Wednesday, 5 February 2025

SESI TAKLIMAT DAN LAWATAN TAPAK UNTUK CADANGAN PEMASANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN RANGKAIAN KESALINGHUBUNGAN WI-FI DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA) OLEH SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (MCMC)

Pada 28 Januari 2025, telah berlangsung sesi taklimat dan lawatan tapak bagi Cadangan Pemasangan dan Penambahbaikan Rangkaian Kesalinghubungan Wi-Fi di IPTA oleh MCMC di Kampus Samarahan. Sesi taklimat dan lawatan tapak tersebut turut diadakan di Kampus Samarahan 2 pada 27 Januari 2025 dan 5 Febuari 2025. 

Sesi ini telah dihadiri oleh 12 syarikat yang berminat untuk menyertai projek tender Cadangan Pemasangan dan Penambahbaikan Rangkaian Kesalinghubungan Wi-Fi di IPTA oleh MCMC di UiTM Cawangan Sarawak.

Taklimat telah berlangsung di War Room, Kampus Samarahan dan Bilik Mesyuarat Perpustakaan, Kampus Samarahan . Lawatan tapak ke lokasi-lokasi yang terlibat dalam projek telah diadakan sejurus selepas sesi taklimat.

Semoga dipermudah semua urusan dan projek berjalan lancar agar liputan kemudahan rangkaian wifi di kedua-dua Kampus Samarahan dan Samarahan 2 akan lebih baik. Bahagian Infostruktur sangat prihatin dengan keperluan kemudahan wifi warga dan komited dalam perlaksanaan projek ini.

-Umie Ema









No comments:

Post a Comment