Tuesday 29 September 2015

Timang Cahaya Mata ke - 3

Tahniah diucapkan kepada encik Farid dan pasangannya Puan Ana di atas kelahiran anak beliau yang ke - 3 pada 20 September 2015. Dengan kelahiran seorang puteri yang diberi nama Nur Adra Radiya maka hajat mereka telah tercapai setelah mempunyai 2 orang cahaya mata lelaki.


Tuesday 1 September 2015

Roszaima : Berhenti kerja untuk tumpukan perniagaan


Tanggal 27 ogos 2015 adalah saat terakhir untuk keberadaan Puan Roszaima bersama Unit Teknologi Maklumat setelah 7 tahun dalam perkhidmatan. Beliau adalah seorang yang komited dalam menjalankan tugas. Bermakna kami telah kehilangan seorang rakan sekerja yang amat berdedikasi.

Kami menghormati pendirian beliau untuk fokus dalam  perniagaan. Semoga sukses dalam bidang yang diceburi.