Google hari ini telah memperkenalkan sebuah perisian pelengkap untuk Google Drive, dinamakan sebagai Backup & Sync. Melalui perisian ini, ia memudahkan anda untuk membuat salinan pendua untuk fail dan dokumen pada komputer Windows atau Mac dengan mudah.
Berbeza dengan perisian Google Drive yang hanya memfokuskan kepada satu folder khusus sahaja, melalui perisian baru ini, pengguna boleh memilih sebarang fail dari mana-mana folder pada komputer untuk disimpan dan dibuat salinan pendua ke Google Drive.
Ia turut hadir dengan ciri sync yang memudahkan setiap perubahan anda terus turut dikemaskini ke Google Drive serta-merta.
Bagi anda yang menggunakan komputer Windows dan Mac, anda boleh memuat-turun perisian ini hari ini, dan memulakan proses kemaskini data anda.
Muat-Turun Backup & Sync untuk desktop