Monday, 25 November 2024

BSU OUTREACH: SESI LIBAT URUS BERSAMA BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR DAN UNIT RESIDENSI & HOSPITALITI PELAJAR

Bahagian Infostruktur telah mengadakan sesi libat urus bersama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (Pejabat Am) dan Unit Residensi & Hospitaliti (Kampus Samarahan) pada 22 November 2024. Libat urus ini adalah bertujuan untuk pelaksanaan program BSU Outreach di kalangan moderator tempahan ruang dan peminjaman peralatan di PTJ. 

Sesi libat urus ini telah diadakan di Sudut IT 2, PTAR Kampus Samarahan. Semasa libat urus ini, Bahagian Infostruktur telah memperkenalkan Sistem Tempahan Universiti (BSU) kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar (Pejabat Am) dan Unit Residensi & Hospitaliti (Kampus Samarahan) dan seterusnya mendaftar moderator kedua-dua PTJ ke dalam sistem. Sesi perkongsian, bimbingan dan latihan (hands on) penggunaan Sistem Tempahan Universiti (BSU) kepada moderator berkenaan turut diadakan agar penggunaan sistem dapat diperkasakan di Pejabat Am Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Unit Residensi & Hospitaliti Kampus Samarahan.

Terima kasih kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar (Pejabat Am) dan Unit Residensi & Hospitaliti (Kampus Samarahan) atas kehadiran dan kerjasama yang diberikan. Semoga jalinan ukhuwah dan kerjasama antara Infostruktur UiTM Cawangan Sarawak dan kedua-dua PTJ akan terus berpanjangan dan berkekalan.







No comments:

Post a Comment