Tuesday 31 December 2013

Retreat Infotech UiTM Sarawak 2013

"Retreat" atau dalam bahasa Melayunya pengurusan semula. tapi lebih mudah di sebut "retreat". Lokasi untuk retreat kali ini ialah di Union Yes Retreat & Training Center, Lundu. Ia berlangsung selama 3 hari iaitu bermula dari 27 disember 2013 sehingga 29 disember 2013.

Perbincangan berkumpulan
Kompilasi data
Kerja, kerja jugak.. kewajipan kepada yang esa tidak kami lupa.

Sebelum solat, ambik gambar dulu. Nanti tak pasal² orang kata aku tak solat ..hehe..

Sedikit pengisian dari Encik Juhari

Jemaah Muslimah Infotech Sarawak
Macam biasa, selain aktiviti pengisian minda dan pengisian hati. Pengisian perut jangan di lupakan. Alhamdulillah ... rezeki ...

Gambar sebelum tak sempat nak snap, oleh kerana terlalu taksub nak melahab. In the end, baru ingat nak snap
Aktiviti di malam terakhir, ada persembahan kumpulan dan Makan Malam (Dinner).

Inilah pasukan Juara untuk acara berkumpulan. Kumpulan saya la tu ...hehehe..

Tempat kedua


Tempat ketiga

Pada keesokannya pulak, sebelum balik, kami sempat berposing kejap. Rasa kiut ler tu ... tapi ini gambar yang "unofficial". Yang Official masih di cuci kat kedai gambar.

ada 4 budak tetikus takde dalam gambar ini. Seperti biasa..saya antara yang sering tak ada. Almaklum..wartawan tak bertauliah ..hehe..