Thursday 23 May 2013

Apakah perbezaan OEM product dan Retail Product ?

Pernahkan ada mendengar tentang OEM produk atau Retail Product. Apakah perbezaan antara kedua-duanya? Tak pernah atau malas nak ambil tahu? Baiklah di sini saya terang serba sedikit.
OEM bermaksud Original Equipment Manufacture. Ia merupakan satu terma yang digunakan untuk menyatakan berkenaan sebuah syarikat yang membuat perkasan komputer dan dipasarkan oleh sebuah lagi syarikat lain. kebiasaannya, OEM produk dijual dengan tidak mempunyai pakaging dan dokumentasi berkenaan produk tersebut mahupun extra/perisian percuma. Didalam masa yang sama, jaminan kepada produk yang dijual ini adalah lebih pendek dan singkat daripada biasa.




Bagi retail produk pula, produk tersebut kebiasaannya disertakan dengan pakaging, manual pengguna, kad pendaftaran produk dan jaminan penuh. Dalam sesetengah keadaan, pembeli akan disertakan dengan perisian percuma. Yang penting, retail produk adalah lebih asli kerana ianya dihasilkan daripada syarikat utama itu sendiri.

Perbezaan antara retail produk dengan OEM produk ialah, sepatutnya produk tersebut disekalikan dengan produk utama, namun tidak disertakan didalam OEM produk. Sebagai contoh, sebuah retail CPU akan disertakan dengan heat sink dan juga kipas yang dimana bagi produk OEM pula, hanya CPU sahaja yang dibekalkan. begitu juga dengan retail hard drive yang kebiasaanya akan disertakan di dalam kotak dan mempunyai kabel antaramuka(interface) manakala OEM hard drive kebiasaannya dibalut dengan anti-static bag tanpa sebarang dokumentasi dan juga kabel. Kebiasaannya OEM hard drive dipanggil "bare drive".



Kualiti adalah faktor utama yang membezakan antara kedua-dua jenis produk ini. Kebanyakan produk OEM mempunyai tahap kualiti yang sedikit rendah daripada biasa. Oleh sebab itulah produk OEM boleh dijual dengan harga yang murah berbanding retail produk.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan OEM produk, pastikan anda mendapatkan info penuh mengenai produk yang akan akan beli. Elakkan daripada membeli OEM produk yang mempunyai nilai harga yang sama dengan retail dan mungkin lebih teruk, lebih mahal daripada retail produk. Sekiranya anda ingin membina sistem komputer yang diguna pakai untuk jangka masa panjang, anda digalakkan membeli retail produk daripada OEM produk.