Thursday 19 September 2019


Kumpulan Ordenador Unit Infostruktur UiTM Cawangan Sarawak telah menyertai pertandingan Inovasi ICT sempena Hari ICT 2019 di UiTM Cawangan Permatang Pauh, Pulau Pinang pada 18-19 September 2019. Projek yang dipertandingkan iaitu Sports Scoring Management System telah berjaya memenangi Naib Johan. 


Di samping itu, sebagai mewakili Zon Borneo, kumpulan tersebut turut menyediakan booth HICT 2019 dan telah berjaya memenangi Booth Paling Ramai Pengunjung. 

Turut dihadiri adalah majlis makan malam yang bertemakan Malam Gala Bollywood, Zon Borneo  iaitu gabungan Sarawak dan Sabah telah mempersembahkan tarian dan nyanyian. 
Bagi pertandingan Rani Of The Night, ahli wanita kumpulan iaitu Pn. Norhafizah Madhi telah berjaya meraih tempat kedua. 


Tahniah diucapkan kepada ahli kumpulan Ordenador iaitu Ts. Mohd Farid Assamani Mohamed Zainon, En. Mohd Syazwan Mohd Aris, Pn. Norhafizah Madhi, En. Arizzan Jaini dan En. Aminuddin Bakar.

Syabas diucapkan pada semua!

#kitauitm #uitmdihatiku #uitmswk #infostrukturswk #ordenador #hict2019