Monday, 20 August 2012

Tahniah di ucapkan kepada Puan Aima

Tahniah di ucapkan kepada Puan Aima Serta suami di atas kehadiran cahaya mata, Arissa Safiyya . Semoga dengan kehadiran insan tersayang akan lebih mengukuhkan ikatan kasih sayang. Amin ..ya rabbal alamin.


Thursday, 16 August 2012

Jenis- Jenis Sistem Operasi

1. FreeBSD dan NetBSD : Unix “Gratis” untuk Favorit ISP
Konsep awal sistem operasi Unix yang dikembangkan 1968 masih ditemukan dalam banyak versi moden, misalnya FreeBSD dan NetBSD. Sebahagian besar kernel Unix ditulis dalam bahasa program C dan kerananya dapat dipindahkan ke platform hardware lainnya dengan sedikit upaya. Sistem file disusun secara hirarkis dengan direktori, sedang hardware dihubungkan melalui interface simbolik.



2. Windows: Sistem Operasi Popular
Microsoft mula meneliti mengenai Interface Manager pada september 1981. MS akhirnya mengumumkannya dengan nama WINDOWS pada November 1983. Windows terkenal secara meluas kerana menyediakan antaramuka berbasis grafis yang mudah digunakan (graphical interface) , device independent graphics dan penggunaan “multitasking”. Saat ini Versi windows telah mencapai kernel 32 bit yang dikenal sebagai Windows XP, dan telah keluar Windows Vista yang berbasis kernel 64 bit dan yang terkini Windows 7. Sebenarnya produk microsoft yang membuatnya sangat dominan bukan hanya sistem operasi windows saja, tetapi juga aplikasi office iaitu Microsoft office, yang terdiri dari Ms Word, Ms Excel, Ms powerpoint, dan perisian berbentuk programmer iaitu visual basic.


3. MacOS : Sinonim untuk graphic designer.
MacOS bermula pada tahun 1984 oleh Xerox PARC. Tetapi Apple telah mempopularkannya.
Platform untuk DTP, graphic design, web-design dan aplikasi bisnes.



4. LINUX: Sistem Operasi semua
Pada tahun 1991 seorang "hackers" handal berbangsa Finland yang bernama Linus Benedict Torvalds mengembangkan sebuah sistem UNIX yang bisa diimplementasikan di komputer setingkat PC yang dikenal dengan nama Linux dengan tujuan menyatukan UNIX. Linux adalah open source OS berlesenkan GPL (GNU General Public Lisence) yang mana penyebaran dan pengembangannya boleh dilakukan secara bebas dengan mengikutkan kod program asal. Linux sangat sesuai sebagai sistem operasi untuk server. Selain itu, kos sangat murah. Sistem Linux juga boleh digunakan untuk beberapa server dan tidak terikat dengan satu lesen sahaja.
Pengedaran Linux adalah paket SO dan aplikasi Linux yang dikembangkan oleh seseorang atau lembaga berdasarkan kod program terbuka (open source code) linux yang asli. Paket distribusi linux ini kemudian dapat bersifat komersial atau tidak tergantung kebijakan si pengembang. Beberapa pengedar Linux terkenal : Red Hat, Suse, Mandrake, Mandriva, Fedora, Slackware, Ubuntu, K-Ubuntu, Centoss, Trustix, Merdeka, dll.



5. Sistem Operasi BeOS : Sistem Operasi Multimedia.
Sejak versi pertamanya tahun 1997, salah satu tujuan utama BeOS, adalah mengelola jumlah data yang besar secara optimal. Sistem operasi ini dapat memenuhi tuntutan aplikasi-aplikasi multimedia dengan dukungan multi processor, sistem file 64 bit, dan multithreading.


6. OS/2 Warp : Server Bisnis yang mahal.
Sistem operasi OS/2 Warp dikembangkan oleh IBM. Inovasi yang terpenting pada versi 5 adalah “Journaling File System” (JFS). Strukturnya lebih menyerupai database daripada sistem file.


7. JavaOS : Tak tergantung platform
Pencipta Java, Sun Microsystems juga membuat sistem operasi Java yang disebut JavaOS. Jalur pengembangan JavaOS terbagi dalam beberapa cabang : Ada JavaOS untuk pelanggan, iaitu sebuah sistem operasi untuk television, Web-Phones, dan komputer saku (palmtop). Di sisi lain Sun mengembangkan dan memasarkan "JavaOS for Business" bersama IBM. JavaOS bukan pengganti sistem operasi, melainkan lebih tepat disebut sebagai sebuah lingkungan (pengembangan) bagi perusahaan.


8. Sistem UNIX Komersial : Database Profesional.
Dapat diandalkan, aman, mahal dan terikat pada hardware tertentu, merupakan atribut sistem operasi Unix komersial seperti Solaris dan SCO-Unix. Unix komersial untuk PC ini hanya terdapat pada Solaris dari Sun dan UnixWare dari SCO (Santa Cruz Operation, Inc.). Bidang aplikasi utama adalah server Intranet dan database.

9. Android : untuk telefon selular, komputer tablet dan notebook.
Android adalah sistem operasi untuk peranti bergerak seperti telefon selular, komputer tablet dan notebook. Android dibangunkan oleh Google berdasarkan sistem perisian Linux dan perisian GNU. Android asalnya dibangunkan oleh Android Inc. (firma yang kemudiannya telah dibeli oleh Google). Kemudian untuk mengembangkan Android, dibentuklah Open Handset Alliance, konsortium daripada 34 syarikat telekomunikasi, termasuk Google, HTC, Intel, Motorola, Qualcomm, T-Mobile, dan Nvidia.
Android mempunyai komuniti yang besar dalam membangunkan serta menulis aplikasi untuk pengembangan fungsi peralatan. Dianggarkan hampir 70,000 aplikasi untuk Android boleh didapati, menjadikanya sasaran pengembangan peralatan kedua paling popular untuk peralatan mobile.




Wednesday, 1 August 2012

Tutorial - Root Dan UnRoot Android

Tutorial kali ini saya ingin kongsikan cara terbaik untuk anda Root phone Android anda tanpa melalui proses command line ataupun muat turun cracked ROM dan terpaksa start phone dengan mode downloading serta berisiko tinggi untuk gagal.
Sebelum itu bagi sesiapa yang tidak tahu apa itu Root , saya akan terangkan secara ringkas. Root merupakan proses ‘patch’  kernel untuk mendapatkan akses terhadap Root folder dan membenarkan apps pihak ketiga untuk akses ke internal sistem. Dengan kata lain, dengan Root phone Android anda anda seolah-olah telah membebaskan sekatan yang wujud selama ini.  Pada iPhone atau iPod istilah Root dipanggil sebagai JailBreak.
Diingatkan dengan melakukan Rooting pada phone anda Warranty phone akan hilang kerana dianggap mengubah sistem sedia ada secara tidak sah. Oleh itu, saya cadangkan sebelum anda lakukan Rooting fikir sepuluh kali terlebih dahulu. Walaubagaimanapun anda tetap boleh ‘undo’ dengan UnRoot dan membuang semua apps yang perlukan SuperUser Access, tiada cara untuk mengetahui anda pernah root phone anda setelah itu.
Terdapat banyak kelebihan apabila bergelar ‘Root User’ , di Android Market pun terdapat banyak apps yang perlukan Root untuk berfungsi. Selain itu, anda boleh dapatkan installer dari market dengan root kan phone anda.
Kaedah Root ini saya telah cuba pada Samsung Galaxy S2 dengan ROM Gingerbread 2.3.6 I9100GDZKJ2 baseband dan sepatutnya versi 2.3.6 dan kebawah masih boleh menggunakan kaedah ini.

Baiklah sekiranya anda telah bersedia untuk Rooting phone anda ikut sahaja langkah dibawah:
1. Pastikan PC anda telah terpasang USB driver untuk phone tersebut. (Bagi pengguna Samsung download Kies melalui link ini)
2. Aktifkan USB debugging melalui  Settings > Applications > Development > USB Debugging . Sekiranya anda menggunakan Kies, pastikan anda matikan terlebih dahulu kemudian sambungkan phone anda ke PC melalui USB.
3. Muat turun SuperOneClick (boleh download yg latest version)  extract kandungan file yang telah anda muat turun tadi dan jalankan file SuperOneClick.exe .
4. Klik Root buttton.

5. Tunggu sehingga proses Rooting berjaya lebih kurang 5-10 minit. Dan selesai.. ;-)

Bagi ‘Root user’, nantikan tutorial saya akan datangkan berkenaan cara untuk hack game dengan apps dengan mudahnya…

Selamat Mencuba ...