Monday 25 November 2019

Persembahan Khas buat Boss I.T

Sunday 24 November 2019

Majlis Makan Malam 2019 Bersama Orang Yang Diraikan


Tempoh 10 tahun bersama unit infostruktur adalah satu tempoh yang cukup mengakrabkan dan mematangkan perhubungan kami. Bermula dengan nama unit I.T, Unit Infotech sehinggalah ke Unit Infostruktur pelbagai kenangan suka dan duka telah kami lalui bersama.


Encik Mohd Farid Assamani telah mula berkhidmat di UiTM Sarawak pada 4 februari 2009 dan mengakhiri perkhidmatan beliau di UiTM Sarawak kerana akan berpindah dan memulakan tugas baru UiTM Tapah pada disember 2019. Sepanjang bertugas sebagai Ketua Unit Infostruktur, banyak pencapaian demi pencapaian yang sana-sama telah kami capai hasil bimbingan dari beliau.

Walaupun agak tegas dalam memikul tanggungjawab sebagai ketua unit, beliau sebenarnya adalah seorang ketua yang amat bertoleransi. Tidak hairanlah semua staf infostruktur amat menyenangi beliau.

Namun apakan daya, bak kata pepatah, daripada hujan emas di negeri orang, lebih baik hujan batu di negeri sendiri. Perpindahan beliau terpaksa kami akur dan ia merupakan kehilangan satu permata untuk UiTM Sarawak.


Majlis kilauan Bakti Sanjungan Budi dan Makan Malam Infostruktur yang di adakan pada 23 november 2019, malam tadi turut dihadiri oleh ketua-ketua Bahagian serta Pensyarah. Turut hadir ahli keluarga staf Infostruktur.



Nostalgia Zero Nine to Nineteen

Friday 15 November 2019

Tahniah! TC Arizzan!


Tahniah untuk encik Arizzan bin Jaini kerana telah memperolehi Qualified Technician dengan membawa gelaran Tc. Tahniah kepada Tc. Arizzan Jaini!
#uitmswk #infostrukturswk #kitauitm #uitmdihatiku

Thursday 19 September 2019


Kumpulan Ordenador Unit Infostruktur UiTM Cawangan Sarawak telah menyertai pertandingan Inovasi ICT sempena Hari ICT 2019 di UiTM Cawangan Permatang Pauh, Pulau Pinang pada 18-19 September 2019. Projek yang dipertandingkan iaitu Sports Scoring Management System telah berjaya memenangi Naib Johan. 


Di samping itu, sebagai mewakili Zon Borneo, kumpulan tersebut turut menyediakan booth HICT 2019 dan telah berjaya memenangi Booth Paling Ramai Pengunjung. 

Turut dihadiri adalah majlis makan malam yang bertemakan Malam Gala Bollywood, Zon Borneo  iaitu gabungan Sarawak dan Sabah telah mempersembahkan tarian dan nyanyian. 
Bagi pertandingan Rani Of The Night, ahli wanita kumpulan iaitu Pn. Norhafizah Madhi telah berjaya meraih tempat kedua. 


Tahniah diucapkan kepada ahli kumpulan Ordenador iaitu Ts. Mohd Farid Assamani Mohamed Zainon, En. Mohd Syazwan Mohd Aris, Pn. Norhafizah Madhi, En. Arizzan Jaini dan En. Aminuddin Bakar.

Syabas diucapkan pada semua!

#kitauitm #uitmdihatiku #uitmswk #infostrukturswk #ordenador #hict2019

Monday 29 July 2019

Melawati staf HEA di hospital


Staf Infostruktur telah meluangkan masa melawat Saudara Arfan bin Abu Bakar, staf HEA UiTM Cawangan Sarawak di Hospital Umum Sarawak.

Semoga dikurniakan kesembuhan buat Saudara Arfan.



Friday 21 June 2019

Majlis Ramah Tamah Gawai-Raya Info 2019.

Terima kasih kepada yg hadir. Mohon maaf mana2 rakan yg kami lupa nak jemput! 😅

#uitmsarawak #infostruktur #gawairaya2019 #rayakansebulan















Tuesday 11 June 2019

Lawatan Yg Brs. Dr. Hj. Anuar Mazuki (Bendahari UiTM) ke Banguan Blok K



Lawatan oleh Bendahari UiTM, Yg Brs. Dr. Hj. Anuar Mazuki  ke bangunan Blok K, Kampus Samarahan bagi cadangan kerja-kerja ubahsuai. Beliau juga turut dibawa melawat ke Kolej Sri Mulu dan Sri Gading bagi kerja ubahsuai di kolej-kolej tersebut.


Lawatan ini turut disertai oleh Timbalan Bendahari UiTM Cawangan Sarawak Tn. Hj. Ahmad Zuki Hj. Ahmad, Pengarah Bahagian Infrastruktur & Infostruktur, En. Zulkifli Azamuddin, Timbalan Pengarah Infrastruktur, En. Lukmanulhakim Adhar & Timbalan Pengarah Infostruktur Ts. Mohd Farid Assamani Mohamed Zainon.


#uitmcawangansarawak #uitmdihatiku #infostruktursarawak

Wednesday 22 May 2019

Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) oleh Unit Infostruktur 2019

Pada petang tadi 22 Mei 2019 telah berlangsung Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) oleh Unit Infostruktur. Program telah disempurnakan oleh YBhg Dato Rektor Prof Dato Dr Jamil Hj Hamali. Sebanyak 110 pek kuih-muih telah diagihkan kepada warga kampus terutama pelajar di Blok K, Kampus Samarahan. InsyaAllah program ini akan diteruskan pada bulan Ramadan akan datang.
#ramadan #csr #infostruktursarawak




Tuesday 14 May 2019

Majlis Berbuka Puasa Unit Infostruktur

Semalam telah berlangsungnya Majlis Berbuka Puasa staf Unit Infostruktur di Borneo Convention Centre, Kuching. Terima kasih kepada semua yang hadir termasuk ahli keluarga. Semoga dengan majlis seperti ini dapat mengeratkan hubungan sesama staf.
#infostruktur #infostruktursarawak #bersungkei #iftar #ramadan #1440H