Friday, 16 June 2017

Task Manager Windows 10 Akan Memaparkan Tab Pemantauan Kad Grafik

Kemaskini untuk Windows Insider Preview sudah boleh dimuat turun sejak semalam. Build 16226 ini membawakan beberapa lagi fungsi baru yang tidak wujud sebelum ini. Antara yang menarik perhatian kami ialah Task Manager kini mempunyai tab khas untuk pemantauan kad grafik.



Sejak sekian lama, pengguna Windows perlu memuat turun program dari pihak ketiga seperti CPU-Z untuk melakukan pemantauan aktiviti kad grafik. Buat masa ini ia hanya menunjukkan penggunaan pemproses dan RAM pada kad grafik. Fungsi baru ini akan diberikan kepada pengguna menerusi Windows 10 Fall Creators Update yang dijangka akan hadir sekitar bukan September.

Thursday, 1 June 2017

Pelajar Indonesia Mencipta Alat Mencubit Punggung Pemandu Sekiranya Mereka Tertidur

Migrasi pulang ke kampung sudah bermula hari ini dengan laporan kesesakan jalan raya mula kedengaran di lebuh raya utama. Ada yang cuba mengelak terperangkap di dalam kesesakan dengan memandu pada waktu awal pagi. Ini mendatangkan risiko tertidur kerana kepenatan. Oleh itu alat mengelakkan tertidur dihasilkan oleh Asri Anjani dan Prayogo Bintang, dua pelajar dari Universitas Brawijaya di Indonesia.

Alat yang dihasilkan menarik kerana ia mencubit punggung pemandu apabila ia mengesan mereka tertidur. Pemandu memakai alat pengesan nadi pada pergelangan tangan. Apabila hampir terlelap, nadi pemandu akan menurun. Sistem akan mengesan nadi yang menurun ini dan terus menyebabkan tempat duduk bergetar dan memicit punggung pemandu.

Penyelesaian yang di luar kotak untuk masalah yang mengorbankan ramai penumpang. Sekiranya anda pulang pada waktu malam di musim perayaan ini pastikan anda mendapat rehat sepenuhnya pada waktu siang hari.