Dalam Buku Peraturan Akademik Program Diploma dan Sarjana Muda 2015 (Bilangan 1) dalam Perkara 2.28.2 menetapkan bahawa pelajar Sarjana Muda perlu menduduki EET sebagai salah satu syarat bergraduat bermula pengambilan Mac 2015. Objektif EET adalah untuk mengukur tahap kemahiran bahasa Inggeris calon untuk bekerja kelak.
EET terdiri daripada 2 kertas, iaitu penulisan (writing) dan bercakap (speaking). Kertas bercakap (speaking) diadakan secara dalam talian di makmal komputer yang telah ditetapkan. Pada semester ini, Bahagian Infostruktur telah membuat persiapan di beberapa makmal komputer yang terlibat. Kerja-kerja memasang dan mengujilari peralatan telah dijalankan pada pagi tadi melibatkan Makmal Komputer 1, Makmal Komputer 2, Makmal Komputer 3 dan Makmal Komputer 4 di Kampus Samarahan serta Makmal Komputer C3003 dan Makmal Komputer C3004 di Kampus Samarahan 2.
Pada semester ini, EET akan diadakan pada 28 Januari 2025. Selamat menduduki peperiksaan EET kepada semua calon!