




Zaman era globalisasi ini, dunia dibanjiri dengan penggunaan laptop dari segenap lapisan umur.Beberapa tahun yang lalu, kebanyakan dari kita hanya mengenali komputer dekstop dengan casing dan monitor yang besar.Namun dengan kecanggihan dunia teknologi yang bergerak pantas,secara majoritinya penggunaan laptop lebih terkehadapan kerana ianya lebih mudah untuk di bawa kemana-mana.

Namun tahukan anda bilakah dan laptop apakah yang pertama di ciptakan di dunia?

Laptop pertama di dunia yang dibuat adalah laptop buatan Toshiba yang di cipta pada tahun 1985 .Mungkin anda berfikir laptop tersebut sudah tinggal sejarah dan telah dimuziumkan, akan tetapi laptop Toshiba T1100 ini masih ada dan masih boleh digunakan.



Laptop ini mempunyai memory 256KB RAM, mempunyai keybord QWERTZ (tidak seperti keybord sekarang QWERTY) , processor menggunakan Intel 4.77MHz dan beratnya 4.1 kg (cukup berat juga). Untuk harga laptop itu sendiri adalah $1899. Mempunyai floppy disks tetapi tidak menggunakan hard drive.








Sunday 21 October 2012

Bahagian 1 :Virus, Malware, Trojan Horse, Scareware, Spyware dan Worms dan cara mengatasinya

Lazimnya apabila komputer anda bermasalah, anda akan kaitakan dengan virus. Sebenarnya ia bukan sahaj berkaitan dengan Virus sahaja. Tentu anda ingin lebih tahu mengenai perbezaaan antara Virus, Malware, Trojan Horse, Scareware, Spyware dan Worms dan cara mengatasinya. Mari sama-sama kita kupas satu persatu.

Virus
Sistem operasi  di dalam sesebuah komputer akan dikucar kacirkan atau terus dirosakkan . Selalunya virus akan menyalin diri dari satu folder menjadi dua folder sehinggalahj keadaan ini akan memenuhi ruang komputer anda. Kita delete satu folder dalam folder yang lain, apabila buka folder yang lain, ia akan menyalinkan(paste) diri ke folder yang telah kita buka.

Kebiasaan ia akan berada dalam format executable files atau ".exe".Ini ialah format aplikasi yang mana kalau kita klik akan trigger atau mulakan sesuatu proses(kebiasaan untuk instalasi). Orang yang mencipta virus mempunyai banyak niat. Ada virus yang dibuat untuk delete fail-fail seperti ms word, excel. Ada yang lagi teruk sampai mengganggu  MBR atau Master Boot Record, di mana virus yang telah ada di situ akan membuatkan komputer bermasalah ketika hendak memulakan sistem operasi.

Apa itu Malware?
Ia wujud daripada gabungan ‘malicius’ yang membawa maksud niat jahat dan ‘software’ pula bermaksud perisian. Perisian ini dicipta oleh individu yang mempunyai kepakaran berkenaan kod program pelbagai perisian. Tujuan golongan ini ialah untuk mengganggu, mengancam dan menimbulkan masalah kepada pengguna komputer. Mereka mencipta Malware seperti cecacing internet dan beberapa virus lain bagi tujuan untuk menguji kemahiran komputer yang dimiliki serta ingin melihat sejauh mana kejayaan mereka menyebarkan virus yang dicipta.



Spyware
Nama pun dah "spy". Spyware ini kebiasaannya, tujuan utama mereka ialah tak lain dan tak bukan iaitu Mencuri Maklumat.
Sistem operasi komputer anda akan berjalan seperti biasa, Spyware akan berjalan dalam keadaan senyap dan sunyi. Tapi, awas! Spyware amat berbahaya! Sebab apa? contoh pertama, apabila anda login ke bank secara talian, email atau sebagainya, Spyware akan mecuri "usernama" dan "password". 
Berhati-hati  dengan toolbar yang di tawarkan untuk di install. Boleh di install, kalau dari sumber yang boleh dipercayai seperti dari Google dan Yahoo. Besar kemungkinan toolbar yang anda install adalah "spyware". Seperti gambar di atas, contoh toolbar.

Scareware
Apa pulak Scareware? Ada perkataan scare kat situ, maknanya takut. Program yang dicipta untuk menakutkan pengguna PC seterusnya menipu pengguna PC. Menipu macam mana tu? Situasi ini akan berlaku ketika kita tengah mengguna komputer, tiba-tiba akan keluar satu popup yang skrin , menyatakan terdapat banyak virus di dalam komputer anda(contoh gambar di atas). Bagi anda yang ada sedikit pengetahuan i.t mungkin dapat mengagak sama ada amaran tersebut benar atau palsu. Bagi mereka yang kurang berpengetahuan, akan terus tertipu. Klik next, sampau last sekali akan tiba ke satu website, yang menjual software antivirus. Kat sini akan bermula proses tawar-menawar untuk membeli produk mereka. Apabila pembelian telah dilakukan, "popup" pun akan hilang.

Apa yang terjadi, sebenarnya ada pihak lain yang akan mendapat komisen dari hasil jualan tersebut. Pencipta scareware atau pencipta popup adalah dalang utama. Ini adalah cara yang terpantas untuk menipu secara bijak

Trojan Horse
Kononnya ia beroperasi secara betul dalam sesebuah komputer. Tetapi sebenarnya dalam senyap ia membuat backdoor! Apa backdoor? "Backdoor" seperti pintu rahsia atau akses rahsia yang membolehkan komputer anda di kawal oleh seseorang. Apabila dapat dikawal, bermakna secara tiba- tiba DVD drive akan terbuka sendiri, mouse terklik sendiri, fail akan terpadam dengan sendiri.

Worms
Worms dikaitakan dengan rangkaian. Kebiasan di pejabat. Bermula dari satu komputer ke komputer yang lain melalui sistem rangkaian dan akan terus mencari. Juga akan merebak melalui email dengan cara  forward email melalui "attachment", worms akan turut tumpang sekaki. Situasi ini akan menjejaskan speed internet di pejabat anda.

Cara untuk mengatasi
Setakat ni, Antivirus yang di syorkan adalah Kaspersky kerana telah hampir 6 tahun bersama UiTM, alhamdulillah semuanya masih berjalan dengan lancar.
Ramai lebih suka menggunakan Antivirus "pirate" kerana ia adalah percuma. Tapi apakah ia setimpal dengan kehilangan data anda yang amat berharga dengan harga Antivirus yang tidak sampai RM30 di pasaran?
Kalau masih jugak tak mampu, saya sarankan anda menggunakan Antivirus percuma seperti AVG Free Edition 2013 atau Avira Free Edition 2013, yang penting dapatkan perlindungan yang optima. Untuk pelindungan malware cuba gunakan kombinasi MalwareBytes dengan SuperAntiSpyware.