Friday 26 June 2009

Menawan kaki Gunung Santubong





















21 Jun 2009 merupakan tarikh bermulanya aktiviti mencabar Unit IT, UiTM Sarawak.Semuanya bermula seawal jam 7.00 pagi.Sebelum memulakan cabaran, kami singgah sebentar ke Kafe Satang untuk menambah bekalan yang sememang telah di kosongkan semalaman.

Tepat jam 9.00 pagi,kami mula bergerak ke satu lokasi yang telah di tetapkan untuk taklimat oleh Jurupandu.Jam 9.15 pagi menuju ke Pintu gerbang Green Paradise Cafe.



Cabaran bermula dengan meredah hutan tua di sepanjang kaki gunung Santubong yang sememangnya penuh dengan pantang larangnya.
Sepanjang perjalanan,kami di beritahu oleh jurupandu, ada beberapa lokasi tapak pemujaan akan kami lalui.Oleh itu,kami dilarang sama sekali untuk bercakap yang bukan-bukan.

Jika dikira dari segi jarak,sememangnya tidak lah begitu jauh,namun bentuk muka bumi yang cukup mencabar seperti jurang,lereng bukit,halangan pokok dan permukaan yang licin sudah cukup memenatkan.Setelah penat berjalan sejauh 2 KM dengan masa kira-kira 2 jam, akhirnya kami selamat menamatkan cabaran pertama dengan penuh bergaya.

gambar : gaya anak itik kepenatan

Pada sebelah petang pula,Seperti biasa perut di isi sebelum aktiviti Obtacle Challenge bermula.Untuk cabaran ini kami di bahagi kepada 2 kumpulan, le Vista dan eX Piiiirahhh.Untuk aktiviti ini,seperi yang telah dijangka,kumpulan Vista meraih kemenangan yang penuh bergaya dengan perbezaan catatan masa sebanyak 10 minit.

Aktiviti pantai pula menyaksi kemenangan dengan penuh tipu daya dari kumpulan eX Piiiraaah dengan catatan 3-2 untuk 5 acara yang telah dipertandingankan.Sayangnya,kita orang tak sempat nak ambik gambar,kerana tak cukup budget nak bawak jurukamera.Gambar cuma di ambil selepas aktiviti jer…




























gambar : Amin kelihatan mensucikan diri setelah di baling dengan telur dan di lumur dengan tepung.

Anyway, kita tak lupa dengan birthday boys & girl untuk bulan ni.En. Farid, boss kita orang dan En. Amin dan juga cik Pidah.Semoga panjang umur, sihat walafiat dan rezeki melimpah ruah.















gambar : aduh..!!ayunyer….gugok jantong ku nangga..

No comments:

Post a Comment