Wednesday, 27 February 2013

Google lancar Chromebook Pixel

Google lancar Chromebook Pixel
Chromebook Pixel menggabungkan teknologi laptop dan tablet.
 
SAN FRANCISCO: Google melancarkan komputer peribadi skrin sesentuh yang direka bagi pengguna mewah sekali gus memberikan persaingan kepada Apple MacBooks.

Google berkata komputer Chromebook Pixel yang menggabungkan teknologi laptop dan tablet, menawarkan cip intel yang berdaya tahan serta skrin yang dikhususkan bagi elemen grafik yang tinggi.
Ia dilancarkan di Amerika Syarikat (AS) dan Britain pada harga permulaan AS$1,299 (RM4,026.90).


“Orang ramai akan berhenti memilih MacBook Air dan menggantikannya dengan yang ini,” kata Naib Presiden Kanan Google Chrome, Sundar Pichai.

Model Pixel yang mempunyai ciri seperti sambungan bina dalam kepada perkhidmatan Internet mudah alih Verizon yang akan berada di pasaran AS pada harga AS$1,449 (RM4,491.90).

Versi yang baru dilancarkan itu boleh mempunyai sambungan dalam talian dengan teknologi hotspot tanpa wayar atau kabel.

“Ia adalah sebuah produk yang hebat,” kata Om Malik dari laman web berita teknologi, GigaOm semasa kemunculan pertama Pixel di San Francisco.
“Namun Google mempunyai masalah dengan jualan, mereka perlu bersaing dengan harga asal dan mambina asas pemaju bagi produk mewah,” katanya.

Google berharap peminat akan mengelakkan perbandingan harga dengan pesaing seperti MacBooks atau komputer riba yang menggunakan perisian Windows 8 dan memfokuskan kepada ciri skrin sentuh Pixel dan penyimpanan data yang besar dalam Google Drive yang turut dimuatkan.

“Ia kelihatan seperti agak sukar dijual,” kata Penganalisis Forrester, James McQuivey.

“Saya berharap mereka tidak bercadang untuk membuat keuntungan daripadanya,” katanya.

Dalam pada Pixel kelihatan menyasar pasaran MacBook, ia turut berdepan dengan persaingan sengit daripada komputer riba skrin sentuh berasaskan perisian Windows 8.

“Ia seolah-olah lebih kepada pengeluaran produk simbolik dengan Google cuba menyatakan ia tidak lagi menjadi penyedia peranti yang tidak berkualiti,” kata McQuivey.

Penganalisis daripada Enderle Group, Rob Enderle menyifatkan langkah Pixel sebagai “bangkai kereta api” dengan menyatakan hujah seperti selalunya komputer riba yang berharga lebih AS$600 (RM1,860) tidak mencatatkan jualan yang bagus dan Apple juga bergelut untuk menjual model MacBook Air dengan harga AS$999 (RM3,096.90)

Populariti komputer tablet yang melonjak turut menghakis keseluruhan pasaran bagi komputer riba.

“Ia hanya memeranjatkan. Saya tidak mempunyai petunjuk apa yang sedang difikirkan Google,” kata Enderle.

Pengumuman itu menambah dimensi baru kepada persaingan antara dua gergasi teknologi yang terperangkap dalam saingan sengit pada telefon pintar dan tablet. - AFP

Wednesday, 20 February 2013

Apple diserang penggodam siber



SAN FRANCISCO: Apple hari ini berkata ia mengalami serangan siber yang sama dengan serangan yang melanda Facebook baru-baru ini, namun berjaya menghalang penggodam daripada merampas data penggunanya.

Pembuat iPhone, iPads, iPod, dan komputer Macintosh berkata, pihaknya sedang bekerjasama dengan pegawai penguatkuasa undang-undang untuk memburu peggodam, yang muncul dalam beberapa siri serangan siber terhadap firma teknologi AS.
“Malware digunakan dalam serangan terhadap Apple dan syarikat lain, dan tersebar melalui laman web pembuat perisian,” kata Apple menerusi emel yang dihantar kepada AFP hari ini. 

Menurut Bloomberg, tindakan tersebut di dalangi dua orang penggodam dipercayai dipercayai dar Eropah Timur mencari maklumat mengenai barangan intelek syarikat untuk dijual ke pasaran gelap.

Virus itu mengambil kesempatan dalam program Java yang digunakan sebagai “plug in” ketika melayari laman web.

Sebilangan kecil sistem komputer Apple dijangkiti tetapi ia sudah diasingkan daripada rangkaian utama, kata syarikat itu.

Dalam pada itu, laman sosial Twitter turut mengalami masalah sama apabila sejumlah hampir 250 000 akaun pengguna telah dikompromi.

Turut menghadapi masalah sama ialah Facebook. 

Saturday, 16 February 2013

Skrin telefon boleh lentur


 Samsung memperkenalkan telefon pintar dilengkapi skrin boleh lentur dikenali Youm, sekali gus membayangkan kemungkinan masa depan pengguna boleh menggulung peranti pintar mereka seperti sekeping peta.
Peranti itu diperkenalkan di Pameran Barangan Elektronik Pengguna (CES) yang lalu. Ia menunjukkan telefon pintar yang merangkumi bekas pejal sebesar kotak mancis dengan satu daripada hujungnya disambung sekeping skrin warna senipis kertas. 


Skrin itu kelihatan tidak begitu fleksibel untuk dilipat separuh seperti sekeping kertas, tetapi ia boleh digulung ke dalam sebuah tiub. Samsung juga membayangkan sebuah peranti sebesar telefon pintar yang boleh dibuka seperti sebuah buku tetapi didalamnya ada skrin saiz tablet.

Skrin peranti berkenaan menggunakan diod pemancar cahaya organik atau OLED. Hanya satu lapisan nipis bahan kimia ini yang diperlukan untuk menghasilkan cahaya yang sangat terang dan berwarna-warni.

OLED sudah digunakan dalam rangkaian telefon Samsung sedia ada, tetapi disalut dengan skrin kaca. Untuk digunakan dengan telefon pintar boleh lentur, Samsung menyapu bahan kimia berkenaan di atas lapisan plastik tipis, sebagai ganti kepada kaca sebelum ini.

Orang ramai mungkin perlukan teknologi ini pada masa depan kerana mereka boleh membawa skrin yang lebih besar dalam kocek.
INFO: Youm
− Skrin peranti berkenaan menggunakan diod pemancar cahaya organik atau OLED.
− Merangkumi bekas pejal sebesar kotak mancis dengan satu daripada hujungnya disambung sekeping skrin warna senipis kertas.

Thursday, 14 February 2013

Sunday, 10 February 2013

Tune Talk tawar 16 telefon bimbit percuma



Syarikat telekomunikasi yang bernaung di bawah Kumpulan Tune, Tune Talk Sdn Bhd (Tune Talk) bakal memperkenalkan program penebusan mata ganjaran yang membolehkan pe­langgan mendapatkan telefon bimbit secara percuma.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jason Lo berkata, program itu akan diperkenalkan selewat-lewatnya sebelum suku pertama tahun ini berakhir de­ngan sasaran menambah pelanggan baru serta menawarkan manfaat kepada pelanggan sedia ada.
“Untuk fasa pertama, kami akan menawarkan sekurang-kurangnya 16 te­lefon pelbagai jenama termasuk Samsung dan sebagainya yang mampu diperoleh secara percuma selepas pelanggan menebusnya de­ngan mata ganjaran dikumpul setiap kali mereka tambah nilai,” katanya.

Tune Talk juga bekerjasama dengan syarikat penerbangan tambang murah AirAsia yang membolehkan pelanggan mendapat tiket penerbangan percuma de­ngan kadar mata ganjaran sebanyak 4,000 saja.

“Kami sentiasa menawarkan sesuatu yang baru kepada pelanggan terutama dengan menawarkan pelbagai hadiah selepas menggunakan perkhidmatan prabayar kami,” katanya dalam temu bual bersama IT@Metro selepas merasmikan Pertandingan Gabungan Seni Mempertahankan Diri Malaysia di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ia menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM150,000 dengan sasaran 500 peserta yang bermula 23 dan 24 Februari ini.

Sementara itu, Lo berkata, Tune Talk menyasarkan 150,000 pelanggan menjelang tahun depan menjadikan jumlah pelanggannya mencecah 1.5 juta berbanding 750,000 sekarang.

“Angka itu dijangka terus berkembang memandang­kan kami mempunyai per­khidmatan bernilai tinggi dengan tawaran tambahan seperti kemudahan tiket penerbangan, tiket konsert dan sebagainya yang digemari rakyat negara ini,” katanya.

Beliau turut mengulas, Tune Talk tidak berhasrat membangunkan prasarana telekomunikasi sendiri apabila syarikatnya selesa bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi induknya, Celcom Axiata Berhad (Celcom) yang membolehkan Tune Talk bernaung sebagai operator rangkaian mudah alih maya (MVNO).

“Kami yakin Celcom mampu menawarkan rang­kaian yang baik dan kami berpuas hati menggunakan rangkaian telekomunikasinya.

“Sekali pun menggunakan Celcom, kami masih memberikan perkhidmatan pelanggan mengikut kemampuan kami sendiri,” katanya.

Tuesday, 5 February 2013

Microsoft tawar beli Dell?

 Syarikat komputer, Dell Inc dijangka akan diswastakan melalui perjanjian bernilai kira-kira RM73.2 bilion yang turut membabitkan syarikat sistem operasi, Mic­rosoft Corp dan firma ekuiti swasta Silver Lake.


Pengasas syarikat, Micheal Dell dan Silver Lake dikatakan akan membayar kira-kira RM40.65 untuk satu saham secara tunai kepada syarikat Dell yang kini menduduki tempat ketiga sebagai pengeluar PC dunia.

Perjanjian itu akan diusahakan melalui pembayaran tunai dan ekuiti daripada Micheal Dell, tunai daripada Silver Lake dan syarikat pelaburan Micheal Dell sendiri iaitu MSD Capital dan mengejutkan, pinjaman sebanyak RM6 bilion daripada Microsoft selain pinjaman kewangan empat lagi bank.

Transaksi itu akan ditutup sebelum suku kedua fiskal Dell berakhir pada 2014 nanti.

Monday, 4 February 2013

Ulangtahun Facebook Yang Ke - 5

Facebook adalah antara laman sosial yang paling berjaya pada masa ini. Istilah Laman sosial ini bermaksud, Ia boleh menghubungkan seseorang individu dengan individu lain atau kelompok kumpulan. Terdapat banyak laman sosial yang dihasilkan.Sebelum diperkenalkan pada tahun 2008, antara Laman sosial yang biasa di gunakan pada waktu itu ialah Friendster, Webspace dan antara yang terkini ialah Twitter, Tumblr, Google+ dan beberapa laman sosial untuk aplikasi telefon bimbit seperti Instagram, Foursquare dan lain-lain.



Esok merupakan ulangtahun Facebook yang ke - 5.Berikut adalah catatan yang di tulis sendiri oleh pengasas Facebook Sendiri.

Atau untuk lebih jelas boleh la berkunjung di sini ---> Mark Zuckerberg