Di Bulan Ramadhan yang penuh barakah ini, kami bersama-sama bergotong royong untuk menyediakan juadah berbuka puasa untuk pelajar UiTM Sarawak. Berbekalkan budget yang tak seberapa hasil kutipan kamk bersama, sasaran tak la banyak sangat, dalam 300 orang pelajar sahaja. Menu pilihan kami ialah Bubur Kacang. Menu simple je la. Namun di saat akhir, kami terpaksa menambah satu lagi menu. Nak tau apa menu tersebut dan mengapa ia di tambah? kena baca sampai abis.
|
Proses mengacau bubur kacang pun bermula. Agak-agaknya apa yang encik farid fikirkan yer..hehehe... |
|
Siap Sedia untuk di letak ke dalam bekas |
|
encik bahar : oleh kerana bekas ada banyak lagi , so ,,, kita buat menu lain pulak. |
Oleh kerana sasaran untuk bubur kacang tidak tercapai, di saat akhir kami memilih untuk menyediakan Sup Ayam.
|
Pemotongan Lobak merah sedang giat dilakukan oleh Puan Suhana(kanan) dan Puan Rafidah (Kiri) |
|
Kelihatan Encik Awang Bahar (baju biru) sedang menumis bawang sebelum bahan-bahan seterusnya di masukkan |
|
Sup Ayam siap sedia untuk di letak ke dalam bekas |
Untuk agihan bulan puasa pada tahun ini ialah bubur kacang + Bubur Ayam + Buah Kurma. Ada 3 menu untuk sasaran 300 orang pelajar. Seawal jam 4 petang, maka bermulalah proses agihan. Alhamdulillah, tak sampai setengah jam, kesemua agihan telah pun habis.
|
Puan Aima mengagihkan kepada pelajar |
|
Turut di bantu oleh encik Arizzan |
|
Encik Syarifudin turut membantu untuk mempercepatkan proses agihan |
Alhamdulillah, semua kerja dapat di siapkan dalam masa yang singkat sebelum waktu berbuka puasa. Apa yang penting? kerjasama ...
Selamat berpuasa ... sekian.
No comments:
Post a Comment