Sunday, 21 October 2012

Bahagian 1 :Virus, Malware, Trojan Horse, Scareware, Spyware dan Worms dan cara mengatasinya

Lazimnya apabila komputer anda bermasalah, anda akan kaitakan dengan virus. Sebenarnya ia bukan sahaj berkaitan dengan Virus sahaja. Tentu anda ingin lebih tahu mengenai perbezaaan antara Virus, Malware, Trojan Horse, Scareware, Spyware dan Worms dan cara mengatasinya. Mari sama-sama kita kupas satu persatu.

Virus
Sistem operasi  di dalam sesebuah komputer akan dikucar kacirkan atau terus dirosakkan . Selalunya virus akan menyalin diri dari satu folder menjadi dua folder sehinggalahj keadaan ini akan memenuhi ruang komputer anda. Kita delete satu folder dalam folder yang lain, apabila buka folder yang lain, ia akan menyalinkan(paste) diri ke folder yang telah kita buka.

Kebiasaan ia akan berada dalam format executable files atau ".exe".Ini ialah format aplikasi yang mana kalau kita klik akan trigger atau mulakan sesuatu proses(kebiasaan untuk instalasi). Orang yang mencipta virus mempunyai banyak niat. Ada virus yang dibuat untuk delete fail-fail seperti ms word, excel. Ada yang lagi teruk sampai mengganggu  MBR atau Master Boot Record, di mana virus yang telah ada di situ akan membuatkan komputer bermasalah ketika hendak memulakan sistem operasi.

Apa itu Malware?
Ia wujud daripada gabungan ‘malicius’ yang membawa maksud niat jahat dan ‘software’ pula bermaksud perisian. Perisian ini dicipta oleh individu yang mempunyai kepakaran berkenaan kod program pelbagai perisian. Tujuan golongan ini ialah untuk mengganggu, mengancam dan menimbulkan masalah kepada pengguna komputer. Mereka mencipta Malware seperti cecacing internet dan beberapa virus lain bagi tujuan untuk menguji kemahiran komputer yang dimiliki serta ingin melihat sejauh mana kejayaan mereka menyebarkan virus yang dicipta.



Spyware
Nama pun dah "spy". Spyware ini kebiasaannya, tujuan utama mereka ialah tak lain dan tak bukan iaitu Mencuri Maklumat.
Sistem operasi komputer anda akan berjalan seperti biasa, Spyware akan berjalan dalam keadaan senyap dan sunyi. Tapi, awas! Spyware amat berbahaya! Sebab apa? contoh pertama, apabila anda login ke bank secara talian, email atau sebagainya, Spyware akan mecuri "usernama" dan "password". 
Berhati-hati  dengan toolbar yang di tawarkan untuk di install. Boleh di install, kalau dari sumber yang boleh dipercayai seperti dari Google dan Yahoo. Besar kemungkinan toolbar yang anda install adalah "spyware". Seperti gambar di atas, contoh toolbar.

Scareware
Apa pulak Scareware? Ada perkataan scare kat situ, maknanya takut. Program yang dicipta untuk menakutkan pengguna PC seterusnya menipu pengguna PC. Menipu macam mana tu? Situasi ini akan berlaku ketika kita tengah mengguna komputer, tiba-tiba akan keluar satu popup yang skrin , menyatakan terdapat banyak virus di dalam komputer anda(contoh gambar di atas). Bagi anda yang ada sedikit pengetahuan i.t mungkin dapat mengagak sama ada amaran tersebut benar atau palsu. Bagi mereka yang kurang berpengetahuan, akan terus tertipu. Klik next, sampau last sekali akan tiba ke satu website, yang menjual software antivirus. Kat sini akan bermula proses tawar-menawar untuk membeli produk mereka. Apabila pembelian telah dilakukan, "popup" pun akan hilang.

Apa yang terjadi, sebenarnya ada pihak lain yang akan mendapat komisen dari hasil jualan tersebut. Pencipta scareware atau pencipta popup adalah dalang utama. Ini adalah cara yang terpantas untuk menipu secara bijak

Trojan Horse
Kononnya ia beroperasi secara betul dalam sesebuah komputer. Tetapi sebenarnya dalam senyap ia membuat backdoor! Apa backdoor? "Backdoor" seperti pintu rahsia atau akses rahsia yang membolehkan komputer anda di kawal oleh seseorang. Apabila dapat dikawal, bermakna secara tiba- tiba DVD drive akan terbuka sendiri, mouse terklik sendiri, fail akan terpadam dengan sendiri.

Worms
Worms dikaitakan dengan rangkaian. Kebiasan di pejabat. Bermula dari satu komputer ke komputer yang lain melalui sistem rangkaian dan akan terus mencari. Juga akan merebak melalui email dengan cara  forward email melalui "attachment", worms akan turut tumpang sekaki. Situasi ini akan menjejaskan speed internet di pejabat anda.

Cara untuk mengatasi
Setakat ni, Antivirus yang di syorkan adalah Kaspersky kerana telah hampir 6 tahun bersama UiTM, alhamdulillah semuanya masih berjalan dengan lancar.
Ramai lebih suka menggunakan Antivirus "pirate" kerana ia adalah percuma. Tapi apakah ia setimpal dengan kehilangan data anda yang amat berharga dengan harga Antivirus yang tidak sampai RM30 di pasaran?
Kalau masih jugak tak mampu, saya sarankan anda menggunakan Antivirus percuma seperti AVG Free Edition 2013 atau Avira Free Edition 2013, yang penting dapatkan perlindungan yang optima. Untuk pelindungan malware cuba gunakan kombinasi MalwareBytes dengan SuperAntiSpyware.

No comments:

Post a Comment