Banner adalah sesuatu yang penting untuk memaparkan sesuatu tajuk dengan lebih jelas bagi mempelbagaikan logo atau tema sesuatu tujuan memberi tahu pengunjung tentang blog tersebut.
Asas kepada proses pembinaan banner blog yang pereka perlukan adalah perisian yang sesuai seperti photoshop oleh kerana saya biasa dengan perisian tersebut malah saya terangkannya merujuk kepada perisian berikut mungkin untuk lebih penjalasan atau permudahkan saya memberi penjelasan.
1. Mencipta saiz sebelum memulakan teknik2 penghasilan banner dalam photoshop untuk menentukan saiz banner yang dikehendaki.
kebiasaan banner bersaiz 960x150 atau 960x200 atau mengikut kesesuan saiz yang diperlukan laman utama blog/web.
pada menu "file>new>" anda boleh mencipta ruangan & menentukan saiz image bagi banner anda.
Dengan mengguna fungsi transparent, latar belakang banner anda akan ditentukan sendiri dimana anda letakkan banner anda. jika anda tidak mahu transparent, anda boleh ubahnya kpd white & ubahnya kepada background yang anda suka. tp dalam rajah saya menghidupkan transparent.
dlm gambar dibawah saya mulakan dengan text.
3. Ubah kesan text dengan fungsi blending options.. untuk menghidupkan blending options anda hanya perlu doubleclick pada layer text & muncul tetingkap tetapan kesan bagi text anda.
menambah kesan bayang pada text. tetapan selebihnya bagi kesan bayang anda boleh ubahnya dibahagian tetapan disebelah kanan.
menambah kesan kecerunan atau kesan imbangan bagi nama lain. pernampakkan text anda berkilat dan mempunyai tone gelap ke cerah atau pembahagi cahaya.
memindahkan untuk ditampal pada banner anda menggunakan move tool.
setelah kerja2 penghasilan banner blog anda menggunakan photoshop selesai, perkara yang paling penting adalah simpan(save) gambar banner anda mengikut format file yang sesuai. jika image anda adalah transparent seperti dalam rajah yang saya buat, anda perlu save dalam format PNG & jika tiada transparent anda boleh menggunakan format file yang sesuai seperti jpeg & png pun boleh untuk kualiti yg lebih baik.
setakat ini sahaja asas dalam mencipta banner blog yang saya boleh kongsikan & ini juga adalah asas kepada cara-cara menggunakan adobe photoshop yang mesti anda perlu tahu untuk penggunaan yang membabitkan imej digital.