Wednesday, 27 December 2017

NVIDIA Dilihat Menghalang Muat Turun Perisian Untuk Kad Grafik Siri GTX GeForce Di Pusat

NVIDIA sebuah syarikat pembuat kad grafik yang hadir dengan produk-produk yang dibina khusus untuk kegunaan pelbagai pihak. Daripada kad grafik GeForce GTX hinggalah ke kad grafik NVIDIA Quadro, NVIDIA mempunyai kad grafik untuk pelbagai jenis kegunaan perkomputeran.

Baru-baru ini, syarikat tersebut dilihat mengemaskini EULA (End User License Agreement) mereka untuk memasukkan klausa dimana pusat-pusat data tidak dibenarkan memuat-turun perisian grafik untuk kad grafik siri GeForce GTX.

Ini adalah kerana kebanyakan pusat data dilihat menggunakan kad grafik Geforce GTX Titan yang sepatutnya digunakan untuk mengekod video dan permainan komputer, dan tidak menggunakan kad NVIDIA Quadro yang dibina khusus untuk tugas-tugas pusat data.

Mangsa pertama perubahan EULA baru ini ialah Sakura Internet, salah satu daripada pusat data yang terbesar di Jepun. Syarikat tersebut dilihat menggunakan kad grafik NVIDIA Titan X untuk kegunaan perkomputeran pusat data mereka, dan dengan perubahan EULA tersebut, mereka telah diberitahu oleh NVIDIA untuk memberhentikan penggunaan mesin pelayan yang menggunakan kad-kad grafik tersebut.

Menariknya, mesin pelayan yang menggunakan kad-kad grafik ini untuk tujuan melombong kriptowang dibenarkan untuk memuat-turun perisian kemaskini tersebut.

Buat masa ini, pusat-pusat data yang menggunakan kad grafik GeForce Titan tidak mempunyai begitu banyak alternatif jika mereka masih mahu menggunakan kad grafik NVIDIA sebagai pilihan mereka, selain daripada berhijrah ke AMD.

No comments:

Post a Comment