Tuesday 26 May 2015

Android dan iOS, apa beza Sistem Operasi sumber terbuka dan sumber tertutup



Ketersuaian dan Fleksibel
Berdasarkan sejarah, peranti Android lebih fleksibel. Aplikasi Android mendapat akses penuh terhadap fail-fail sistem, boleh berkomunikasi antara satu sama lain melalui ciri Share, mengubah halaman utama (home screen) dengan melalui aplikasi pihak ketiga (third party launcher), menetapkannya sebagai aplikasi tetapan utama, menukar susun atur papan kekunci seperti aplikasi Swype serta banyak lagi.

iOS pula lebih terhad ketersuaiannya. Aplikasi-aplikasi pada asalnya dihadkan aksesnya terhadap fail-fail. Cuma kebelakangan ini sahaja Apple telah mengubah pendiriannya dengan menjadi sedikit longgar terhadap aplikasi. Kini, melalui iOS 8, Apple telah menambahkan ciri perkongsian, boleh menggunakan papan kekunci pihak ketiga serta pemasangan widget-widget yang boleh diakses pada pusat notifikasi (notification centre).



Apa maknanya ini kepada kita semua? iOS secara keseluruhannya masih lagi terhad walaupun beberapa ciri telah ditambah seperti widget, perkongsian antara aplikasi, aplikasi yang masih bergerak pada latar belakang dan beberapa ciri lain yang sedia ada pada Android telah ditambah. Bagaimanapun, iOS masih lagi tidak membenarkan pengguna mengubah tetapan lalai bagi aplikasi pelayar web, klien emel, aplikasi pemetaan dan beberapa aplikasi lain. Ini agak menjengkelkan jika anda lebih gemar menggunakan aplikasi lain yang dirasakan lebih baik.

Imej dari Google Play
Imej dari Google Play
Rooting dan Jailbreaking

Walaupun Android menawarkan pelbagai ciri ketersuaian dan lebih fleksibel, namun ia masih banyak lagi yang “dikunci” dan memerlukan pengguna untuk melakukan “rooting”. Pengguna perlu mendapatkan akses kepada “root” bagi mendapatkan potensi penuh Android. Pada kebanyakan telefon pintar, rooting mendedahkan peranti kepada risiko keselamatan. Tapi, Google tidak begitu sukakan kegiatan rooting peranti Android ini dan pada kemaskini yang terbaru, akses kepada root telah dibuang.

Pengguna Apple yang mahu menggunakan aplikasi yang tidak diperakukan, ingin melakukan pengubahsuaian dan mendapat akses yang lebih perlu melakukan jailbreak terhadap sistem operasi iOS. Secara asasnya ia hampir serupa dengan proses melakukan rooting iaitu dengan mengeksploitasikan lohong keselamatan. Selepas melakukan jailbreak, pengguna tidak diperlukan untuk melakukan naiktaraf iOS ke versi baru. Pengguna perlu menunggu jailbreak versi iOS diterbitkan terlebih dahulu atau pengguna akan kehilangan segala perubahan yang dilakukan melalui jailbreak.

Apa maknanya ini semua kepada kita semua? Kebiasaannya, lebih mudah untuk melakukan rooting berbanding melakukan jailbreak iOS. Pastikan anda memilih telefon yang lebih mudah untuk mendapat akses kepada root jika anda memang seorang yang kaki “tweak”.


No comments:

Post a Comment