1. FreeBSD dan NetBSD : Unix “Gratis” untuk Favorit ISP
Konsep awal sistem operasi Unix yang dikembangkan 1968 masih
ditemukan dalam banyak versi moden, misalnya FreeBSD dan NetBSD. Sebahagian
besar kernel Unix ditulis dalam bahasa program C dan kerananya dapat
dipindahkan ke platform hardware lainnya dengan sedikit upaya. Sistem file
disusun secara hirarkis dengan direktori, sedang hardware dihubungkan melalui
interface simbolik.
2. Windows: Sistem Operasi Popular
Microsoft mula meneliti mengenai Interface Manager pada
september 1981. MS akhirnya mengumumkannya dengan nama WINDOWS pada November
1983. Windows terkenal secara meluas kerana menyediakan antaramuka berbasis grafis yang
mudah digunakan (graphical interface) , device independent graphics dan
penggunaan “multitasking”. Saat ini Versi windows telah mencapai kernel 32 bit
yang dikenal sebagai Windows XP, dan telah keluar Windows Vista yang berbasis
kernel 64 bit dan yang terkini Windows 7. Sebenarnya produk microsoft yang membuatnya sangat dominan bukan
hanya sistem operasi windows saja, tetapi juga aplikasi office iaitu Microsoft
office, yang terdiri dari Ms Word, Ms Excel, Ms powerpoint, dan perisian berbentuk programmer iaitu visual basic.
3. MacOS : Sinonim untuk graphic designer.
MacOS bermula pada tahun 1984 oleh Xerox PARC.
Tetapi Apple telah mempopularkannya.
Platform untuk DTP, graphic design, web-design dan aplikasi
bisnes.
4. LINUX: Sistem Operasi semua
Pada tahun 1991 seorang "hackers" handal berbangsa
Finland yang bernama Linus Benedict Torvalds mengembangkan sebuah sistem UNIX
yang bisa diimplementasikan di komputer setingkat PC yang dikenal dengan nama
Linux dengan tujuan menyatukan UNIX. Linux adalah open source OS
berlesenkan GPL (GNU General Public Lisence) yang mana penyebaran dan
pengembangannya boleh dilakukan secara bebas dengan mengikutkan kod program
asal. Linux sangat sesuai sebagai sistem operasi untuk
server. Selain itu, kos sangat murah. Sistem Linux juga boleh
digunakan untuk beberapa server dan tidak terikat dengan satu lesen sahaja.
Pengedaran Linux adalah paket SO dan aplikasi Linux yang
dikembangkan oleh seseorang atau lembaga berdasarkan kod program terbuka (open
source code) linux yang asli. Paket distribusi linux ini kemudian dapat
bersifat komersial atau tidak tergantung kebijakan si pengembang. Beberapa pengedar Linux terkenal : Red Hat, Suse, Mandrake, Mandriva, Fedora,
Slackware, Ubuntu, K-Ubuntu, Centoss, Trustix, Merdeka, dll.
5. Sistem Operasi BeOS : Sistem Operasi Multimedia.
Sejak versi pertamanya tahun 1997, salah satu tujuan utama
BeOS, adalah mengelola jumlah data yang besar secara optimal. Sistem operasi
ini dapat memenuhi tuntutan aplikasi-aplikasi multimedia dengan dukungan multi
processor, sistem file 64 bit, dan multithreading.
6. OS/2 Warp : Server Bisnis yang mahal.
Sistem operasi OS/2 Warp dikembangkan oleh IBM. Inovasi yang
terpenting pada versi 5 adalah “Journaling File System” (JFS). Strukturnya
lebih menyerupai database daripada sistem file.
7. JavaOS : Tak tergantung platform
Pencipta Java, Sun Microsystems juga membuat sistem operasi
Java yang disebut JavaOS. Jalur pengembangan JavaOS terbagi dalam beberapa
cabang : Ada JavaOS untuk pelanggan, iaitu sebuah sistem operasi untuk television,
Web-Phones, dan komputer saku (palmtop). Di sisi lain Sun mengembangkan dan
memasarkan "JavaOS for Business" bersama IBM. JavaOS bukan pengganti sistem
operasi, melainkan lebih tepat disebut sebagai sebuah lingkungan
(pengembangan) bagi perusahaan.
8. Sistem UNIX Komersial : Database Profesional.
Dapat diandalkan, aman, mahal dan terikat pada hardware
tertentu, merupakan atribut sistem operasi Unix komersial seperti Solaris dan
SCO-Unix. Unix komersial untuk PC ini hanya terdapat pada Solaris dari Sun dan
UnixWare dari SCO (Santa Cruz Operation, Inc.). Bidang aplikasi utama adalah
server Intranet dan database.
9. Android : untuk telefon selular, komputer tablet
dan notebook.
Android adalah sistem operasi untuk peranti bergerak
seperti telefon selular, komputer tablet dan notebook. Android dibangunkan oleh
Google
berdasarkan sistem perisian Linux
dan perisian GNU.
Android asalnya dibangunkan oleh Android Inc. (firma yang kemudiannya telah
dibeli oleh Google). Kemudian untuk mengembangkan Android, dibentuklah Open
Handset Alliance, konsortium daripada 34 syarikat telekomunikasi, termasuk
Google, HTC, Intel, Motorola,
Qualcomm, T-Mobile, dan Nvidia.
Android mempunyai komuniti yang besar dalam membangunkan
serta menulis aplikasi untuk pengembangan fungsi peralatan. Dianggarkan hampir
70,000 aplikasi untuk Android boleh didapati, menjadikanya sasaran pengembangan
peralatan kedua paling popular untuk peralatan mobile.
No comments:
Post a Comment