Thursday, 20 August 2015

Tiada Paparan "Inbox" ketika "Sign In" Webmail Rasmi UiTM


Lotus Notes Webmail merupakan satu alternatif capaian email yang berbeza dengan aplikasi Lotus Notes yang di "Install" pada komputer, di mana pengguna hanya terhad kepada penggunaan secara Intranet atau dalaman sahaja.

Manakala Lotus Notes Webmail, penggunaannya amat meluas kerana ia boleh dicapai di mana-mana sahaja. ***(Sila rujuk Infotech untuk user name dan password sekiranya belum pernah menggunakannya).

Di sini saya ingin menunjukkan cara-cara untuk menyelesaikan masalah sekiranya berlaku "error" seperti terpapar pada gambar di bawah. Tatacara ini adalah terhad kepada penguna pelancar sesawang(Browser) "Internet Explorer" sahaja.


Seperti biasa, "sign in" terlebih dahulu dan paparan seperti di bawah akan keluar. Klik  "link" E-Mail (lihat gambar di bawah) dan satu paparan seperti di atas akan keluar.
gambar di atas menunjukkan paparan setelah anda berjaya masuk atau "sign in" webmail

Berikut adalah langkah-langkah mudah yang perlu anda lakukan.


Setelah anda memilih "Compatibility View Setting", kotak akan keluar secara "pop up". Sekiranya terdapat  "address" seperti gambar di bawah, klik "address" tersebut dan klik butang "remove".


Kemudian, ikut langkah seperti ditunjuk pada gambar di bawah.


Langkah terakhir, klik butang "add". (Rujuk gambar di bawah)


"Refresh" pelancar web anda dengan menekan butang F5 pada papan kekunci anda.
Tahniah!! anda telah berjaya menyelesaikan masalah ini dengan mudah sekali.
Selamat mencuba ... :)