Wednesday 12 October 2016

Wifi Sunner di Cafe Kampus Samarahan 2, UiTM Sarawak.

Kepada warga UiTM Kampus Samarahan 2, sistem pra-bayar Wifi Sunner telah disediakan oleh Syarikat Sunner Group International Berhad. Lokasi Wifi ini adalah di Cafe Kampus Samarahan 2.

Kios yang menawarkan wifi hotspot berkelajuan tinggi pada kadar RM1.00 untuk 30 minit merupakan yang termurah dan yang pertama di negara ini.

Mesin wifi hotspot ini mudah digunakan dan pengguna hanya perlu menyentuhkan telefon pintar atau tab ditempat sentuhan khas dan ia akan menyambungkan terus ke Sunner wifi. 

Pengguna boleh menyemak baki duit mereka dan bagi baki masa yang tidak habis dipakai, ianya boleh dibawa ke hadapan dan boleh digunakan pada bila-bila masa di tempat awam yang mempunyai kios Sunner Wifi.

Selain dari UiTM Sarawak, Sunner akan menyediakan lebih banyak kiosk hotspot di lokasi lain seperti lokasi tumpuan di pusat-pusat membeli belah dan bangunan-bangunan kerajaan.

Oleh itu, pihak kami mengalu-alukan semua warga untuk mencuba sistem Wifi ini.







Monday 3 October 2016

Anugerah Ma'al Hijrah, Pegawai Awam Contoh

Tahniah Dato Rektor UiTM Sarawak di atas Anugerah Ma'al Hijrah, Pegawai Awam Contoh yang disampaikan oleh TYT Sarawak pada 2 Oktober 2016.

Beliau merupakan anak kelahiran Sri Aman dan telah berkecimpung selama 28 tahun dalam perkhidmatan awam dan pernah menyandang pelbagai jawatan akademik.