Wednesday 15 February 2012

Pertandingan Nasyid Peringkat UiTM Sarawak 2012


Festival Nasyid yang ke - 3 UiTM Negeri Sarawak 2012. Cadangan jer la..sedap bunyinya kan?. Nama sebenarnya ialah Pertandingan Nasyid Peringkat UiTM Sarawak anjuran Unit Agama, CITU Sarawak dengan kerjasama Unit Kebudayaan HEP

Setiap kumpulan ada kehebatan tersendiri. Persaingan pada kali ini disertai oleh 5 dari peserta staf dan 6 dari peserta pelajar.

Berikut adalah keputusan pertandingan tersebut.

Peserta dari UnIT Teknologi Maklumat, I.T Qa'imah
Dari kiri : Juliana,Rafidah, Suhanah, Awang Baharudin, Nazareen, Norhafizah, Arizzan, Sarifuddin, Aima Sumiyati, Roszaima, Siti Sarah.



Ketegori Staff
Johan: Soutul Libra  (bahagian Perpustakaan UiTM Sarawak yg diketuai oleh Encik Ismawi Ibrahim)
Naib Johan:  IT Iqamah  (Unit IT yg diketuai oleh Encik Awg Baharudin)
Ketiga:  Nur Iman  (Unit Ladang yg diketuai oleh Encik Wan Pauzie bin Wan Hamid)

Johan dari Bahagian Perpustakaan


Ketegori Pelajar
Johan: Soutul Nadwan  , diketuai oleh Khairul Anwar bin Baharudin
Naib Johan:  Sameer ,diketuai oleh  Mohd Zabidi bin Mohd Sulaiman
Ketiga: Soutunnadwah,  diketuai oleh Nurbasiratul Amirah bt Wasi dari UiTM Mukah

Juara untuk Ketegori Pelajar


Tahniah juga di atas penyertaan yang teramat "spoting" untuk kumpulan Embunan Dhuha  dari Hal Ehwal Pelajar yg diketuai oleh En. Gizri Arif bin Baidawi, kumpulan  Fasiliti Akustik  dari bahagian Pengurusan Fasiliti yg diketuai Encik Akhasan Median & kumpulan  Soutul Murabbi  dari pensyarah yg diketuai oleh Saudari Balkhis Ismail.

Semoga penyertaan yang lebih menggalakkan serta persembahan yang lebih hebat serta saingan yang sengit akan lebih mengerikan eh... eh..menyerikan lagi majlis untuk masa akan datang.

Wassalam...