Tuesday, 14 April 2015

6 Operasi Sistem yang gagal

Selama bertahun-tahun, kita telah mencuba pelbagai sistem pengoperasian yang membolehkan kita menyiapkan kerja dengan lebih pantas dan efisien. Namun, bukan kesemua sistem pengoperasian komputer dibina dapat membantu memudahkan tugas harian kita. Malah, terdapat beberapa versi sistem yang dibina dipenuhi pepijat, lembab, sering tergendala dan sampai ke satu tahap menjengkelkan pengguna yang menggunakannya.
Anda mungkin berfikiran tidak banyak sistem operasi yang gagal, tetapi pada hakikatnya lebih banyak lagi sistem operasi yang gagal telah memasuki pasaran pengguna. Berikut adalah sebahagian daripada sistem-sistem operasi gagal yang dihasilkan bermula dari era awal penggunaan antaramuka grafik (GUI).

Windows 1.0 - 1995

Windows 1.0 adalah percubaan pertama Microsoft dalam penggunaan antaramuka grafik dan ianya gagal dengan cemerlang. Pihak Microsoft kemudian mengabaikan projek ini ketika ianya masih pada peringkat beta. Tetapi, pada akhirnya mereka telah memasarkan kepada pengguna versi 1.01 yang dipenuhi dengan pepijat.


MS-DOS 4.0 - 1988

Semasa zamannya, MS-DOS adalah sistem operasi yang paling best, tetapi pihak Microsoft berterusan cuba meningkatkan keupayaannya dan membaiki barang yang masih elok. Syarikat berkenaan mengeluarkan MS-DOS 4.0untuk menggantikan versi 3.3, tetapi ramai pengguna yang terpaksa berpatah balik ke versi lama apabila program-program yang digunakan seringkali gagal dikendalikan sehingga membuatkan komputer menjadi tergendala. Terima kasih kepada pengekodan daftar alamat ingatan (memory addressing) yang bercelaru.


JavaOS - 1996

Sun dan IBM berpadu tenaga mencipta JavaOS yang untuk digunakan bersama dengan sistem terbenam (embedded system), namun ia adalah ilham yang gagal sejak dari mula lagi. Pemprograman yang dihasil menggunakan Java pada masa itu masih lagi lembab dan pembangunan sistem operasi berkenaan berhenti sekerat jalan selepas ianya telah berjalan selama tiga tahun. Bagaimanapun, para pembangun sumber terbuka (open-source developer) meneruskan usaha tersebut melalui sistem operasi yang berteraskan Java seperti Jnode (gambar dibawah) dan JX.


Windows ME - 2000

Selepas melancarkan Windows 2000, Microsoft, entah saka mana lah yang merasuknya pada waktu itu telah melancarkan sebuah lagi sistem operasi pada tahun yang sama, dikenali sebagai Windows ME (Millenium Edition). Bagaimanapun, ianya tidak stabil, dipenuhi pepijat dan sangat lembab. Ia sangat teruk hinggakan pihak Microsoft sendiri menghentikan penjualannya yang tak sampai setahun muncul.


Lindows - 2000

Nampak macam idea yang cerdik; sistem operasi Linux yang boleh mengendalikan program Windows. Walaupun ianya nampak gempak di atas kertas, tetapi entah bagaimana ia telah bertukar menjadi sebuah malapetaka - ia cuma bertahan beberapa bulan sebelum pembangunannya ditamatkan begitu sahaja. Menambahkan lagi luka kegagalan projek ini, Lindows telah disaman oleh Microsoft atas alasan menggunakan nama tanda perniagaan Windows tanpa kebenaran. Kes ini diselesaikan apabila Microsoft membeli nama Lindows.


Windows Vista - 2006

Antara kegagalan terbaru Microsoft sewaktu era pentadbiran Steve Ballmer, ia kadangkala dianggap sebagai Windows ME versi kedua. Vista adalah sistem operasi pertama yang menggunapakai rekabentuk antaramuka desktop yang digunakan Windows pada hari ini. Bagaimanapun, Vista pada akhirnya muncul dengan sistem yang sangat lembab dan terhegeh-hegeh selain daripada isu keserasian dari segi perkakasan yang memaksa para pengguna untuk memilih kembali untuk terus menggunakan Windows XP sehinggalah kemunculan Windows 7.


Senarai di atas adalah antara sistem operasi gagal yang diketahui kami. Adakah anda turut mempunyai pengalaman menggunakan sistem operasi yang teruk? Lontarkan sebarang pendapat anda mengenainya pada bahagian komen dibawah.

No comments:

Post a Comment