Majlis Istiadat Konvokesyen UiTM Cawangan Sarawak Kali ke-99 telah berlangsung di Dewan Jubli, Kampus Samarahan pada 15 hingga 17 Oktober 2024.
Seperti istiadat konvokesyen sebelum ini, sekali lagi Bahagian Infostruktur telah bekerjasama dengan beberapa staf jabatan lain sebagai AJK Teknikal & Multimedia dalam menjayakan majlis istiadat. Staf yang terlibat adalah En. Mohd Syazwan Mohd Aris (Pegawai Teknologi Maklumat), Pn. Aima Sumiyati Binti Maliki (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Kanan), En. Awang Baharudin Awang Ahmad (Juruteknik Komputer Tertinggi) dan En. Nazareen Abdul Latiff (Juruteknik Komputer Kanan). Turut terlibat dalam menyediakan kemudahan rangkaian sepanjang majlis istiadat adalah Unit Infrastruktur ICT (Bahagian Infostruktur) Kampus Samarahan.
Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan dan semoga terus dapat bekerjasama di masa akan datang. Bahagian Infostruktur akan terus komited untuk memberikan kemudahan dan perkhidmatan terbaik kepada UiTM, khususnya UiTM Cawangan Sarawak.