Tuesday 20 December 2016

Majlis Makan Malam InfoTech & Jabatan Sains Komputer 2016


Buat julung kalinya, majlis makan malam gabungan antara Unit Infotech dan Jabatan Sains Komputer telah diadakan. Bertemakan "colour blocking, no black, no white adan no dark blue", majlis ini telah diadakan di Habour View Hotel, Kuching pada 18 disember 2016. Selain dari makan malam, majlis ini diserikan dengan permainan santai secara berkumpulan, individu dan tidak peranah ketinggalan sesi berkaraoke.

Majlis dimulakan dengan ucapan kata alu-aluan dari Pegawai Teknologi Maklumat, selaku ketua Unit Infotech, Encik Mohd Farid Assamani. Semoga tradisi anjuran bersama ini dapat diteruskan untuk masa yang akan datang. Insha Allah.


Thursday 1 December 2016

Manual pengguna inotes 9



Pautan email baru boleh dicapai melalui : https://mail.uitm.edu.my

Klik link di bawah untuk paduan pengguna inotes 9 dalam bentuk PDF

manual pengguna inotes 9 <

Tuesday 29 November 2016

Kejohanan Badminton Infotech UiTM Sarawak 2016

Pada 27 november lepas, telah berlangsung Kejohanan Beregu Campuran InfoTech UiTM Sarawak 2016 di Gelanggang Arena, Simpang 3, Kuching.  Dalam Kejohanan tersebut, beregu dari pasangan Amizan Tahet dan Norhafizah Madhi telah memenangi secara keseluruhan dengan mengalahkan 5 pasukan yang lain. Antara beregu atau pasangan yang telah menyertai ialah, Sarifuddin Bujang & Rafidah Ahmad, Juhari Norily & Mirza, Mohd Farid Assamani & Juliana Kartawi, Aminuddin Bakar & Siti Sara Julaihi, Arizan Jaini & Awek.









Wednesday 12 October 2016

Wifi Sunner di Cafe Kampus Samarahan 2, UiTM Sarawak.

Kepada warga UiTM Kampus Samarahan 2, sistem pra-bayar Wifi Sunner telah disediakan oleh Syarikat Sunner Group International Berhad. Lokasi Wifi ini adalah di Cafe Kampus Samarahan 2.

Kios yang menawarkan wifi hotspot berkelajuan tinggi pada kadar RM1.00 untuk 30 minit merupakan yang termurah dan yang pertama di negara ini.

Mesin wifi hotspot ini mudah digunakan dan pengguna hanya perlu menyentuhkan telefon pintar atau tab ditempat sentuhan khas dan ia akan menyambungkan terus ke Sunner wifi. 

Pengguna boleh menyemak baki duit mereka dan bagi baki masa yang tidak habis dipakai, ianya boleh dibawa ke hadapan dan boleh digunakan pada bila-bila masa di tempat awam yang mempunyai kios Sunner Wifi.

Selain dari UiTM Sarawak, Sunner akan menyediakan lebih banyak kiosk hotspot di lokasi lain seperti lokasi tumpuan di pusat-pusat membeli belah dan bangunan-bangunan kerajaan.

Oleh itu, pihak kami mengalu-alukan semua warga untuk mencuba sistem Wifi ini.







Monday 3 October 2016

Anugerah Ma'al Hijrah, Pegawai Awam Contoh

Tahniah Dato Rektor UiTM Sarawak di atas Anugerah Ma'al Hijrah, Pegawai Awam Contoh yang disampaikan oleh TYT Sarawak pada 2 Oktober 2016.

Beliau merupakan anak kelahiran Sri Aman dan telah berkecimpung selama 28 tahun dalam perkhidmatan awam dan pernah menyandang pelbagai jawatan akademik.




Thursday 25 February 2016

Kumpulan ITkustik gegar malam Staf Idol UiTM Sarawak 2016

Sekalung tahniah untuk kumpulan dan peserta individu Pertandingan Akhir Staf Idol UiTM Sarawak yg berlangsung di Dewan Jubilee pada malam, 23 februari 2016.

Alhamdulillah... setelah saringan demi saringan, kumpulan kami (ITkustik) berjaya melayakkan diri untuk 4 kumpulan terbaik mara ke Finale ....  Keputusannya..kami mendapat tempat ke 3 ...




Ahli kumpulan : Naz, Nor, Aima, Farid, Achai dan Mezan


Tuesday 12 January 2016

Senarai ''Password" Popular Terburuk Yang Sering Diguna Pakai Dan Senang Untuk Digodam


Sudah pasti ramai antara kita menggunakan kata laluan untuk melindungi maklumat peribadi kita di gadget, alat alektronik dan sudah pasti aplikasi yang memerlukan kata laluan seperti di media sosial dan akaun perbankkan online.

Tapi, tahukah anda ramai antara kita sebenarnya tidak mementingkan hal ini di mana ramai antara kita menggunakan kata laluan yang sebenarnya terlalu mudah untuk diceroboh.

Perlu kita ketahui, kata laluan yang baik adalah penting untuk mengelakkan maklumat atau data peribadi kita jatuh ke tangan individu yang tidak bertanggungjawab.

Oleh itu, pakar keselamatan telah mengesyorkan agar kita semua supaya menggunakan kata laluan yang panjang, mengandungi nombor serta abjad dan memasukkan huruf besar.

Berdasarkan pendedahan yang dilakukan di dalam laporan tahun kelima SplashDatalebih dua juta kata laluan pada tahun 2015 lalu bocor dan terdedah kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.

Laporan itu mendedahkan 25 senarai kata laluan yang terburuk sering diguna pakai di mana sekali lagi kata laluan “123465” kekal di tangga teratas lima tahun berturut-turut dan yang peliknya ia menjadi pilihan begitu ramai orang.

Berikut adalah 25 senarai kata laluan paling buruk dan mudah diceroboh.

  • 123456
  • password
  • 12345678
  • qwerty
  • 12345
  • 123456789
  • football
  • 1234
  • 1234567
  • baseball
  • welcome
  • 1234567890
  • abc123
  • 111111
  • 1qaz2wsx
  • dragon
  • master
  • monkey
  • letmein
  • login
  • princess
  • qwertyuiop
  • solo
  • passw0rd
  • starwars

Oleh itu, pihak SplashData telah menyertakan tiga tip mudah untuk membantu orang ramai untuk memilih kata laluan yang selamat.

- Guna kata laluan atau prasa sehingga 12 aksara atau lebih dengan mencampurkan huruf kecil, huruf besar dan nombor.

- Elakkan menggunakan kata laluan yang sama dengan web-web berbeza. contohnya satu kata laluan digunakan untuk Facebook, Twitter dan Maybank2u.

- Gunakan perkhidmatan pengurus kata laluan seperti SplashID untuk mengatur dan melindungi kata laluan, menjana kata laluan secara  rawak, dan secara automatik log masuk ke dalam laman web.

Jadi, untuk mengelakkan maklumat anda terdedah kepada individu yang tidak dikehendaki bocor, jika menggunakan kata laluan seperti diatas, cepat-cepatlah tukar sebelum terlambat. - Siakapkeli.my