Friday, 29 December 2017

Instagram Menguji Ciri Menghantar Notifikasi Jika Anda Merakam Skrin Pada Instagram Stories

Salah satu ciri menarik pada Instagram adalah sokongan Instagram Stories – membolehkan anda berkongsi gambar dan video yang hilang dalam tempoh 24 jam. Memandangkan ia akan hilang selepas 24 jam, mungkin ada kalanya anda inginkan ia hilang terus dan tiada siapa yang merakamkan gambar skrin untuknya.

Mengenal-pasti perkara berkenaan, kini Instagram menguji ciri baru yang menghantar notifikasi kepada penerbit sesuatu Instagram Stories sekiranya anda merakamkan gambar skrin ketika menonton Instagram Stories mereka.

 

Buat masa ini, ciri ini masih pada peringkat ujian, dan belum diperkenalkan kepada semua. Pengguna hanya diberikan amaran apabila mereka merakamkan gambar skrin buat pertama kalinya – dan notifikasi akan dihantar kepada pemilik Instagram Stories apabila dilakukan untuk kali kedua dan seterusnya.

Ia tidak diketahui lagi sama ada Instagram akan memperkenalkan ciri baru yang diuji ini kepada semua pengguna atau tidak.

Bagi anda sendiri, adakah anda akan mengemari ciri baru ini?

Wednesday, 27 December 2017

NVIDIA Dilihat Menghalang Muat Turun Perisian Untuk Kad Grafik Siri GTX GeForce Di Pusat

NVIDIA sebuah syarikat pembuat kad grafik yang hadir dengan produk-produk yang dibina khusus untuk kegunaan pelbagai pihak. Daripada kad grafik GeForce GTX hinggalah ke kad grafik NVIDIA Quadro, NVIDIA mempunyai kad grafik untuk pelbagai jenis kegunaan perkomputeran.

Baru-baru ini, syarikat tersebut dilihat mengemaskini EULA (End User License Agreement) mereka untuk memasukkan klausa dimana pusat-pusat data tidak dibenarkan memuat-turun perisian grafik untuk kad grafik siri GeForce GTX.

Ini adalah kerana kebanyakan pusat data dilihat menggunakan kad grafik Geforce GTX Titan yang sepatutnya digunakan untuk mengekod video dan permainan komputer, dan tidak menggunakan kad NVIDIA Quadro yang dibina khusus untuk tugas-tugas pusat data.

Mangsa pertama perubahan EULA baru ini ialah Sakura Internet, salah satu daripada pusat data yang terbesar di Jepun. Syarikat tersebut dilihat menggunakan kad grafik NVIDIA Titan X untuk kegunaan perkomputeran pusat data mereka, dan dengan perubahan EULA tersebut, mereka telah diberitahu oleh NVIDIA untuk memberhentikan penggunaan mesin pelayan yang menggunakan kad-kad grafik tersebut.

Menariknya, mesin pelayan yang menggunakan kad-kad grafik ini untuk tujuan melombong kriptowang dibenarkan untuk memuat-turun perisian kemaskini tersebut.

Buat masa ini, pusat-pusat data yang menggunakan kad grafik GeForce Titan tidak mempunyai begitu banyak alternatif jika mereka masih mahu menggunakan kad grafik NVIDIA sebagai pilihan mereka, selain daripada berhijrah ke AMD.

kerja-kerja pemasangan komputer sewaan fasa 5 sedang dijalankan

Salam sejahtera,
Untuk makluman, kerja-kerja pemasangan komputer sewaan fasa 5 sedang dijalankan di makmal-makmal komputer Kampus Samarahan 2 seperti berikut:
👉 Makmal Komputer B4002
👉 Makmal Komputer B4003
👉 Makmal Komputer B4079
👉 Big Data Lab (Makmal Komputer C3003)
Sehubungan itu, penggunaan bagi keempat-empat makmal berkenaan adalah ditutup sementara.
Selepas pemasangan di makmal-makmal tersebut selesai, kerja-kerja pemasangan akan diteruskan di makmal-makmal berikut:
👉 Makmal Komputer C2002
👉 Makmal Komputer C2003
👉 Makmal Komputer C2004
👉 Makmal Komputer C3004
Kerja-kerja pemasangan telah selesai dilakukan di Sudut IT Perpustakaan Tun Abdul Razak, Kampus Samarahan 2 dan sebanyak 37 komputer telah sedia digunakan.
Harap maklum.


Saturday, 16 December 2017

Komputer Dell XPS Tower Kini Hadir Di Pasaran Malaysia – Dikuasakan CPU Intel Generasi

enjualan komputer desktop dikatakan berkurang saban tahun. akan tetapi, tahun ini melihat peningkatan penggunaan komputer bersaiz besar ini untuk pelbagai jenis aktiviti, tidak kiralah untuk kerja, santai, dan juga permainan komputer.

 

Menurut laporan daripada Lowyat.Net, Dell Malaysia dilihat membawa masuk siri komputer desktop terbaru mereka, iaitu Dell XPS Tower, yang dikuasakan oleh CPU Intel generasi kelapan yang terbaru, Coffee Lake. Siri komputer ini juga mempunyai beberapa konfigurasi yang cukup menarik yang membolehkannya dibeli untuk tujuan penggunaan harian, ataupun sebagai komputer berkuasa untuk tujuan permainan komputer ataupun menyunting video.

Spesifikasi-spesifikasi yang boleh dimuatkan kedalam komputer XPS Tower ini termasuklah CPU Intel Core i5-8400, i7-8700, dan i7-8700K, memori DDR4 sehingga 16GB dan juga storan SSD sehingga 256GB dan cakera keras sebesar 2TB.



Dari segi kad grafik pula, komputer siri XPS Tower ini hadir dengan pilihan kad grafik NVIDIA GeForce GT 1030, GTX 1060 dan juga GTX 1080. Komputer Dell XPS Tower ini bermula dari harga RM3111 untuk konfigurasi paling rendah, dan RM8011 untuk spesifikasi yang berkuasa.

Menariknya, Dell kini sedang memberi diskaun rebat sebanyak RM888 untuk setiap pembelian komputer ini sehingga 28 Disember kelak.

Layari laman web Dell XPS Tower untuk maklumat tambahan

Monday, 20 November 2017

Kajian Mendapati Menulis Nota Kuliah Adalah Lebih Baik Berbanding Menaipnya Menggunakan...

enggunaan komputer riba di kalangan pelajar kolej kini sudah dianggap sesuatu yang normal. Semasa kami di kolej dahulu, 99% pelajar masih lagi mengambil nota kuliah menggunakan pena dan kertas. Adalah penggunaan komputer riba ini benar-benar baik untuk pembelajaran? Kajian terkini yang dilakukan oleh Princeton University dan University of California mungkin akan membuatkan anda untuk kembali menulis nota kuliah secara tradisional.

 Menurut kajian saintifik yang dilakukan, pelajar yang menulis nota didapati memahami kuliah yang diberikan lebih baik berbanding yang menaip nota ke dalam komputer riba. Hipotesis yang diberikan ialah apabila menulis nota, pelajar mendengar maklumat sebelum menulis apa yang difahami ke dalam nota. Pelajar yang menggunakan komputer riba pula menaip secara bulat-bulat apa yang disampaikan tanpa memahaminya terlebih dahulu.

Bagaimana pula dengan pengalaman peribadi pembaca Amanz? Bersetuju ataupun tidak dengan kajian yang dilakukan di atas?

Friday, 27 October 2017

Seagate Memperkenalkan Cakera Keras 10TB SkyHawk AI – Untuk Sistem Pengawasan Berdasarkan...

Seagate nampaknya masih belum selesai dengan barisan cakera keras baru mereka, kerana selepas melancarkan siri cakera keras 12TB, mereka kini hadir lagi dengan sebuah cakera keras bersaiz 10TB khusus untuk sistem pengawasan yang menggunakan kecerdasan buatan, Seagate SkyHawk AI.

Industri pengawasan kini sedang berada di tahap dimana mereka membina sistem yang bukan sahaja mengawas kawasan, tetapi juga boleh menganalisa video. Menurut laporan daripada Crowley, perkakasan pengawalan video akan meningkat dengan cukup mendadak, sebanyak 126 juta penghantaran pada tahun 2021,

 

Dengan peningkatan penggunakan AI lagi, akan tiba waktu dimana sistem-sistem pengawalan ini perlu berupaya untuk bukan sahaja merekod video, tetapi juga menganalisanya untuk tugas-tugas forensik dan sebagainya.

Cakera keras Seagate SkyHawk AI memainkan peranannya sebagai sebuah cakera keras yang bukan sahaja mampu merakam video pada kualiti yang tinggi, tetapi juga mampu menggunakan kecerdasan buatan untuk menganalisa video pada masa yang sama. Ia juga mempunyai MTBF (Mean Time Before Failure) selama 2 juta jam, dan juga boleh dibaca dan ditulis

Cakera keras Seagate SkyHawk AI hadir dengan storan bersaiz 8TB dan juga 10TB, dan sudahpun mula dijual di pasaran dunia. Model bersaiz 8TB bermula pada harga $349, manakala model 10TB pula berharga $449.

Friday, 8 September 2017

Cara Membuat Bootable Norton Ghost via Portable Pendrive.

Langkah pertama :
1. Download  tool seperti link di bawah.
.
    -  USB BOOT disini
    -  USB FORMAT disini

2. Selepas download, ekstract file USB Format terlebih dahulu kemudian "create new folder" untuk extract "USB BOOT"

3. Kemudian masuk portable pendrive ke PC. 

4. Kemudian buka tool "USB FORMAT.EXE"  ( yang ada di dalam folder hasil ekstrak tadi )

5. Kemudian pilih "Quick Format" seperti paparan di bawah (rujuk nombor 1) , dan pilih "Create a DOS startup disk" (rujuk nombor 2).



6. Setelah itu , pilih "using DOS system files located at" dan  browse (pada gambar nombor 3) ke lokasi hasil ekstrak atau Wilzard dari file USB BOOT yang telah dibuat "new folder tadi", kemudian klik Start (rujuk nombor 4).

7.Setelah selesai, buka semula folder hasil ekstrak tadi.(foleder USB Boot tadi)

8.Copy  semua data di bawah  ke dalam portable yang telah difortmat tadi.(kecuali usbboot.rar)
9. Selesai.

Semoga ilmu ygn dikongsi ini serba sedikit dapat memberi manafaat untuk tugas seharian kita. selamat belajar dan memcuba. Sebarang pertanyaan boleh email ke naz_alan@sarawak.uitm.edu.my.

Friday, 1 September 2017

Apple Mungkin Menggunakan Panel OLED Keluaran LG Bermula 2019

Harga iPhone 8 yang mahal adalah kerana Samsung mengawal pasaran skrin OLED. Apple tidak mempunyai pilihan dan terpaksa membeli panel skrin ini dari pesaing mereka ini pada harga yang mahal. Kini kedengaran laporan mereka mungkin akan berpindah ke LG bermula 2019.

 

LG dipercayai sedang memperhalusi persetujuan untuk menjadi pembekal skrin OLED kepada Apple pada tahun 2019. Syarikat Korea ini sedang membina kilang baru khusus untuk penghasilan skrin OLED dan ia dijangka siap pada tahun tersebut. Ini dijangka akan mengurangkan kos menghasilkan OLED untuk peranti Apple di masa hadapan. Appel dipercayai hanya akan menggunakan skrin OLED pada iPhone seawal tahun hadapan. Langkah pengurangan kos ini perlu bagi memastikan harga iPhone tidak meningkat dengan mendadak sehingga mengurangkan angka jualan kelak.

Friday, 18 August 2017

ASUS Mengumumkan Papan Induk ASUS B250 Expert Mining – Hadir Dengan 19 Slot PCIe Untuk...

Dengan kenaikan nilai matawang kripto kebelakangan ini, nampaknya pelombong-pelombong digital ini semakin gah mahu melaburkan wang didalam industri kewangan maya ini.

 

Sebelum ini, kad grafik merupakan komponen yang paling penting sekali kerana ia merupakn komponen yang utama digunakan untuk melombong kriptowang. Kini dapat dilihat bahawa pembuat-pembuat komponen juga sudah mula membina papan induk yang mampu menampung lebih daripada tiga ataupun empat kad grafik sekali untuk menjimatkan ruang.

ASUS merupakan salah satu pembuat tersebut, dan mereka baru sahaja mengumumkan papan induk ASUS B250 Expert Mining – sebuah papan induk yang dibina khusus dengan 19 soket PCIe yang mampu menampung sehingga 19 kad grafik melalui kemaskini BIOS yang akan hadir pada hujung tahun ini. Sehingga waktu kemaskini tersebut hadir, papan induk ini boleh menyokong sehingga 16 kad grafik tanpa masalah.

 

Papan induk ini juga hadir dengan tiga palam kuasa 24 pin untuk mengurangkan masalah bekalan kuasa ke kad-kad grafik tersebut. Slot-slot PCIe di papan induk ini juga dibahagikan kepada tiga bahagian supaya setiap palam kuasa mampu menggerakkan kad-kad tersebut tanpa perlu risau akan masalah tidak cukup kuasa.

Ia juga hadir dengan perisian yang membantu pengguna melihat palam PCIe manakah yang menghadapi masalah, dan membaikinya. Papan induk ASUS B250 Expert Mining ini menyokong CPU Intel Skylake dan Kaby Lake, termasuklah RAM DDR4 sehingga 32GB pada kelajuan 2300MHz.

 

Tanda harga papan induk ini diumumkan akan hadir untuk $130 (RM520) dan boleh dibeli di beberapa pasaran terpilih. Buat masa ini, masih belum diketahui jika ASUS Malaysia akan membawa masuk papan induk ini untuk pasaran tempatan.

Monday, 7 August 2017

Spotify Kini Ditawarkan Untuk Xbox One

Selepas desas-desus tempoh hari, kini, pihak Spotify telah pun akhirnya menerbitkan aplikasi penstriman muzik mereka untuk pengguna Xbox One, sekaligus memudahkan para pengguna konsol dari Microsoft berkenaan menikmati pelbagai lagu dengan mudah.

Pemain juga boleh mendengar pelbagai lagu kegemaran ketika memainkan permainan pada konsol Xbox One mereka. Selain daripada itu, Spotify sendiri menyediakan lagu khusus untuk anda menikmati ketika memainkan permainan pada konsol berkenaan.

 

Buat masa ini, Spotify hanya menerbitkan aplikasi penstriman muzik untuk Xbox One ini di beberapa buah negara sahaja. Ini mungkin kerana Xbox One tersebut sendiri tidak ditawarkan secara meluas – termasuk masih tidak hadir ke Malaysia secara rasminya sehingga ke hari ini.

Saturday, 1 July 2017

Google Kini Menawarkan Perisian Membuat Salinan Pendua Data Pada Komputer Windows Dan Mac

Google hari ini telah memperkenalkan sebuah perisian pelengkap untuk Google Drive, dinamakan sebagai Backup & Sync. Melalui perisian ini, ia memudahkan anda untuk membuat salinan pendua untuk fail dan dokumen pada komputer Windows atau Mac dengan mudah.

Berbeza dengan perisian Google Drive yang hanya memfokuskan kepada satu folder khusus sahaja, melalui perisian baru ini, pengguna boleh memilih sebarang fail dari mana-mana folder pada komputer untuk disimpan dan dibuat salinan pendua ke Google Drive.

 

Ia turut hadir dengan ciri sync yang memudahkan setiap perubahan anda terus turut dikemaskini ke Google Drive serta-merta.

Bagi anda yang menggunakan komputer Windows dan Mac, anda boleh memuat-turun perisian ini hari ini, dan memulakan proses kemaskini data anda.

Muat-Turun Backup & Sync untuk desktop

Friday, 16 June 2017

Task Manager Windows 10 Akan Memaparkan Tab Pemantauan Kad Grafik

Kemaskini untuk Windows Insider Preview sudah boleh dimuat turun sejak semalam. Build 16226 ini membawakan beberapa lagi fungsi baru yang tidak wujud sebelum ini. Antara yang menarik perhatian kami ialah Task Manager kini mempunyai tab khas untuk pemantauan kad grafik.



Sejak sekian lama, pengguna Windows perlu memuat turun program dari pihak ketiga seperti CPU-Z untuk melakukan pemantauan aktiviti kad grafik. Buat masa ini ia hanya menunjukkan penggunaan pemproses dan RAM pada kad grafik. Fungsi baru ini akan diberikan kepada pengguna menerusi Windows 10 Fall Creators Update yang dijangka akan hadir sekitar bukan September.

Thursday, 1 June 2017

Pelajar Indonesia Mencipta Alat Mencubit Punggung Pemandu Sekiranya Mereka Tertidur

Migrasi pulang ke kampung sudah bermula hari ini dengan laporan kesesakan jalan raya mula kedengaran di lebuh raya utama. Ada yang cuba mengelak terperangkap di dalam kesesakan dengan memandu pada waktu awal pagi. Ini mendatangkan risiko tertidur kerana kepenatan. Oleh itu alat mengelakkan tertidur dihasilkan oleh Asri Anjani dan Prayogo Bintang, dua pelajar dari Universitas Brawijaya di Indonesia.

Alat yang dihasilkan menarik kerana ia mencubit punggung pemandu apabila ia mengesan mereka tertidur. Pemandu memakai alat pengesan nadi pada pergelangan tangan. Apabila hampir terlelap, nadi pemandu akan menurun. Sistem akan mengesan nadi yang menurun ini dan terus menyebabkan tempat duduk bergetar dan memicit punggung pemandu.

Penyelesaian yang di luar kotak untuk masalah yang mengorbankan ramai penumpang. Sekiranya anda pulang pada waktu malam di musim perayaan ini pastikan anda mendapat rehat sepenuhnya pada waktu siang hari.

Friday, 26 May 2017

Aplikasi Verify Halal Ingin Memudahkan Proses Menyemak Status Halal Sesuatu Produk

Terdapat beberapa produk yang mungkin salah gunakan logo halal pada penawaran mereka, selain pada masa yang sama juga terdapat pelbagai penyebaran info palsu berkaitan dengan produk halal di laman sosial. Untuk mengatasi kedua-dua perkara ini, selain memudahkan pengguna menyemak status halal sesuatu produk atau perkhidmatan, kini Jakim dan Serunai Commerce telah melancarkan sebuah aplikasi baru dinamakan sebagai Verify Halal.

Melalui Verify Halal, pengguna perlu mengimbas barkod sesuatu produk menggunakan aplikasi ini pada telefon pintar mereka, dan seterusnya, ia akan menyemak produk daripada lebih 6000 syarikat tempatan yang tersenarai melalui aplikasi berkenaan. Selain daripada itu, aplikasi sama juga turut menyemak daripada sekitar 60 badan persijilan lain pada peringkat global.

Aplikasi Verify Halal ini ditawarkan untuk peranti Android sahaja buat masa ini, dan akan menyusul untuk peranti iPhone dalam beberapa bulan lagi.

Muat-Turun Verify Halal untuk Android

Tuesday, 23 May 2017

Komputer Riba Acer Nitro 5 Dan Spin 1 Dilancarkan

Hanya beberapa hari sebelum acara Computex, Acer melancarkan dua komputer riba baru mereka. Acer Nitro 5 dan Spin 1 adalah komputer riba yang mensasarkan dua segmen berbeza. Kita mulakan terlebih dahulu dengan Acer Nitro 5 yang mensasarkan golong gamer santai.

Ia dilengkapi skrin 15.6″ 1080P, pemproses Intel Core i7/i5 Kaby Lake, memori sehingga 32 GB RAM, storan SSD sehingga 512 GB dan HDD sehingga 2 TB. Terdapat dua pilihan kad grafik iaitu Nvidia GeForce GTX 1050 Ti atau AMD Radeon RX550. Dari segi pilihan I/O pula terdapat satu sambungan USC-C, dua USB 2.0, satu USB 3.0 dan satu HDMI 2.0. Sokongan audio Dolby Premium turut disertakan. Komputer riba ini dijual pada harga bermula $799 (~RM 3417).



Acer Spin 1 pula dilengkapi skrin 11.6″ 1080P, pemproses Intel Celeron/Pentium, memori 4 GB RAM dan storan 32/64/128 GB eMMC. Komputer riba 2 dalam 1 ini mempunyai skrin yang boleh dilipat 360 darjah bagi mengubahnya menjadi sebuah tablet. Ia menyokong Acer Active Stylus1 untuk melakar terus pada permukaan skrin. Pilihan I/O ialah satu USB 3.1, satu USB 2.0, satu HDMI dan satu pembaca kad MikroSD. Bateri yang digunakan mampu memberikan hayat penggunaan sehingga 8 jam. Acer Spin 1 akan dijual bermula Julai pada harga $329 (~RM 1407) sebuah.

Thursday, 27 April 2017

Acer Berkongsi Lanjut Mengenai Set Realiti-Gabungan Berasaskan Windows – Acer Windows MR

Acer sebelum ini sedia berkongsi mengenai set realiti-gabungan mereka tersendiri yang berasaskan kepada Windows 10, dan hari ini mereka berkongsi lanjut mengenai peranti berkenaan.

Acer memanggilnya sebagai Acer Windows MR, dan buat masa ini ia dilihat lebih menyasarkan kepada para pembangun terlebih dahulu. Dengan langkah ini, mungkin kandungan boleh tersedia apabila ia dipasarkan secara meluas kepada pengguna umum.

 

Set realiti-gabungan ini membawakan rekaan yang berbeza dengan set realiti-maya lain dipasaran. Salah satunya adalah dimana ia menggunakan rekaan yang boleh dinaikkan atas atau bawah ketika pengguna memakainya – sekaligus membolehkan pengguna mengalihkan ia ke atas untuk melihat dunia nyata, atau menurunkannya kembali ke posisi mata untuk menikmati kandungan realiti-gabungan.

Acer Windows MR ini menggunakan sistem Windows Holographic, serta menyertakan kamera luaran untuk membolehkan kandungan yang dipaparkan mengabungkan kandungan maya pada paparan dunia sebenar.

Acer tidak mengumumkan sebarang tarikh jualan untuknya – tetapi menekankan beberapa kali mengatakan ia adalah set realiti-gabungan yang dipakai di kepala yang sangat ringan di pasaran pada hari ini.