Sunday 24 November 2019

Majlis Makan Malam 2019 Bersama Orang Yang Diraikan


Tempoh 10 tahun bersama unit infostruktur adalah satu tempoh yang cukup mengakrabkan dan mematangkan perhubungan kami. Bermula dengan nama unit I.T, Unit Infotech sehinggalah ke Unit Infostruktur pelbagai kenangan suka dan duka telah kami lalui bersama.


Encik Mohd Farid Assamani telah mula berkhidmat di UiTM Sarawak pada 4 februari 2009 dan mengakhiri perkhidmatan beliau di UiTM Sarawak kerana akan berpindah dan memulakan tugas baru UiTM Tapah pada disember 2019. Sepanjang bertugas sebagai Ketua Unit Infostruktur, banyak pencapaian demi pencapaian yang sana-sama telah kami capai hasil bimbingan dari beliau.

Walaupun agak tegas dalam memikul tanggungjawab sebagai ketua unit, beliau sebenarnya adalah seorang ketua yang amat bertoleransi. Tidak hairanlah semua staf infostruktur amat menyenangi beliau.

Namun apakan daya, bak kata pepatah, daripada hujan emas di negeri orang, lebih baik hujan batu di negeri sendiri. Perpindahan beliau terpaksa kami akur dan ia merupakan kehilangan satu permata untuk UiTM Sarawak.


Majlis kilauan Bakti Sanjungan Budi dan Makan Malam Infostruktur yang di adakan pada 23 november 2019, malam tadi turut dihadiri oleh ketua-ketua Bahagian serta Pensyarah. Turut hadir ahli keluarga staf Infostruktur.



1 comment: