Pada hari ini, didalam urusan pembelajaran di sekolah, buku teks
digunakan oleh para pelajar dan juga guru. Namun, dengan arena teknologi
yang semakin berkembang pesat, ia kelihatan mungkin dalam masa setahun
dua lagi ia akan digantikan dengan penggunaan komputer riba.
Perkara ini dikongsikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia – Muhyiddin
Yassin kepada Utusan, dimana dikatakan usaha ini bakal meningkatkan
kualiti pembelajaran di negara, disamping melahirkan pelajar yang
cemerlang dan juga mempunyai pelbagai kemahiran.
Untuk memudahkan pelajar, dan mengurangkan kos tanggungan ibu bapa,
ia akan mengekalkan skim pinjaman sebelum ini seperti buku teks, dimana
pelajar akan diberikan pinjaman komputer riba pada awal tahun, dan
kembalikan ia kepada pihak sekolah setiap kali selesai sesi
persekolahan.
Namun, bilakah perkara ini akan diimplementasikan masih belum diketahui sepenuhnya buat masa ini.
No comments:
Post a Comment