Proses
boot Windows 8 telah didatangkan dengan logo baru “Windows” serta titik
bulatan beranimasi yang sangat menarik. Paparan minimalis ini
menggantikan paparan animasi boot Windows 7 yang sedikit sebanyak
mengambil masa komputer untuk dihidupkan. Hal ini jelas menunjukkan
bahawa Microsoft amat komited dalam menekankan nilai simplistik pada
sistem operasi terbaru mereka. Pada akhir sesi boot, paparan tersebut
akan hilang dengan fade effect yang pasti memukau perhatian pengguna
buat kali pertama melihatnya.
Selain daripada membawa pembaharuan antara muka, fungsi boot pada
Windows 8 telah diperbaharui dan diberi nafas baru dengan kehadiran
sokongan Fast Startup atau lebih dikenali sebagai Hybrid boot. Fungsi
Hybrid boot ini membenarkan komputer dihidupkan dengan sangat pantas
jika dibandingkan dengan proses boot biasa pada Windows 7. Bagi komputer
yang menggunakan cakera keras biasa, Hybrid boot membolehkan komputer
diboot dengan kepantasan seakan-akan menggunakan SSD dan rahsia
disebalik Hybrid boot ini, ia dijayakan dengan kaedah “logoff +
hibernate” semasa proses shut down dilakukan. Fungsi ini telah
diaktifkan secara default oleh Windows 8 pada komputer yang menyokong
fungsi hibernate.
Untuk memastikan sama ada fungsi ini telah diaktifkan atau tidak,
pengguna boleh mengaksesnya pada Power plan option dan pastikan pada
kotak kecil “Turn on fast startup” telah ditandakan.
Sokongan Hibrid BootSelain daripada pembaharuan dari segi antara muka dan prestasi boot, Microsoft turut mengubah cara perlaksanaan Windows bootloader pada Windows 8. Pada versi Windows sebelumnya, paparan ‘dual boot’ biasanya akan terpapar sebelum sistem operasi Windows menjalankan proses boot tetapi tidak pada Windows 8. Microsoft telah menetapkan paparan ‘dual boot’ akan kelihatan selepas Windows 8 boot screen. Ini bermakna, proses boot Windows 8 akan dijalankan terlebih dahulu dan selepas itu, paparan dual boot yang simplistik ini muncul untuk memberi kemudahan kepada pengguna untuk memilih sistem operasi keperluan mereka pada masa itu.
Start Screen
Satu fungsi revolusi pada Windows 8Start Screen merupakan satu fungsi revolusi yang hadir pada Windows 8. Kehadirannya membawa pelbagai fungsi baru dan pada masa yang sama, Start screen juga bertindak sebagai Start menu pada sistem operasi ini. Selepas proses login, pengguna akan dibawa ke Start screen yang menempatkan pelbagai tile aplikasi yang antaranya berasaskan teknologi HTML5. Menariknya, aplikasi yang dinamakan sebagai aplikasi Windows 8-style ini memudahkan pengguna mengakses sesuatu informasi tanpa perlu membuka dan melayari internet dengan menggunakan pelayar web. Selain daripada tile untuk aplikasi Windows 8-style, terdapat juga tile untuk program yang biasa dilihat pada desktop konvensional Windows seperti Internet Explorer, Desktop, Control Panel, dan lain-lain.
Selain itu, Windows 8 turut hadir dengan beberapa pilihan corak latar
belakang yang membolehkan anda mengubah latar belakang Start screen
berserta 25 kombinasi warna tema yang boleh ditetapkan mengikut citarasa
pengguna.
Fungsi semantic zoom membenarkan pengguna mengecilkan Start Screen
untuk melihat aplikasi yang berada pada Start Screen tersebut secara
menyeluruh. Dari situ, pengguna dapat mengurus, mengubah kedudukan serta
menamakan kumpulan aplikasi secara bebas mengikut kehendak pengguna.
Disamping
memperkenalkan fungsi semantic zoom pada Windows 8, Microsoft juga
telah membawa pelbagai pembaharuan pengawalan Start Screen. Jika
diteliti, satu fungsi yang dikenali sebagai hidden app bar menawarkan
kepada pengguna untuk pin sebarang perisian executable, laman web,
kontak, dan lain-lain lagi. Pengguna yang menggunakan desktop juga boleh
menggunakan satu fungsi baru yang dipanggil Push untuk skrol kandungan
Start Screen secara pantas dengan mengheret kursor ke tepi kiri dan
kanan skrin.
Windows Store
Relevan
dengan kehendak zaman, syarikat gergasi dari Redmond itu telah
membawakan pembaharuan dengan mengimplementasikan fungsi Store pada
Windows 8. Fungsi ini dilihat dapat memudahkan pengguna untuk memuat
turun aplikasi Windows 8-style dengan antara muka modern UI yang serba
ringkas dan pantas.
Melalui Windows Store, pengguna boleh mendapatkan aplikasi Windows
8-style seperti aplikasi jaringan sosial, berita, muzik dan video, dan
permainan yang sememangnya menarik untuk pengguna. Antara muka Windows
Store hadir dengan paparan yang segar, ringkas, dan menarik sekaligus
memudahkan pengguna memilih aplikasi kesukaan mereka. Antara aplikasi
yang menarik untuk dimuat-turun ialah Tweetro for Windows 8, Skype for
Windows 8, Jetpack Joyride dengan sokongan Xbox Live, Fresh Paint, dan
Awesome Picture yang boleh didapati secara percuma.
Internet Explorer 10
Internet Explorer 10 akan diperkenalkan untuk Windows 7 tidak lama lagiWindows 8 tampil dengan versi pelayar web yang telah dipertingkatkan iaitu Internet Explorer 10. Pelayar web ini tampil dalam dua versi pada Windows 8, satu Internet Explorer 10 versi Windows 8-style dan satu lagi Internet Explorer 10 versi Desktop.
Internet Explorer 10 versi Desktop merupakan versi pelayar web yang
masih lagi meneruskan pelayaran web yang serba pantas serta sokongan
plug-in dan extension padanya.
Internet Explorer 10 versi Windows 8-style pula merupakan pelayar web
dengan antara muka modern UI yang didatangkan dengan sokongan plug-in
Adobe Flash selain menggunapakai teknologi HTML 5.
Adobe Flash Player didatangkan secara terbina pada IE10Sebelum Windows 8 dilancarkan, Microsoft telah mengumumkan kerjasama bersama Adobe untuk mengimplementasikan Flash Player pada pelayar web Internet Explorer 10 versi Windows 8-style dan juga versi desktop. Perkara ini secara tidak langsung memberi senyuman kepada pengguna yang gemar menikmati pelayaran web dengan sokongan Flash. Untuk pengetahuan umum, Internet Explorer 10 versi Windows 8-style dan versi Desktop didatangkan khas secara terbina dengan Adobe Flash Player 11.3.
Walau bagaimanapun, sokongan Adobe Flash Player pada Internet
Explorer 10 versi Windows 8-style adalah terhad dan hanya laman web yang
disahkan sahaja dapat menggunakan Flash. Pihak Microsoft memaklumkan
sokongan Adobe Flash pada Internet Explorer 10 versi Windows 8-style
hanyalah subset daripada Adobe Flash Player 11.3 demi untuk menjaga
kepantasan, jangka hayat bateri, dan beberapa perkara yang melibatkan
sekuriti.
Desktop
Fungsi
Desktop yang diibaratkan seperti “tak lapuk dek hujan, tak lekang dek
panas” ini masih lagi dikekalkan dalam Windows 8. Secara amnya, antara
muka dekstop dan pengalaman menggunakannya saling tidak tumpah seperti
menggunakan sistem operasi Windows 7. Pengguna boleh mengaksesnya dengan
membuat klik pada tile Desktop di Start Screen. Melalui fungsi ini,
pengguna masih lagi dapat mengakses Desktop seperti mana mereka gunakan
pada versi Windows yang sebelumnya.
Perubahan yang jelas menonjol pada paparan desktop Windows 8 ini
dapat disaksikan dengan ketiadaan butang Start menu pada bahagian kiri
bawah skrin. Start menu yang menjadi sajian harian pengguna PC selama
hampir dua dekad ini telah digantikan dengan fungsi Start screen yang
amat menarik penggunaannya. Untuk mengakses kembali ke Start screen,
pengguna hanya perlu membawa kursor ke sedikit bawah daripada tempat
asal Start menu.
File Explorer
Untuk
pengetahuan umum, Windows Explorer telah dinamakan sebagai File
Explorer dalam sistem operasi Windows 8. Paparan Windows 8 File Explorer
hadir dengan sedikit kesamaan seperti Windows Explorer pada Windows 7.
Microsoft telah menambah butang “Up” yang pernah menjadi alatan berguna
pada versi Windows suatu ketika dahulu bersama ribbon toolbar yang
terdapat pada Office 2010 untuk memudahkan pengguna mengakses pelbagai
tugasan sistem. Apa yang membezakan lagi, nama program kini bukan lagi
berada di sebelah kiri tetapi telah dialihkan ke bahagian tengah
titlebar.
Pembaharuan File Explorer yang dilakukan pada Windows 8 dapat dilihat
pada antara muka yang menjadi semakin kemas, ‘solid’, dan kurang
penglibatan antara muka yang bersifat ‘glossy’. File Explorer pada
Windows 8 hadir dengan ribbon toolbar yang disorokkan secara default.
Sifat ribbon yang mengambil ruang yang besar sememangnya menimbulkan
ketidakselesaan sesetengah pengguna akan fungsi tersebut.
Fungsi Auto Colorization
Windows 8 telah didatangkan dengan fungsi Auto Colorization,
memudahkan pengguna dalam menetapkan warna tema Windows mereka. Melalui
fungsi ini, warna tema akan ditetapkan secara automatik berdasarkan
warna utama wallpaper yang pengguna aktifkan.
Paparan Kursor Diperbaharui
Selain daripada perubahan pada antara muka desktop, antara muka
kursor pada Windows 8 juga telah diperbaharui dengan paparan yang lebih
segar berbanding Windows sebelum ini. Paparan kursor ‘glossy’ yang telah
digunakan buat sekian lama sejak zaman Windows Vista telah digantikan
dengan kursor ‘solid’ yang ternyata lebih ringkas dan kemas.
Windows Task Manager
Perubahan drastik yang dapat dilihat pada Windows 8 adalah dengan
kehadiran Task Manager yang telah diperbaharui. Task Manager yang
diperbaharui ini memberi kepada pengguna dengan fungsi yang lebih
mendalam disamping mengoptimasikan penggunaan tab pada fungsi tersebut.
Lock Screen
Fungsi
Lock Screen yang sangat popular digunakan pada telefon pintar masa kini
turut diimplementasikan pada Windows 8. Fungsi ini dapat diaktifkan
setelah pengguna ‘lock’ PC mereka yang dilihat amat penting bagi
pengguna komputer tablet. Windows 8 membolehkan pengguna menukar gambar
pada Lock Screen tersebut dengan enam pilihan gambar latar belakang yang
telah disediakan atau gambar yang lain mengikut pilihan pengguna.
Paparan Lock Screen pada Windows 8 memaparkan waktu serta notification
yang berlatar belakangkan wallpaper lock screen yang telah ditetapkan
pengguna tersebut.
Untuk keluar daripada Lock Screen, pengguna perlu mengheretkan Lock
Screen tersebut ke atas dan Windows akan membawa pengguna ke paparan
login screen (jika password dipasang) atau ke tempat sebelum Lock Screen
diaktifkan seperti Desktop atau Start screen semula.
Picture Password
Salah satu fungsi yang menjadi daya tarikan Windows 8 adalah fungsi
Picture Password yang sememangnya dilihat sebagai satu inovasi yang
kreatif untuk membuka kata laluan. Melalui fungsi ini, kata laluan dapat
dibuka dengan hanya melakukan beberapa bentuk seperti garisan atau
bulatan pada atas gambar yang telah ditetapkan oleh pengguna. Jika
pengguna tidak dapat melakukan atau terlupa untuk membuat bentuk garisan
atau bulatan pada gambar, pengguna masih boleh menggunakan kata laluan
biasa untuk log masuk Windows. Fungsi ini boleh diaktifkan melalui
Control Panel versi Windows 8-style.
Control Panel
Untuk pengetahuan umum, Windows 8 didatangkan dengan dua versi
Control Panel, satu Control Panel versi Windows 8-style dan satu lagi
Control Panel versi desktop. Paparan Control Panel versi Desktop Windows
8 masih dikekalkan sama seperti yang terdapat pada Windows 7. Pada
Control Panel versi Windows 8-style didatangkan dengan beberapa setting
ringkas dalam antara muka modern UI.
Charm Bar
Windows 8 sememangnya direka untuk memudahkan pengguna melakukan
tugasan harian mereka. Fungsi yang diberi nama Charm Bar menjadi elemen
yang cukup penting bagi sistem operasi ini agar lebih mudah untuk
digunakan. Untuk memaparkan fungsi tersebut, pengguna hanya perlu
menggerakkan kursor di penghujung kanan atas atau bawah skrin. Selain
mengheret kursor ke bahagian tersebut, Charm Bar juga boleh dipaparkan
dengan menggunakan kombinasi butang “Windows + C” pada keyboard.
Charm Bar yang direka pada Windows 8 memudahkan pengguna mengakses
beberapa tugasan pada sistem operasi ini seperti akses pantas ke Start
Screen atau menggunakannya untuk tugasan pantas yang lain seperti
mengawal sambungan WiFi atau shut down komputer.
App Switcher
Antara muka Switcher yang serba baru telah diperkenalkan pada Windows
8, menyediakan cara yang konsisten untuk melakukan penukaran serta
mengawal antara aplikasi. Pengguna boleh mengeluarkan fungsi App
Switcher dengan membawa kursor ke atas kiri skrin dan heretkannya ke
bawah. Switcher memaparkan aplikasi yang berjalan dalam bentuk thumbnail
untuk memudahkan pengguna memilih dan mengakses aplikasi tersebut.
Cukup mudah, pengguna hanya perlu tarik keluar salah satu thumbnail
tersebut dan lepaskan ke bawah skrin untuk menutup aplikasi tersebut.
App Snapping
Melakukan dua tugasan dalam satu masa sudah menjadi trend oleh
pengguna PC hari ini selepas Microsoft memperkenalkan fungsi Aero Snap
pada Windows 7. Bertepatan dengan peribahasa, “yang lama dikelek, yang
baharu didukung”, Microsoft mengambil inisiatif untuk memperkenalkan
fungsi App Snapping pada Windows 8. Fungsi ini membolehkan pengguna
untuk Snap aplikasi Windows 8-style ke bahagian tepi kiri atau kanan
skrin dan pada masa yang sama, skrin utama membolehkan pengguna
memaparkan kerja utama mereka. Sebagai contoh daripada penggunaan fungsi
ini, pengguna dapat melakukan tweet pada tepi skrin sambil di paparan
utama melakukan tugasan yang lain seperti melayari laman web, melakukan
tugasan pejabat, mahupun ketika sedang menonton video.
Smart Copy
Melalui Windows 8, Smart Copy membolehkan pengguna mengawal
pemindahan data dari satu tempat ke satu tempat dengan mudah. Pengguna
juga diberi pilihan untuk melihat informasi penghantaran fail seperti
kelajuan penghantaran sesuatu file dengan lebih mendalam. Jurutera
Microsoft bijak menggunakan mata akal mereka dengan membolehkan Smart
Copy mengawal pemindahan fail dengan mudah, seperti menghentikan sesuatu
fail itu dipindahkan sementara menunggu fail yang lain dipindahkan atau
sebagainya.
Fungsi Recovery
Perkara menarik yang didatangkan bersama Windows 8 adalah fungsi
“Recovery” yang mana membolehkan pengguna untuk Refresh atau Reset
komputer mereka. Fungsi ini membolehkan pengguna membuat ‘refreshment’
pada PC yang digunakan tanpa perlu ‘format’ kembali PC tersebut.
- Refresh PC – merupakan satu tetapan untuk reload
Windows 8 tanpa kehilangan file pengguna, gambar, video, muzik, dan
lain-lain. Ia diibaratkan seperti memasang semula Windows tetapi
prestasinya ternyata lebih baik disamping tidak perlu risau akan
kehilangan segala dokumen penting. Namun begitu, perli diingatkan bahawa
aplikasi yang berada pada keadaan sebelum ‘Refresh PC’ akan dibuang.
Setelah selesai proses ‘Refresh PC’ dijalankan, satu log yang berkaitan
dengan aplikasi yang telah dibuang diletakkan pada desktop untuk
dijadikan sebagai rujukan semula kepada pengguna.
- Reset PC – suatu tetapan untuk meletakkan komputer
kepada keadaan seperti yang asal. Perlu diingatkan, harus berhati-hati
sebelum memulakan proses ini kerana ia akan memadamkan kesemua file
pengguna. Ia akan menjadi berguna apabila pengguna perlu membersihkan
cakera keras akibat daripada jangkitan virus.
Fungsi File History
Windows 8 telah didatangkan dengan satu fungsi baru yang diberi nama
“File History”. Fungsi ini akan menyimpan salinan data yang telah
ditandakan, bermakna pengguna boleh restore data tersebut jika ia hilang
mahupun rosak. Fungsi ini boleh diakses melalui Control Panel.
Integrasi SkyDrive Secara Terbina
Tiada
sebarang aplikasi tambahan perlu dimuat turun kerana SkyDrive sudah
menjadi sebahagian daripada Windows 8. Aplikasi SkyDrive versi Metro
membolehkan pengguna untuk sync fail peribadi mereka terus ke akaun
SkyDrive tanpa perlu membuka sebarang pelayar web. Melalui fungsi ini,
pengguna dapat mengakses fail mereka pada peranti lain tidak kira masa,
di mana jua.
Sokongan Integrasi Microsoft Account
Dengan hanya log masuk ke Microsoft Account yang dahulunya dikenali
sebagai Windows Live ID, pengguna dapat melakukan sync untuk membawa
seluruh kandungan peribadi pengguna tersebut pada Windows 8 ke peranti
mudah alih serta PC yang lain. Ini termasuk beberapa kandungan seperti
PC settings, personalizations (warna tema, wallpaper, lock screen, dan
gambar pengguna), ease of access settings, bahasa pilihan, app settings,
browser settings, Explorer dan mouse settings, informasi log masuk, dan
pelbagai lagi. Apa yang menarik, kesemua ini dijayakan dengan hanya log
masuk akaun sahaja.
Sokongan Xbox Live
Satu lagi sokongan yang menjadi titik jualan Windows 8 adalah
integrasi di antara sistem operasi dan Xbox Live. Microsoft mengambil
pendekatan ini untuk menyatukan desktop mahupun tablet dengan peranti
permainan yang menjadi sebutan pengguna pada era ini untuk menjadikannya
lebih menarik dan praktikal. Windows 8 tidak didatangkan dengan
sebarang permainan secara terbina dan pengguna boleh memuat turun
apliksi permainan melalui Windows Store. Antara permainan Xbox Live
untuk Windows 8 yang menjadi pilihan penulis pada saat ini ialah Jetpack
Joyride dan Pinball FX2 yang sememangnya cukup menghiburkan.
DirectX 11.1
Bagi peminat dunia permainan komputer, Windows 8 turut didatangkan
dengan sokongan DirectX 11.1 yang telah dipertingkatkan dari segi
sokongan grafik. DirectX 11.1 membawakan sokongan WDDM 1.2 untuk
peningkatan prestasi grafik selain membawa peningkatan fungsi integrasi
Direct2D, Direct3D, dan DirectCompute. DirectX 11.1 juga hadir dengan
DirectXMath, XAudio2, dan XInput daripada XNA framework. Selain itu,
turut hadir bersama dengan DirectX 11.1 ialah sokongan stereoscopic 3D
untuk keperluan permainan dan video.
Sokongan USB 3.0 dan Near Field Communication (NFC) Secara Natif
Windows 8 turut hadir dengan sokongan untuk peranti USB 3.0, yang
mana melalui sokongan ini membolehkan aktiviti pemindahan data dilakukan
dengan pantas disamping meningkatkan kreditibiliti pengurusan kuasa USB
3.0 pada peranti Windows 8. Selain itu, sokongan Near Field
Communication (NFC) turut didatangkan secara natif melalui Windows ini.
Sokongan NFC ini membolehkan penghantaran data dan komunikasi dilakukan
pada jarak yang dekat antara peranti yang mempunyai sokongan NFC.
Sokongan Kad Sim dan Mod Penerbangan
Windows 8 juga turut hadir dengan sokongan kad sim yang telah
dipertingkatkan untuk penggunaan mobile broadband. Windows 8 kini dapat
menyediakan setting sambungan secara automatik jika ada sebarang kad sim
dimasukkan, termasuk setting APN dan maklumat telco serta fungsi meter
untuk mengawal jumlah quota internet. Selain itu, telco kini dapat
menawarkan pengurusan broadband dengan lebih interaktif lagi melalui
aplikasi pada Windows Store, yang mana memudahkan pengguna melihat
statistik penggunaan pada live tile di Start screen.
Windows 8 turut didatangkan dengan mod penerbangan yang membolehkan
komputer dinyahaktifkan daripada sebarang sambungan wayarles. Fungsi ini
boleh diaktifkan melalui paparan senarai Wi-Fi network dengan hanya
satu klik.
Windows To Go
Windows To Go membolehkan pengguna membuat live USB Windows 8
dan menggunakannya pada PC lain tanpa menjalankan pemasangan Windows.
Melalui fungsi ini, pengguna hanya perlu boot USB flash drive tersebut
dan Windows 8 sedia untuk digunakan. Sememangnya Windows To Go dicipta
untuk memudahkan pengguna yang sering menggunakan PC lain ketika
menjalankan tugasan pejabat. Walau bagaimanapun, sokongan ini hanya
hadir untuk Windows 8 Enterprise sahaja.
Kompatibiliti & Stabiliti
Windows 8 boleh dipasang tanpa sebarang masalah sekiranya anda
menggunakan Windows 7 kerana keperluan sistem operasi Windows 8 adalah
hampir sama seperti keperluan sistem untuk pemasangan Windows 7. Bagi
pengguna Windows Vista dan Windows XP, beberapa keperluan sistem perlu
diambil bagi memastikan Windows 8 dapat dijalankan dengan lancar dan
sempurna pada komputer anda. Berikut dinyatakan keperluan sistem untuk
pemasangan sistem operasi Windows 8.
Keperluan Sistem Windows 8
Pemprosesan | 1 gigahertz (GHz) atau lebih |
Memori | 1 gigabait (GB) (untuk 32-bit) atau 2 GB (untuk 64-bit) |
Cakera keras | 16 GB (untuk 32-bit) atau 20 GB (untuk 64-bit) |
Skrin (Kedua-dua) | 11.6-inci FHD (1920×1080) |
Kad grafik | Peranti grafik Microsoft DirectX 9 dengan WDDM driver |
Sistem operasi ini turut hadir dengan beberapa keperluan yang lain
untuk sokongan serta kepuasan pengalaman penuh dalam menggunakan Windows
8.
Untuk menggunakan fungsi touch, tablet atau paparan skrin sentuh yang
mempunyai sokongan multitouch diperlukan. Untuk menjalankan aplikasi
Windows Store dan aplikasi Windows 8-style, resolusi skrin mestilah
sekurang-kurangnya 1024 x 768 dan ke atas. Skrin dengan resolusi 1366 x
768 diperlukan untuk menjalankan fungsi App Snap.
Beberapa permainan dan aplikasi memerlukan kad grafik DirectX10 dan ke atas untuk kepantasan yang optimum.
Akaun Microsoft diperlukan untuk sesetengah fungsi di dalam Windows.
Sokongan DVD playback tidak didatangkan secara default dan memerlukan perisian yang lain untuk memainkannya.
Lesen untuk pek Windows Media Center dijual secara berasingan. (Lesen percuma boleh didapati di laman Microsoft Windows sehingga 31 Januari 2013.)
Berbicara dari segi stabiliti, sokongan aplikasi legacy Windows masih
boleh dijalankan pada Windows 8 tanpa sebarang masalah. Beberapa
aplikasi seperti Avast! Free Antivirus, VLC Player, Adobe Photoshop
versi lama dan FormatFactory dapat dipasang tanpa ada masalah dan error.
Sokongan permainan juga hampir sejumlah yang besar masih boleh
dimainkan pada Windows 8. Berdasarkan percubaan penulis, permainan
seperti Dota 2 dan Call of Duty: Modern Warfare 3 dapat dimainkan tanpa
sebarang masalah malah terasa lebih laju berbanding Windows 7.
Dari segi kelancaran pula, Windows 8 sememangnya sangat pantas jika
dibandingkan dengan prestasi kelancaran pada Windows 7. Antara muka yang
telah diperkemaskan sedikit sebanyak membantu dalam kelancaran Windows
8. Sokongan Fast Start up dilihat berjaya menambat hati penulis kerana
ia membuatkan PC penulis dihidupkan seakan-akan menggunakan SSD. Secara
keseluruhan, penulis amat berpuas hati menggunakan Windows 8 ini dan
merasakan Windows 8 sememangnya salah satu sistem operasi Windows yang
terbaik setakat ini.
Beberapa menu di dalam Windows 8 hampir keseluruhannya diletakkan
pada lokasi yang sedikit tersorok daripada pandangan mata dan mungkin
mengambil masa untuk pengguna menguasai sistem operasi ini. Malahan
perkara kecil seperti shut down juga berada pada lokasi yang berbeza
berbanding sistem operasi Windows 7 dan sebelumnya. Namun begitu,
selepas beberapa ketika menelusuri Windows 8, pengguna pasti akan dapat
menyesuaikan diri dengan sistem operasi ini kerana fungsinya tidak
sesusah mana yang dijangka malah sebenarnya dipermudahkan lagi oleh
Microsoft dalam menyediakan antara muka yang mesra pengguna.
Selain daripada sudut tahap kepenggunaan, apa yang penulis berasa
sedikit kurang senang ialah aplikasi Windows 8-style yang kadang kala
sedikit ‘buggy’ dan lambat untuk dibuka. Tidak seperti aplikasi desktop
yang dijalankan pada Windows 8, aplikasi Windows 8-style yang berada
pada Start screen kadang kala memerlukan sedikit masa untuk dijalankan.
Pengguna akan dibawa ke paparan splash screen terlebih dahulu, tunggu,
dan barulah aplikasi Windows 8-style akan terpapar pada skrin. Apapun,
isu ini hanyalah satu isu kecil dan mungkin pihak Microsoft ada cara
untuk cuba memperbaikinya pada masa-masa yang akan datang.
Bercakap mengenai status sokongan pula, status sokongan Windows 8
bermula 30 Oktober 2012 selepas 4 hari pelancaran sistem operasi ini
kepada umum. Sokongan aliran utama (mainstream support) Windows 8 telah
diputuskan oleh Microsoft dalam membawa pengemasikinian Windows sehingga
9 Januari 2018 manakala sokongan pemanjangan (extended support) Windows
8 dilanjutkan sehingga 10 Januari 2023.
Versi
Windows
8 hadir dalam empat versi dan hanya dua versi sahaja yang dijual secara
umum. Dua versi utama untuk jualan iaitu Windows 8 (versi teras) dan
Windows 8 Pro boleh didapati melalui pembelian atas talian atau
pembelian dalam bentuk fizikal. Windows 8 Enterprise pula ditujukan
untuk kegunaan pejabat, syarikat serta organisasi yang hanya ditawarkan
melalui pembelian lesen secara pukal. Selain itu, satu versi khas iaitu
Windows on ARM atau lebih dikenali sebagai Windows RT yang didatangkan
secara khusus pada komputer tablet yang berkuasakan pemprosesan ARM
seperti mana yang hadir pada tablet Surface.
Windows 8 (versi teras)
Menurut Microsoft, Windows 8 versi ini akan menjadi sasaran majoriti
pengguna. Windows 8 versi teras hadir dengan fungsi asas seperti mana
yang telah hadir pada Windows 8 Consumer Preview seperti File Explorer
yang telah dipertingkatkan, Task Manager yang telah diperbaharui,
sokongan multi-skrin dan kebolehan untuk menukar ke pelbagai pilihan
bahasa, yang mana sebelum ini hanya diperkenalkan pada versi Windows
Vista & 7 Enterprise dan Ultimate sahaja.
Bermula Windows 8, Windows Media Center sudah tidak lagi berada dalam kesemua versi Windows 8 secara terbina. Walau bagaimanapun, fungsi ini boleh didapati melalui pembelian “Pro Pack” untuk Windows 8 versi teras.
Pengguna Windows 7 Starter, Home Basic dan Home Premium yang sedia ada boleh menaik taraf ke Windows 8 versi teras ini.
Bermula Windows 8, Windows Media Center sudah tidak lagi berada dalam kesemua versi Windows 8 secara terbina. Walau bagaimanapun, fungsi ini boleh didapati melalui pembelian “Pro Pack” untuk Windows 8 versi teras.
Pengguna Windows 7 Starter, Home Basic dan Home Premium yang sedia ada boleh menaik taraf ke Windows 8 versi teras ini.
Windows 8 Pro
Windows 8 Pro direka untuk penggiat teknologi, ahli-ahli perniagaan,
serta golongan teknikal professional. Windows 8 Pro hadir dengan fungsi
yang telah didatangkan pada Windows 8 versi teras serta termasuk
beberapa fungsi seperti encryption, virtualization, pengurusan PC, dan
pengurusan sambungan domain.
Berikut dinyatakan fungsi yang eksklusif pada Windows 8 Pro dan fungsi-fungsi ini tidak berada pada Windows 8 versi teras.
- BitLocker dan BitLocker To Go
- Sokongan boot dari VHD
- Client Hyper-V
- Domain Join
- Encrypting File System
- Group Policy
- Remote Desktop (kebolehan menjadi host)
Sama seperti Windows 8 versi teras, Windows Media Center juga sudah
tidak didatangkan secara terbina pada Windows 8 Pro dan fungsi ini boleh
didapati untuk pembelian sebagai add-on untuk Windows 8 Pro. Pada saat
artikel ini ditulis, pengguna boleh mendapatkan “Windows Media Center
add-on” untuk Windows 8 Pro secara percuma sehingga 31 Januari 2013.
Pengguna Windows 7 Starter, Home Basic, Home Premium, Professional,
dan Ultimate yang sedia ada boleh menaik taraf ke versi Windows 8 Pro
ini.
Windows 8 Enterprise
Sama seperti Windows sebelum ini, Microsoft turut menawarkan versi
Windows 8 yang direka secara spesifik untuk pengguna yang mempunyai
perjanjian Software Assurance. Windows 8 versi ini membenarkan lesen
Windows dibeli secara pukal yang semestinya ditujukan untuk organisasi
perniagaan besar. Windows 8 Enterprise mempunyai kesemua fungsi yang ada
pada Windows 8 Pro serta beberapa fungsi untuk organisasi IT, yang mana
Windows versi ini didatangkan dengan kebolehan PC deployment, pilihan
sekuriti yang tinggi, virtualization, dan kebolehan mobiliti.
Berikut dinyatakan fungsi yang eksklusif yang hanya boleh didapati
pada Windows 8 Enterprise dan kesemua fungsi yang dinyatakan ini tidak
berada pada Windows 8 versi lain.
- Windows To Go
- DirectAccess
- BranchCache
- AppLocker
- VDI Enhancements
- App Deployment
DirectAccess membenarkan pengguna untuk remote pengguna lain secara
terus menerusi sumber akses di dalam jaringan korporat tanpa perlu
melancarkan virtual private network (VPN) yang berlainan. BranchCache
pula membolehkan pengguna PC untuk cache file, laman web, dan kandungan
lain dari pusat server. Melalui fungsi ini, kandungan tidak dimuat-turun
berulang kali melalui wide are network (WAN). Selain itu, AppLocker
membantu beberapa masalah yang berkaitan isu sekuriti dengan menyahakses
file dan aplikasi daripada pengguna yang telah diberi kebolehan untuk
menjalankan file dan aplikasi tersebut.
Windows RT
Windows RT yang juga dikenali sebagai Windows on ARM (WOA) merupakan
versi Windows yang didatangkan secara khusus pada PC dan komputer tablet
yang berkuasakan pemprosesan ARM. Versi ini membolehkan Windows
dipasang pada peranti yang mempunyai form factor yang nipis dan ringan
serta membantu dalam menyediakan jangka hayat bateri yang lebih panjang.
Windows RT memberikan pengalaman seakan PC yang hampir sama seperti
Windows 8 versi lain, cuma versi ini tidak didatangkan dengan sokongan
pemasangan aplikasi 32-bit serta 64-bit. Windows RT hadir dengan
sokongan desktop sama seperti PC, kebolehan File Explorer, aplikasi
pejabat Office 2013, dan aplikasi Windows 8-style yang sememangnya
dioptimasikan untuk paparan skrin sentuh.
Untuk memudahkan pembaca memahami Windows RT, versi ini hanya
membolehkan pemasangan aplikasi daripada Windows Store sahaja dan
sebarang aplikasi 32-bit serta 64-bit seperti Adobe Photoshop versi
penuh, Photoscape, dan pelbagai aplikasi desktop yang lain tidak dapat
dijalankan pada versi ini.
Namun begitu, Windows RT tidak seharusnya dipandang enteng kerana
konsepnya sama seperti iOS untuk iPad. iOS untuk iPad juga tidak dapat
menjalankan sebarang aplikasi yang ada pada OS X dan hanya aplikasi yang
berada pada App Store sahaja boleh dipasang pada iOS untuk iPad ini.
Justeru, dengan peningkatan aplikasi yang berada dalam Windows Store
hari demi hari, Windows RT dilihat mampu memberikan pengalaman yang
lebih kepada pengguna apatah lagi didatangkan dengan kebolehan desktop
serta aplikasi pejabat Microsoft Office 2013 versi penuh yang
sememangnya menjadi kelebihan kepada Windows versi ini.
Tidak seperti versi Windows 8 yang lain, Windows RT merupakan
satu-satunya versi Windows 8 yang hadir dengan Microsoft Office 2013.
Windows RT hanya boleh didapati secara terbina pada PC dan komputer
tablet yang berkuasakan pemprosesan ARM dan tidak dijual secara
individual.
Laluan Naik Taraf
Adakah Windows 8 akan menyimpan program dan aplikasi, file dokumen, dan setting pengguna?Pengguna Windows yang lain seperti Windows 7, Windows Vista, dan Windows XP turut berpeluang menaik taraf PC mereka kepada Windows 8. Mungkin sudah sedia maklum, Microsoft telah menawarkan kepada pengguna yang membeli PC dengan Windows 7, bermula 2 Jun 2012 sehingga 31 Januari 2013 berpeluang untuk menaik taraf ke Windows 8 Pro dengan hanya $14.99.
Namun begitu, beberapa perkara yang sering diutarakan daripada
pengguna, adakah Windows 8 akan menyimpan program dan aplikasi, file
dokumen, dan setting pengguna? Berikut dinyatakan beberapa perkara yang
akan disimpan oleh Windows 8 ketika proses naik taraf.
Laluan Naik Taraf Windows 8 untuk Windows 7
Windows 7 Starter, Home Basic, dan Home Premium: Pengguna versi ini
boleh menaiktaraf ke kedua-dua versi Windows 8 sama ada Windows 8 versi
teras atau Windows 8 Pro. Melalui proses naik taraf ini, Windows akan
menyimpan segala program dan aplikasi, file dokumen, dan setting
pengguna yang berada pada Windows 7.
Windows 7 Professional dan Ultimate: Pengguna versi ini tidak boleh
menaiktaraf ke Windows 8 versi teras dan hanya boleh dinaiktaraf ke
Windows 8 Pro bagi versi pasaran umum. Melalui proses naik taraf ini,
Windows akan menyimpan segala program dan aplikasi, file dokumen, dan
setting pengguna yang berada pada Windows 7.
Windows 7 Professional dan Enterprise: Pengguna versi ini juga boleh
menaiktaraf ke Windows 8 Enterprise yang dijual bagi pasaran spesifik.
Melalui proses naik taraf ini, Windows akan menyimpan segala program dan
aplikasi, file dokumen, dan setting pengguna yang berada pada Windows
7.
Laluan Naik Taraf Windows 8 untuk Windows Vista
Tidak terkecuali, pengguna Windows Vista juga boleh menaik taraf PC
mereka kepada Windows 8. Walau bagaimanapun, Windows 8 tidak akan
menyimpan segala program dan aplikasi yang berada pada komputer Windows
Vista pengguna.
Jika pengguna menggunakan Windows Vista tanpa Service Pack, Windows 8 hanya menyimpan file dokumen pengguna sahaja selepas proses naik taraf.
Jika pengguna menggunakan Windows Vista Service Pack 1 dan ke atas,
Windows 8 akan menyimpan segala file dokumen dan setting pengguna yang
telah berada pada Windows Vista seperti sebelumnya.
Laluan Naik Taraf Windows 8 untuk Windows XP
Pengguna Windows XP juga boleh menaiktaraf PC mereka ke Windows 8,
akan tetapi perlu diingatkan bahawa Windows 8 hanya akan menyimpan file
dokumen pengguna selepas proses naik taraf Windows 8 selesai, sama
seperti laluan pengguna Windows Vista tanpa Service Pack.
Perlu diingatkan juga, Windows XP dengan Service Pack 3 diperlukan untuk menjalankan proses naik taraf ke Windows 8.
Sungguhpun begitu, sebarang naik taraf yang melibatkan pertukaran jenis architecture tidak dibenarkan dalam proses ini. Sebagai contoh, jika pengguna menggunakan Windows 7, Vista, atau XP 32-bit, ia tidak boleh dinaiktaraf ke Windows 8 versi 64-bit atau sebaliknya.
Harga
Bagi
menggalakkan pengguna untuk membeli Windows 8 secara sah, Microsoft
telah menurunkan hampir kesemua versi pakej pembelian Windows 8. Jika
dibandingkan dengan harga pakej yang ditawarkan pada Windows 7, pakej
pembelian Windows 8 dilihat berpatutan dan mampu dibeli oleh pengguna.
Melalui pakej pembelian ini, Microsoft mensarankan kepada pengguna untuk
membeli versi muat-turun yang menawarkan pakej dengan harga yang lebih
murah berbanding pembelian dengan kotak DVD.
$14.99 USD (Lebih kurang RM50): Windows Upgrade Offer (Windows 8 Pro versi naik taraf dengan muat-turun)
Jika anda membeli sebarang komputer yang didatangkan dengan Windows 7 bermula 2 Jun 2012 sehingga 31 Januari 2013, anda berpeluang untuk menaik taraf komputer tersebut ke Windows 8 Pro dengan tawaran ini.
Jika anda membeli sebarang komputer yang didatangkan dengan Windows 7 bermula 2 Jun 2012 sehingga 31 Januari 2013, anda berpeluang untuk menaik taraf komputer tersebut ke Windows 8 Pro dengan tawaran ini.
$39.99 USD (Lebih kurang RM120): Windows 8 Pro (versi naik taraf dengan muat-turun)
Jika anda tidak berpeluang dan bukan dari senarai pembeli komputer yang hadir dengan Windows 7 pada tarikh yang telah ditetapkan, anda berpeluang untuk menaik taraf ke Windows 8 dengan harga ini.
Jika anda tidak berpeluang dan bukan dari senarai pembeli komputer yang hadir dengan Windows 7 pada tarikh yang telah ditetapkan, anda berpeluang untuk menaik taraf ke Windows 8 dengan harga ini.
$69.99 USD (Lebih kurang RM210): Windows 8 Pro (versi naik taraf dengan kotak DVD)
Jika anda perlukan naik taraf ke Windows 8 yang menggunakan DVD, ini mungkin menjadi pilihan anda. Jika anda menggunakan DVD Windows hanya untuk keperluan backup data, anda boleh burn DVD anda atau menjadikannya bootable pada sebarang USB flash drive dengan pakej muat-turun Windows 8 $39.99.
Jika anda perlukan naik taraf ke Windows 8 yang menggunakan DVD, ini mungkin menjadi pilihan anda. Jika anda menggunakan DVD Windows hanya untuk keperluan backup data, anda boleh burn DVD anda atau menjadikannya bootable pada sebarang USB flash drive dengan pakej muat-turun Windows 8 $39.99.
$99.99 USD (Lebih kurang RM300): Windows 8 (versi OEM dengan kotak DVD)
Jika anda membuat custom PC atau membeli komputer yang tidak didatangkan dengan sebarang sistem operasi Windows, pakej ini ditujukan untuk anda jika anda ingin memasang Windows 8 versi teras pada komputer tersebut.
Jika anda membuat custom PC atau membeli komputer yang tidak didatangkan dengan sebarang sistem operasi Windows, pakej ini ditujukan untuk anda jika anda ingin memasang Windows 8 versi teras pada komputer tersebut.
$139.99 USD (Lebih kurang RM420): Windows 8 Pro (versi OEM dengan kotak DVD)
Jika anda membuat custom PC atau membeli komputer yang tidak didatangkan dengan sebarang sistem operasi Windows, pakej ini ditujukan untuk anda jika anda ingin memasang versi Windows 8 Pro yang hadir dengan pelbagai fungsi untuk komputer tersebut.
Jika anda membuat custom PC atau membeli komputer yang tidak didatangkan dengan sebarang sistem operasi Windows, pakej ini ditujukan untuk anda jika anda ingin memasang versi Windows 8 Pro yang hadir dengan pelbagai fungsi untuk komputer tersebut.
$69.99 USD (Lebih kurang RM210): Windows 8 Pro Pack (dengan kotak)
Bagi pengguna Windows 8 versi teras yang ingin menaik taraf ke Windows 8 Pro, pakej ini sememangnya ditujukan untuk anda. Melalui pembelian pakej ini, ia turut didatangkan dengan Windows Media Center serta kebolehan memainkan DVD pada komputer anda.
Bagi pengguna Windows 8 versi teras yang ingin menaik taraf ke Windows 8 Pro, pakej ini sememangnya ditujukan untuk anda. Melalui pembelian pakej ini, ia turut didatangkan dengan Windows Media Center serta kebolehan memainkan DVD pada komputer anda.
Konklusi
Bertepatan dengan kata mutiara, “kalau tidak dipecahkan ruyung,
manakan dapat sagunya”, Microsoft berani melakukan perubahan walau
bermain dengan risiko daripada kritikan pengguna. Evolusi secara
holistik yang dibawa oleh Microsoft kepada Windows 8 sememangnya telah
mengubah cara pengguna menggunakan PC pada hari ini. Aspirasi Microsoft
untuk mendekatkan pengguna dengan PC dilihat cukup positif dan kehadiran
sistem operasi ini bakal membuka dimensi baru dalam dunia
pengkomputeran.
Kehadiran beberapa fungsi baru seperti Start screen yang menjadi
cerucuk utama sistem operasi terbaru ini tidak lagi menjadi masalah
kerana masyarakat hari ini semakin mahir mengawal PC mereka. Dengan
hanya beberapa ketika, segala fungsi asas telah dikecapi oleh pengguna.
Selain itu, kehadiran aplikasi Windows 8-style yang memukau perhatian
pengguna menjadikan PC tidak lagi sebuah PC biasa malah digunakan secara
lebih meluas penggunaannya. Tidak hairanlah PC kini berperanan lebih
proaktif dengan menyediakan aplikasi yang setara dengan sebuah telefon
pintar.
Ramuan antara muka Modern UI yang disulami tekad menjadi acuan utama
dalam pembangunan Windows 8. Adunan typografi dan gambar diadun secara
minimalis menaikkan selera halwa mata disamping pengguna dapat merasai
kemanisan dan kelazatan dalam merasai pengalaman menggunakan sistem
operasi ini. Sememangnya acuan untuk membentuk Windows 8 perlu diteliti
dengan rapi untuk menghasilkan satu sistem operasi yang enak untuk
dinikmati oleh pengguna.
Pembaharuan yang dibawa oleh Windows 8 tidak seharusnya dipandang
enteng oleh pengguna kerana setiap fungsinya ada keistimewaannya yang
tersendiri. Ketidakhadiran fungsi Start menu pada desktop tidak
sepatutnya dijadikan kritikan malah seharusnya disyukuri dengan
kehadiran Start screen yang jauh lebih praktikal pada masa kini. Konsep
yang dibawa oleh Start screen sebenenarnya hampir sama seperti fungsi
Start menu pada sistem operasi konvensional Windows.
Pengguna hanya perlu menekan thumbnail kecil Start screen pada
sedikit bawah kedudukan asal Start menu dan lihat aplikasi yang dipin
dalam antara muka Modern UI yang sangat interaktif. Untuk melancarkan
pencarian, pengguna hanya perlu menaip pada keyboard dan secara
automatik Start screen melancarkan fungsi pencarian.
Prinsip “genggam bara api biar sampai jadi arang” yang dipraktikkan
oleh jurutera Microsoft sememangnya membuahkan hasil apabila ramai yang
memuji tahap prestasi dan stabiliti sistem operasi ini. Sesungguhnya
Microsoft komited dalam memberikan pengalaman menggunakan PC yang lebih
baik untuk pengguna hari esok. Pengalaman menggunakannya cukup berharga
sehingga tidak lekang tangan penulis mengheret kursor ke sana ke mari
untuk menelusuri sistem operasi itu sehingga saat ini. Ia umpama satu
dunia baru yang perlu ditelusuri satu persatu dan diamati setiap fungsi
yang ada demi menjamin kepuasan menggunakannya.