Friday, 29 December 2017

Instagram Menguji Ciri Menghantar Notifikasi Jika Anda Merakam Skrin Pada Instagram Stories

Salah satu ciri menarik pada Instagram adalah sokongan Instagram Stories – membolehkan anda berkongsi gambar dan video yang hilang dalam tempoh 24 jam. Memandangkan ia akan hilang selepas 24 jam, mungkin ada kalanya anda inginkan ia hilang terus dan tiada siapa yang merakamkan gambar skrin untuknya.

Mengenal-pasti perkara berkenaan, kini Instagram menguji ciri baru yang menghantar notifikasi kepada penerbit sesuatu Instagram Stories sekiranya anda merakamkan gambar skrin ketika menonton Instagram Stories mereka.

 

Buat masa ini, ciri ini masih pada peringkat ujian, dan belum diperkenalkan kepada semua. Pengguna hanya diberikan amaran apabila mereka merakamkan gambar skrin buat pertama kalinya – dan notifikasi akan dihantar kepada pemilik Instagram Stories apabila dilakukan untuk kali kedua dan seterusnya.

Ia tidak diketahui lagi sama ada Instagram akan memperkenalkan ciri baru yang diuji ini kepada semua pengguna atau tidak.

Bagi anda sendiri, adakah anda akan mengemari ciri baru ini?

Wednesday, 27 December 2017

NVIDIA Dilihat Menghalang Muat Turun Perisian Untuk Kad Grafik Siri GTX GeForce Di Pusat

NVIDIA sebuah syarikat pembuat kad grafik yang hadir dengan produk-produk yang dibina khusus untuk kegunaan pelbagai pihak. Daripada kad grafik GeForce GTX hinggalah ke kad grafik NVIDIA Quadro, NVIDIA mempunyai kad grafik untuk pelbagai jenis kegunaan perkomputeran.

Baru-baru ini, syarikat tersebut dilihat mengemaskini EULA (End User License Agreement) mereka untuk memasukkan klausa dimana pusat-pusat data tidak dibenarkan memuat-turun perisian grafik untuk kad grafik siri GeForce GTX.

Ini adalah kerana kebanyakan pusat data dilihat menggunakan kad grafik Geforce GTX Titan yang sepatutnya digunakan untuk mengekod video dan permainan komputer, dan tidak menggunakan kad NVIDIA Quadro yang dibina khusus untuk tugas-tugas pusat data.

Mangsa pertama perubahan EULA baru ini ialah Sakura Internet, salah satu daripada pusat data yang terbesar di Jepun. Syarikat tersebut dilihat menggunakan kad grafik NVIDIA Titan X untuk kegunaan perkomputeran pusat data mereka, dan dengan perubahan EULA tersebut, mereka telah diberitahu oleh NVIDIA untuk memberhentikan penggunaan mesin pelayan yang menggunakan kad-kad grafik tersebut.

Menariknya, mesin pelayan yang menggunakan kad-kad grafik ini untuk tujuan melombong kriptowang dibenarkan untuk memuat-turun perisian kemaskini tersebut.

Buat masa ini, pusat-pusat data yang menggunakan kad grafik GeForce Titan tidak mempunyai begitu banyak alternatif jika mereka masih mahu menggunakan kad grafik NVIDIA sebagai pilihan mereka, selain daripada berhijrah ke AMD.

kerja-kerja pemasangan komputer sewaan fasa 5 sedang dijalankan

Salam sejahtera,
Untuk makluman, kerja-kerja pemasangan komputer sewaan fasa 5 sedang dijalankan di makmal-makmal komputer Kampus Samarahan 2 seperti berikut:
👉 Makmal Komputer B4002
👉 Makmal Komputer B4003
👉 Makmal Komputer B4079
👉 Big Data Lab (Makmal Komputer C3003)
Sehubungan itu, penggunaan bagi keempat-empat makmal berkenaan adalah ditutup sementara.
Selepas pemasangan di makmal-makmal tersebut selesai, kerja-kerja pemasangan akan diteruskan di makmal-makmal berikut:
👉 Makmal Komputer C2002
👉 Makmal Komputer C2003
👉 Makmal Komputer C2004
👉 Makmal Komputer C3004
Kerja-kerja pemasangan telah selesai dilakukan di Sudut IT Perpustakaan Tun Abdul Razak, Kampus Samarahan 2 dan sebanyak 37 komputer telah sedia digunakan.
Harap maklum.


Saturday, 16 December 2017

Komputer Dell XPS Tower Kini Hadir Di Pasaran Malaysia – Dikuasakan CPU Intel Generasi

enjualan komputer desktop dikatakan berkurang saban tahun. akan tetapi, tahun ini melihat peningkatan penggunaan komputer bersaiz besar ini untuk pelbagai jenis aktiviti, tidak kiralah untuk kerja, santai, dan juga permainan komputer.

 

Menurut laporan daripada Lowyat.Net, Dell Malaysia dilihat membawa masuk siri komputer desktop terbaru mereka, iaitu Dell XPS Tower, yang dikuasakan oleh CPU Intel generasi kelapan yang terbaru, Coffee Lake. Siri komputer ini juga mempunyai beberapa konfigurasi yang cukup menarik yang membolehkannya dibeli untuk tujuan penggunaan harian, ataupun sebagai komputer berkuasa untuk tujuan permainan komputer ataupun menyunting video.

Spesifikasi-spesifikasi yang boleh dimuatkan kedalam komputer XPS Tower ini termasuklah CPU Intel Core i5-8400, i7-8700, dan i7-8700K, memori DDR4 sehingga 16GB dan juga storan SSD sehingga 256GB dan cakera keras sebesar 2TB.



Dari segi kad grafik pula, komputer siri XPS Tower ini hadir dengan pilihan kad grafik NVIDIA GeForce GT 1030, GTX 1060 dan juga GTX 1080. Komputer Dell XPS Tower ini bermula dari harga RM3111 untuk konfigurasi paling rendah, dan RM8011 untuk spesifikasi yang berkuasa.

Menariknya, Dell kini sedang memberi diskaun rebat sebanyak RM888 untuk setiap pembelian komputer ini sehingga 28 Disember kelak.

Layari laman web Dell XPS Tower untuk maklumat tambahan