Wednesday, 14 November 2012



Alhamdulillah ... pejam celik, pejam celik, esok dah masuk tahun 1432 Hijrah. Hari yang penuh bersejarah dan amat bermakna buat kita sebagai umat islam Awal Muharram adalah hari yang penting dalam kalendar Islam kerana ia memperingatkan kita tentang hari penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi.

Berikut adalah antara amalan sunat yang sama-sama patut kita lakukan semasa atau sebelum berlakunya pertukaran tahun hijrah.

1.Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
2.Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
3.Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
4.Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali

Untuk info lanjut anda bolehlah berkunjung ke http://www.al-azim.com

Wassalam...



No comments:

Post a Comment