Sunday, 26 June 2011

Tazkirah :Lima adab, kaedah sambut kelahiran bayi dalam Islam

Alhamdulillah, bersyukurlah kepada Allah SWT kerana dikurniakan anak. Dalam Islam ada adab-adab yang perlu diikuti agar dinilai sebagai suatu ibadat. Sebagai contoh, adab menyambut kelahiran, antaranya;

  • Hendaklah orang yang mengetahui saudaranya yang baru menerima cahaya mata untuk menunjukkan rasa gembira dengan kelahiran anak dengan ucapan tahniah. Ucapan yang terbaik adalah seperti disebut oleh Ibnu Qayyim al-Jauziyyah dalam kitab beliau, Tuhfatul Maudud bi ahkamil Maulud, iaitu: “Burika laka fil Mauhub, wasyakartal Wahiba, wabalagha rushdahu waruziqta birrahu (Moga diberkati untukmu pada kurnia-Nya dan hendaklah engkau bersyukur kepada Pengurnia (Allah) dan moga anak itu mencapai umur dewasa dan engkau memperoleh kebaktiannya).”
  • Apabila anak itu lahir, maka hendaklah diazankan pada telinga kanan bayi dan diiqamatkan pada telinga kirinya seperti hadis diriwayatkan al-Baihaqi dalam kitab asy-Syu’ab daripada hadis Hasan bin Ali RA daripada Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang dianugerahkan seorang bayi, lalu dia mengumandangkan azan di telinga kanannya dan iqamat di telinga kirinya, maka bayi itu akan dijauhkan daripada Ummu Syibyan.” Menurut sebahagian ulama, Ummu Syibyan adalah jin perempuan. Ada yang mengatakan apa saja yang menakutkan anak dan ada yang mengatakan angin yang menyebabkan sakit.
  • Hendaklah ditahnikkan bayi itu. Tahnik bermaksud mengambil sedikit kurma pada jari telunjuk lalu dimasukkan pada mulut bayi lalu digerakkan perlahan-lahan ke kanan dan ke kiri agar menyentuh seluruh mulut bayi. Seterusnya manisan itu akan masuk ke rongga tekak dan tahnik ini dilakukan supaya memudahkan bayi ketika menyusu. Sebaik-baiknya orang yang mentahnik bayi adalah orang yang salih supaya bayi berkenaan memperoleh keberkatan. Menurut hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Musa RA: “Saya dikurniakan seorang anak lelaki. Lalu saya membawanya kepada Nabi SAW. Baginda SAW memberikan namanya Ibrahim dan mentahniknya dengan kurma.” (Imam al-Bukhari menambahkan: Rasulullah mendoakan agar diberi berkat dan dipulangkan bayi itu kepadaku).
  • Mencukur rambut bayi. Ibnu Ishaq menyebutkan sebuah hadis riwayat al-Baihaqi daripada Abi Rafi’ Maula Rasulullah SAW bahawa ketika Hasan bin Ali lahir, ibunya Fatimah ingin mengakikahkannya dengan dua ekor kambing. Lalu Rasululullah SAW bersabda: “Jangan kamu mengakikahkannya tetapi cukurlah rambutnya kemudian sedekahlah dengan perak seberat timbangan rambutnya di jalan Allah atau berikan kepada orang musafir.” Kemudian (tahun berikutnya) apabila lahirnya Husain selepas itu, Fatimah melakukan seperti itu juga. Imam al-Baihaqi berkata: “Jika hadis ini sahih, agaknya Rasulullah SAW mahu mengakikah sendiri cucu Baginda seperti yang kami riwayatkan.”
  • Melakukan akikah iaitu anak lelaki dua ekor kambing dan anak perempuan seekor kambing seperti disebutkan dalam sebuah hadis riwayat Ahmad daripada Aisyah RHA, beliau berkata: “Rasulullah menyuruh kami supaya mengakikahkan anak perempuan dengan seekor kambing dan anak lelaki, dua ekor kambing.” Demikianlah, wallahua’lam.
sumber di perolehi : Ustaz Zahazan (petikan berita harian 26/06/2011)

Thursday, 16 June 2011

Laman Sesawang UiTM Pulau Pinang di godam

Laman Sesawang UiTM Pulau Pinang di godam


Laman web tersebut telah di-deface oleh RileksCrew sekitar 1.20 pagi dimana rakyat Malaysia sedang menunggu Anonymous untuk menyerang laman web Kerajaan Malaysia.  Sementara itu, semua laman web Kerajaan Malaysia termasuk www.Malaysia.gov.my sudahpun ditutup (shut down, offline) bagi mengelakkan serangan oleh pihak penggodam.

Di laman web Ezi2Care JKM, penggodam dari Dragon Force Malaysia meninggalkan mesej yang sama seperti dua laman web terdahulu yang menentang tindakan kerajaan Malaysia menyekat akses ke laman perkongsian fail.

Laman web UiTM Pulau Pinang pula mesej berupa berikut ditinggalkan,

"Happy Birthday UiTM Penang ke 15
sempena 15 thun, page ini sebagai hadiah :p
BTW, pn wan anishah krn bgi dpt A dlm kos csc
harap kite jmpe lgi pada thun hadapan"

Laman web KRU Studios juga dilihat sedang mengambil jalan selamat untuk menutup sementara laman mereka bagi mengelakkan pelayan mereka diserang oleh penggodam.

p/s: Alhamdullah ... tak mintak la....

Wednesday, 15 June 2011

Lawatan ke Bukit Bendera

Berada pada ketinggian lapan ratus tiga puluh meter di atas Georgetown, puncak Bukit Bendera (Bahasa InggerisPenang Hill) mempunyai suhu yang dingin dan panorama yang mengasyikkan.
Bukit Pulau Pinang sebenarnya digelar Bukit Strawberi (Strawberry Hill) kerana ia juga merupakan pengeluar strawberi. Bentuk muka buminya dan suhu yang dingin amat sesuai bagi penanaman strawberi.
Rintisan yang mencapai kemuncaknya mudah melalui Taman Botanikal Air Terjun dengan jalan kaki. Nama rasmi bukit ini adalah Bukit Bendera Pulau Pinang (Flag Hill), namun ia tetap secara umumnya dipanggil Bukit Pulau Pinang.

Seawal jam 9 pagi kami telah pun berada di kaki Bukit Bendera. Nasib kami agak baik pada masa itu kerana kelibat orang ramai masih belum kelihatan di kaunter tiket. Harga tiket di jual  RM8 kerana kami adalah rakyat Malaysia.ha..ha..ha.. (bukan warganegara RM30)

Dengan menaiki keretapi untuk ke puncak masa yang di ambil kira-kira dalam 20 minit, destinasi pertama yang kami kunjungi adalah warung mengisi perut. Laper daaa..mana tidaknya, seawal jam 8.00 pagi kami bertolak tanpa penawar alas perut.

Lepas jer makan, ada yang bershoping membeli buah tangan dan ada yang sakan mengambil gambar atau tangkap gambaq..hahaha...


Tidak banyak aktiviti yang boleh di buat kat sini, pemandangan sekitar kawasan agak berjerebu namun ia satu pengalaman yang menarik.

Friday, 3 June 2011

Lawatan Penanda Aras 2011

15 Mei 2011, Kuching - Masa penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada pukul 2.55 petang.Seawal jam 2.00 petang, kami berada di ruang legar Pintu Masuk Pemeriksaan . Cuaca pada petang itu agak baik dan suasana agak sesak mungkin di sebabkan hari ini jatuh pada hari ahad.

Tepat jak 2.30 petang,kami pun masuk ke Balai Berlepas bersedia untuk masuk ke ke Pesawat.Masa perjalanan dari Kuching ke Pulau Pinang lebih kurang 2 jam.Dipendekkan cerita, tepat jam 5.30 petang, pesawat telah selamat mendarat di Pulau Mutiara.

Setiba di sana, kami telah di sambut oleh Staff USMB,Hafiz dan Zaky di pimpin terus ke Bas UiTM Pulau Pinang.Perjalanan dari Lapangan Terbang Pulau Pinang ke UiTM Pulau Pinang mengambil masa lebih kurang 40 minit dengan merentasi jambatan Pulau Pinang yang menghubungkan Pulau Pinang dengan tanah besar semenanjung iaitu seberang pera dani terus ke Permatang Paoh.Di UiTM Pulau Pinang, kami menginap di Asrama pelajar.
Kolej Kediaman di UiTM Pulau Pinang
Keesokannya, misi pertama kami adalah ke Pejabat Teknologi Maklumat UiTM Pulau Pinang.Di sini,Pejabat Teknologi Maklumat dikenali sebagai Unit Sistem Makluamt Bersepadu(USMB).Di ruang Legar Bangunan utama,kami di sambut mesra oleh Penolong Pegawai Teknologi Maklumat,Puan Siti Aisyah untuk terus  bergerak ke bilik perdana.
Koordinator USMB, Encik Mohd. Saifulnizam b.Abu Bakar (kiri), Ketua Unit I.T encik Farid (kanan)
Gaya Bebas bersama USMB, UiTM Pulau Pinang
 
USMB terdiri daripada seorang Pegawai Teknologi Maklumat,2 orang Penolong Pegawai Teknolgi Maklumat,2 orang Juruteknik Komputer tingkatan Kanan dan 9 orang Juruteknik Komputer.Terdapat 4 Sub Unit di Bawah USMB iaitu,

1.Unit Perkhidmtan & Penyelenggaraan
2.Unit Operasi & teknikal
3.Unit Network 
4.Unit Sistem.

Pada sebelah petang, kami bertolak ke Universiti Sains Malaysia,Pulau Pinang.Di USM, kami melawat ke Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT).Kami di sambut oleh Timbalan Pengurusan Strategik & Sistem Maklumat Encik Abdul Rashid Baba.
Kenangan bersama Pegawai PPKT, USM.
Sesi berdialog Lawatan penanda aras di USM

PPKT Mula beroperasi pada tahun 2002, PPKT juga bertanggungjawab dalam memberi perkhidmatan untuk dua kampus di terletak di Pulau Pinang dan satu kampus di kelantan.Saya difahamkan,terdapat 6 unit beroperasi di bawah PPKT dan setiap unit di pecah kepada beberapa Perkhidmatan yang lebih spesifik.Banyak input berguna yang kami terima dari pihak PPKT,USM.Kami juga berpeluang untuk melawati ke bilik server.Terima kasih PPKT,USM,Pulau Pinang atas sambutan yang telah di berikan. Walaupun kami hanya sebuah unit yang kecil,namun kami amat teharu dengan layanan yang telah anda sajikan.

Untuk hari yang kedua,memandangkan ianya jatuh pada cuti umum, Kami merancang untuk melawat sekitar Pulau Pinang.Antara tempat yang kami kunjungi ialah Bukit Bendera,Muzium perang,Muzium Toys dan Chowristar.
Selepas kepenatan melawat Muzium Perang

Berposing sebentar sebelum naik ke Bukit Bendera
Jelitawan Dari Bumi Kenyalang

Hari yang ke-3 adalah masa untuk lawatan ke UiTM Kedah.Di UiTM Kedah, kami di dedahkan oleh Pegawai Teknologi Maklumat, Cik Nurul A’in Mohamed dengan pelbagai sistem atas talian yang telah di bangunkan. Antaranya e-sistem aduan,e-sistem tempahan makmal,e-maklum balas pelanggan,e-permohonan email dan e-permohonan toner.

Di UiTM Kedah, Pejabat Teknologi Maklumat di kenali sebagai Unit i.t. Memberi perkhidmatan kepada 521 kakitangan termasuk staf dan pensyarah.Jumlah pelajar pula sebanyak 5,889.
Kenangan bersama Staf Unit IT, UiTM kedah dan USMB, UiTM Pulau Pinang

Semasa sesi dialog di Unit IT, UiTM Kedah
Penyerahan cenderehati kenang-kenangan dari Ketua Unit IT, UiTM Kedah Cik Cik Nurul A’in Mohamed kepada Ketua Unit IT,UiTM Sarawak Encik Farid Assamani b Mohamed Zainon

Unit i.t UiTM Kedah mempunyai seorang PTM,2 orang PPTM,2 orang JKK ,7 orang JTK dan seorang JTK di bawah seliaan Bahagian Perpustakaan.
Terima kasih Unit i.t UiTM Kedah kerana sudi menyambut kedatangan kami.Walaupun hanya seketika, kami gembira dengan persediaan yang telah dilakukan.