Kindle dibina untuk membaca e-book dalam format MOBI, yang biasanya boleh didapati apabila anda membeli e-book pada laman web Amazon. Namun jika anda mencari e-book percuma di Internet, kadang-kadang ia datang dalam format lain seperti PDF dan EPUB. Bagi segala format lain tersebut, anda boleh menukarkannya kepada MOBI dengan menggunakan Calibre.
Install Calibre pada komputer anda dan ikuti arahan berikut untuk menukarkan format e-book:
Kali pertama melancarkan Calibre
1. Jika anda baru sahaja memasang Calibre, anda perlu menetapkan folder untuk menyimpan semua e-book anda. Pilih folder tersebut dan tekan Next.
2. Pilih peralatan yang anda miliki (tekan Generic jika anda tidak pasti) dan tekan Next.
3. Isikan alamat email Kindle anda (tinggalkan dahulu pun tak mengapa) dan tekan Next. Kemudian, tekan Finish.
Menukarkan format e-book
1. Setelah Calibre dilancarkan, tekan “Add books” dan pilih fail yang anda ingin tukarkan.
2. Fail tersebut akan dipaparkan di ruangan utama. Pilih ia adan tekan “Convert books”
3. Tetapkan format yang anda ingin tukarkan dan tekan OK.
4. Anda juga boleh sambungkan Kindle ke komputer dengan kabel USB, dan gunakan Calibre untuk menyalin e-book tersebut terus kepada Kindle anda.
Note: Calibre boleh digunakan dengan kebanyakan peralatan termasuklah Kindle dan smartphone, dan sesuai dengan kebanyakan format ebook.
No comments:
Post a Comment