Majlis Makan Malam Gala sempena ulang tahun ke-25 UiTM sebagai sebuah universiti telah berlangsung di Raia Hotel & Convention Centre, Kuching, Sarawak pada 28 Ogos 2024 (Rabu) dengan penuh kemeriahan.
Majlis makan malam tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Haji Abdul Wahab Aziz, Pro-Canselor UiTM, bersama kehadiran isteri beliau, YBhg. Datin Dayang Rosnah Haji Abang Drashid. Turut hadir bersama, YBrs. Prof. Madya Ts. ChM. Dr. Mohammad Isa Mohamadin, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa yang menjalankan fungsi Rektor UiTM Cawangan Sarawak, Jawatankuasa Eksekutif Negeri serta para tetamu jemputan khas.
Majlis yang bertemakan etnik kontemporari ini turut menampilkan persembahan nyanyian artis undangan, Anding Indrawani, yang merupakan alumni UiTM serta persembahan daripada Artis Budaya & Rumpun Seni UiTM Cawangan Sarawak. Bahagian Infostruktur tidak ketinggalan untuk turut sama hadir memeriahkan majlis sebagai tanda sokongan kepada program universiti.