Wednesday 23 February 2011

Staff Teknologi Maklumat antara yang menerima Anugerah Cemerlang 2009


Anugerah Perkhidmatan Cemerlang(APC) merupakan penghargaan Kerajaan kepada kakitangannya yang telah memberi mutu perkhidmatan atau kuantiti sumbangan yang melebihi daripada keperluan tanggungjawab biasa bagi jawatannya.

Semua kakitangan Perkhidmatan Awam layak dipertimbangkan bagi APC kecuali pegawai-pegawai yang menjawat Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA).

Penilaian dibuat setiap tahun oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia yang ditubuhkan di peringkat kementerian dan jabatan.

Setiap penerima APC dianugerahkan Sijil Perkhidmatan Cemerlang dan hadiah prestasi berjumlah RM1,000. Penerima anugerah juga mungkin diberi peluang untuk memajukan kerjaya dan mungkin dicalonkan untuk menerima anugerah kebesaran di peringkat Persekutuan dan Negeri.

Majlis Hari Inovasi UiTM Sarawak telah diadakan pada 23 Februari, 2010, di Dewan Jubli, Kampus Kota Samarahan. Majlis tahunan yang cukup bermakna dan bersejarah ini telah disertai oleh semua staf akademik dan sokongan, dan adalah anjuran bersama Unit Pengurusan Kualiti, KEKITA dan PEWANI. 

Senarai Penerima untuk tahun 2009 Unit I.T

1.Puan Aima Sumiyati Maliki
2. Encik Nazareen Abdul Latiff
3.Cik Juliana kartawi

Upacara penyerahan sijil APC di lakukan oleh Naib Canselor UiTM, Yang Berbahagia Dato’ Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, FACs.

Tahniah! semoga khidmat anda akan terus cemerlang untuk tahun yang akan datang.

gambar : Encik Nazareen bin Abdul Latiff

gambar :Puan Aima Sumiyati bt Maliki

gambar : Cik Juliana Kartawi

Tuesday 8 February 2011

Tahniah di atas kelahiran cahaya mata kedua...

Di lahirkan pada 7 Februari 2011, sewaktu azan berkumandang, Ainul Mardhiah bt Nazareen selamat di lahirkan di hospital umum sarawak dengan berat 2.15 kg. Tahniah! semoga lepas ni makin ramai mengikut jejak untuk meramaikan warga keluarga UiTM Sarawak.