Saturday 21 May 2011

Nur Zafirah Firzanah, cahaya mata kedua Sue & Rafi.

Tepat jam lahir 5.25 pagi pada 20 mei 2011, Nur Zafirah Firzanah selamat di lahirkan.Bagi pasangan Mohd Rafi dan Suhanah, ini adalah saat yang amat di nantikan, tambahan pula kelahiran kali ini adalah anak perempuan.

Kronlogi sebelum kelahiran Zafirah amat mudah, mula merasa sakit perut pada jam  4.30 pagi. Ke Hospital, masuk wad bersalin pada pukul 5.00 pagi dan bersalin pada pukul 5.25 pagi.

Tahniah Rafi & Sue!

Saturday 14 May 2011

Lawatan Penanda Aras

Untuk pertama kalinya, destinasi pilihan untuk lawatan penanda aras adalah USBM,UiTM Pulau Pinang, Unit i.t, UiTM Kedah dan PPKT USM, Pulau Pinang.

Definisi Penanda aras, aku nak ulas sikit hasil bantuan en. google..haha..

Penanda aras merupakan proses membandingkan proses sendiri dan metrik prestasi dengan yang terbaik dalam industri dan/atau perlaksanaan terbaik dalam industri lain. Dimensi yang biasanya diukur adalah kualiti, masa, dan kos. Peningkatan daripada apa yang dipelajari bererti melakukan sesuatu dengan lebih baik, lebih pantas dan lebih murah.

Ia adalah satu proses yang sistematik dan berterusan atau istiqomah untuk mengenalpasti, mempelajari, mengubahsuai, dan melaksanakan amalan-amalan terbaik daripada organisasi yang sama atau organisai yang lain. Penanda aras boleh menggalakkan produk berkualiti dengan cara, pengurusan boleh meningkatkan kualiti dengan cara menganalisis dan kemudian meniru kaedah pemimpin yang lain di dalam pelbagai bidang.

Penanda aras membabitkan pengurusan mengenal pasti firma terbaik dalam industri mereka, atau sebarang industri yang memiliki proses yang sama, dan membandingkan keputusan dan proses dengan yang dikaji ("sasaran") dengan keputusan dan proses sendiri bagi mengetahui berapa baik prestasi sasaran dan lebih penting lagi, bagaimana mereka melakukannya.

Tunggu ceritanya selepas sekembalinya dari misi kali ini...