enggunaan komputer riba di kalangan pelajar kolej kini sudah dianggap sesuatu yang normal. Semasa kami di kolej dahulu, 99% pelajar masih lagi mengambil nota kuliah menggunakan pena dan kertas. Adalah penggunaan komputer riba ini benar-benar baik untuk pembelajaran? Kajian terkini yang dilakukan oleh Princeton University dan University of California mungkin akan membuatkan anda untuk kembali menulis nota kuliah secara tradisional.
Menurut kajian saintifik yang dilakukan, pelajar yang menulis nota didapati memahami kuliah yang diberikan lebih baik berbanding yang menaip nota ke dalam komputer riba. Hipotesis yang diberikan ialah apabila menulis nota, pelajar mendengar maklumat sebelum menulis apa yang difahami ke dalam nota. Pelajar yang menggunakan komputer riba pula menaip secara bulat-bulat apa yang disampaikan tanpa memahaminya terlebih dahulu.
Bagaimana pula dengan pengalaman peribadi pembaca Amanz? Bersetuju ataupun tidak dengan kajian yang dilakukan di atas?
Bagaimana pula dengan pengalaman peribadi pembaca Amanz? Bersetuju ataupun tidak dengan kajian yang dilakukan di atas?