Monday 9 September 2013

Khabar angin mengenai Windows 9



Belum lagi berkesempatan untuk mengekplorasi Windows 8, akan muncul pula sistem pengoperasian baru iaitu Windows 9. Ia masih mengekalkan tiada butang Start dan mengekalkan sokongan utama skrin sentuh seperti pada Windows 8 yang berada di pasaran kini.

Walaupun ianya hanya khabar angin, namun tarikh-tarikh penting mengenai Windows 9 sudah mula tersebar. Pada 7 Januari 2014, versi beta pertama Windows 9 akan diperlihatkan. Kemungkinan akan dipertontonkan pada CES 2014 nanti. Untuk versi release candidate (RC), ia dijangka pada Julai 2014. Untuk versi RTM (Release to Manufacturing) dijangka pada bulan Oktober 2014 dan dijual kepada umum pada November 2014. Windows 9 turut diperkatakan menumpukan fungsi tambahan yang tidak terdapat pada Windows 8.

No comments:

Post a Comment