Thursday, 8 November 2018

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran

Unit Infostruktur ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran kepada YBhg. Prof Dato Dr Jamil Hj. Hamali. Kami doakan semoga YBhg. Dato panjang umur, dimurahkan rezeki & diberikan kesihatan untuk terus berbakti kepada anak bangsa. Amin... InsyaAllah...


Tuesday, 18 September 2018

Syabas & Tahniah

Syabas & Tahniah kepada Timbalan Pengarah Unit Infostruktur, UiTM Cawangan Sarawak di atas Perakuan Pendaftaran sebagai Teknologis Profesional dalam bidang Information & Computing Technology oleh Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) dengan gelaran Ts.


Saturday, 14 April 2018

Penyerahan Komputer Riba kepada Rektor UiTM Cawangan Sarawak

Sesi Penyerahan Komputer Riba kepada Rektor UiTM Cawangan Sarawak oleh Ketua Unit Infostruktur telah diadakan di Pejabat Rektor, Kampus Samarahan pada 13 April 2018.


Thursday, 18 January 2018

Dell XPS 13 (2018) Akan Hadir Ke Malaysia Pada Penghujung Januari 2018

Dell Malaysia hari ini telah berkongsi berkaitan beberapa produk baru mereka, termasuk menyentuh mengenai Dell XPS 13 baru yang telah diperkenalkan pada acara CES 2018 lepas. Bercakap mengenainya, Dell Malaysia mengatakan mereka akan menawarkan Dell XPS 13 (2018) akan mula dijual di pasaran tempatan pada 26 Januari 2018 kelak.

 

Dell XPS 13 hadir dengan skrin 13.3-inci dengan rekaan skrin nirbingkai yang dinamakan Infinity Edge, menawarkan resolusi 3840×2160 pixel, dilengkapi cip Intel Core i5 atau i7, serta grafik Intel UHD Graphics 620. Dell turut menawarkan pilihan storan 1TB SSD untuk komputer riba ini.

 

Berbeza dengan Dell XPS 13 sebelum ini, versi 2018 menyertakan kamera pada bahagian tengah dibawah, dan turut hadir dalam pilihan warna putih. Dell turut menyertakan pengimbas cap jari, selain menawarkan port USB-C, dan dua port Thunderbolt 3. Dell mengatakan ia menawarkan masa penggunaan bateri selama 19 jam lamanya.

Buat masa ini, harga jualan rasminya masih tidak diketahui. Dell Malaysia mengatakan mereka akan berkongsi harga jualannya melalui laman rasmi Dell Malaysia pada 26 Januari 2018 kelak.

Wednesday, 17 January 2018

WhatsApp Menguji Ciri Memberi Amaran Ketika Menghantar Mesej Berantai

Dengan lebih ramai menggunakan WhatsApp, salah satu perkara yang sangat merisaukan adalah penghantaran dan perkongsian mesej berantai – dimana boleh dikatakan kebarangkalian mesej yang dihantar membawa info palsu adalah tinggi. Secara teknikalnya, boleh dikatakan ia agak sukar untuk dikawal disebabkan oleh integrasi ciri penyulitan padanya.

 

Kini, untuk mengatasi perkara berkenaan, WhatsApp dilihat memaparkan notifikasi apabila pengguna cuba menghantar mesej berbentuk spam daripada seseorang kepada pengguna lain dengan memaparkan notifikasi – “A message you are forwarding has been forwarded many times.”.

Dengan langkah ini, WhatsApp dilihat ingin mengurangkan penghantaran mesej berbentuk spam, dan mengurangkan kebarangkalian berita palsu dikongsikan melaluinya.

Pihak WhatsApp masih belum mengumumkan ciri ini secara rasminya buat masa ini, tetapi ia telah mula dilihat pada versi pembangunan terbaru aplikasi permesejan berkenaan.

Tuesday, 16 January 2018

Telekom Malaysia Dan Tenaga Nasional Umum Kerjasama Untuk Memacu Capaian Jalur-Lebar

Telekom Malaysia dan Tenaga Nasional hari ini telah mengumumkan kerjasama, dimana mereka berdua akan bekerjasama untuk membangunkan dan mengimplementasi Pelan Fiber Seluruh Negara.

 

Melalui kerjasama ini, TM dan TNB masing-masing akan berkongsi infrastruktur dan kepakaran dalam arena jalur-lebar – sekaligus membolehkan mereka memberikan akses jalur-lebar berkelajuan tinggi kepada semua pengguna tempatan.

Untuk makluman, Telekom Malaysia sedia menawarkan akses jalur-lebar kepada pelanggan, selain turut menyediakan penawaran borong untuk para penyedia perkhidmatan telekomunikasi lain.

Untuk TNB pula, mereka mempunyai infrastruktur pembekalan tenaga elektrik, dan sokongan menggunakan rangkaian transimi elektrik untuk komunikasi optik fiber. Selain daripada itu, TNB juga turut telah mengambil-alih syarikat penyedia Cyberjaya Broadband sebelum ini yang menawarkan perkhidmatan jalur-lebar kepada pengguna di Cyberjaya.

TM dan TNB turut mengatakan mereka akan berkongsi lanjut mengenai pelbagai info lanjut mengenainya kelak selepas pelbagai terma komersil dimuktamadkan.