Monday 9 September 2013

Ramah Tamah Aidilfitri UiTM Sarawak

Di minggu-minggu yang terakhir terasa seronok apabila masih berpeluang mengenakan baju melayu, bersampin dan songkok untuk kaum lelaki. Manakala kaum wanita tidak melepaskan peluang untuk bergaya sempena ramah tamah Aidilfitri anjuran UiTM Sarawak.

Pentas Utama
Bertemakan "Majlis Berlanggar Raya" seperti pada tahun lepas, setiap bahagian dan unit akan mempunyai tugas masing-masing dalam penyediaan makanan untuk gerai masing-masing. Pada kali ini, kerja kami nampak mudah iaitu penyediaan nasi.

Inilah wajah teraju utama kami ( yang tengah pejam mata tu bukan tido yer, tapi sakit mata.hahaha..)

Dari kiri : Puan Aima(Timb. Boss), Puan Rafidah, Cik Jue, Puan Sue, En.Mijan, En.Achai, En. Farid(boss kita orang), En. Joe(Timb. Boss), En Ejan, Cik Sara, Puan Nor, dan 3 palajar Praktikal(sori tak ingat nama) - ada 3 orang staf missing in action (En. Bahar, En. Amin & En. Naz) hehehe..
Tadaaa... inilah boot kami. Amacam, comel tak Kak Ton?
Lain-lain Boot :

Bahagian Perpustakaan
Bahagian Hal Ehwal Pelajar








Khabar angin mengenai Windows 9



Belum lagi berkesempatan untuk mengekplorasi Windows 8, akan muncul pula sistem pengoperasian baru iaitu Windows 9. Ia masih mengekalkan tiada butang Start dan mengekalkan sokongan utama skrin sentuh seperti pada Windows 8 yang berada di pasaran kini.

Walaupun ianya hanya khabar angin, namun tarikh-tarikh penting mengenai Windows 9 sudah mula tersebar. Pada 7 Januari 2014, versi beta pertama Windows 9 akan diperlihatkan. Kemungkinan akan dipertontonkan pada CES 2014 nanti. Untuk versi release candidate (RC), ia dijangka pada Julai 2014. Untuk versi RTM (Release to Manufacturing) dijangka pada bulan Oktober 2014 dan dijual kepada umum pada November 2014. Windows 9 turut diperkatakan menumpukan fungsi tambahan yang tidak terdapat pada Windows 8.